Skip to content

KHUTBAH JUMAAT 12 JUN 2026 - ILMU PEMANGKIN PERPADUAN DAN KEHARMONIAN UMMAH

Date: 12 Jun 2026 · Friday sermons

Official sermon text in Malay (Rumi script), sourced from JAKIM e-Khutbah PDFs.

اَلْحَمْد ُ لِلّٰه ِ الْقَآئِل : أَعُوذ ُ بِالله ِ مِن َ الشَّيْطَان ِ الرَّجِيم ( فاطر : 28 ) َّ أَشْهَد ُ أَن ْ لَا إِله َ إِلَّا الله ُ وَحْدَه ُ لَا شَر ِيك َ لَهُ، وَأَشْهَد ُ أَن سيدنا ِمُحَمَّدًا عَبْدُه ُ وَرَسُولُهُ. اللَّهُم َّ صَل وَسَلِم ْ عَلَى نَبِيِنَا مُحَمَّد ٍ وَعَلَى آلِه ِ وَصَحْبِه ِ وَمَن ْ دَعَا ِبِدَعْوَتِه ِ إِلَى يَوْم الدِينِ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَاد َ اللهِ، َ اتَّقُوا اللهَ، أُوصِيكُم ْ وَنَفْسِي بِتَقْوَى الله ِ وَطَاعَتِه ِ لَعَل َّكُم ْ تُفْلِحُون Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Marilah kita bersama-sama meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan- Nya. Orang yang bertakwa bukan sekadar rajin beribadah, tetapi sentiasa berusaha memperbaiki diri, menjaga hubungan dengan manusia dan menjadikan ilmu sebagai jalan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Sidang Jumaat yang dimuliakan, Kita hidup pada zaman yang penuh dengan kecanggihan ilmu. Telefon di tangan kita boleh membuka khazanah ilmu dari seluruh dunia. Dalam beberapa saat sahaja, kita boleh mendapatkan pelbagai maklumat yang dahulu mungkin mengambil masa berbulan-bulan untuk dicari. Manusia berjaya meneroka angkasa. Teknologi berkembang dengan begitu pantas. Kecerdasan buatan atau Artificial Intelligence semakin menjadi sebahagian daripada kehidupan manusia. Tetapi dalam masa yang sama, kita melihat satu keadaan yang membimbangkan. Manusia semakin banyak maklumat, tetapi semakin mudah bermusuh. Semakin banyak bercakap, tetapi semakin kurang mendengar. Semakin mudah berhubung, tetapi semakin sukar memahami antara satu sama lain. Mengapa perkara ini berlaku? Kerana ilmu semata-mata belum tentu mampu membina manusia. Ilmu yang tidak dipandu oleh iman boleh melahirkan kesombongan. Ilmu yang tidak disertai akhlak boleh membawa perpecahan. Ilmu yang tidak diiringi hikmah boleh menjadi sebab manusia saling menjatuhkan antara satu sama lain. Allah SWT berfirman dalam surah Fatir ayat ke 28 yang dibacakan oleh khatib di awal tadi bermaksud: “Sesungguhnya yang benar-benar takut kepada Allah dalam kalangan hamba-Nya ialah orang-orang yang berilmu.” Perhatikan bagaimana Allah SWT menggambarkan orang berilmu. Allah tidak menyebut mereka sebagai orang yang paling terkenal. Allah tidak menyebut mereka sebagai orang yang paling banyak pengikut. Tetapi Allah menyebut mereka sebagai orang yang paling takut kepada Allah.

Maknanya semakin bertambah ilmu seseorang, semakin bertambah rendah dirinya. Semakin luas pengetahuannya, semakin baik akhlaknya. Semakin tinggi kedudukannya, semakin besar rasa tanggungjawabnya terhadap manusia. Muslimin yang dirahmati Allah, Para ulama terdahulu mengajar kita bahawa ilmu yang benar melahirkan adab ketika berbeza pandangan. Imam al-Syafi‘i pernah menyebut: "Pandanganku betul tetapi berkemungkinan salah, dan pandangan orang lain salah tetapi berkemungkinan betul." Ungkapan ini lahir daripada keluasan ilmu dan kerendahan hati. Orang yang berilmu tidak mudah mendakwa dirinya sentiasa benar. Sebaliknya dia sentiasa membuka ruang untuk mendengar, memahami dan menghormati pandangan orang lain. Sebab itu perbezaan pandangan dalam perkara ijtihad tidak sepatutnya menjadi sebab perpecahan. Apa yang lebih penting ialah bagaimana kita menjaga adab, memelihara ukhuwah dan terus bekerjasama dalam perkara yang membawa manfaat kepada agama, masyarakat dan negara. Inilah adab orang berilmu. Mereka berbeza pandangan tetapi tidak bermusuhan. Mereka berhujah tetapi tidak menghina. Mereka mencari kebenaran tanpa merosakkan persaudaraan. Hari ini kita sering melihat perkara yang sebaliknya. Kadangkala hanya kerana satu pandangan yang berbeza, persahabatan terputus. Kerana satu kenyataan di media sosial, hubungan menjadi renggang. Kerana satu berita yang belum tentu benar, masyarakat mula saling mencurigai.

Kerana itulah Islam mengajar kita supaya sentiasa menyemak dan meneliti sesuatu perkara sebelum membuat keputusan. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat ke 6: Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah untuk menentukan kebenarannya.” Sidang jemaah yang dimuliakan, Pada ketika dunia sedang berhadapan dengan pelbagai cabaran baharu termasuk perkembangan sains dan kecerdasan buatan, para ulama, ilmuwan dan cendekiawan Islam dari pelbagai negara terus berhimpun untuk membincangkan hubungan antara iman, ilmu dan cabaran semasa. Mereka membincangkan bagaimana ilmu dan sains boleh menjadi jambatan yang menguatkan keyakinan kepada Allah serta membantu manusia menghadapi pelbagai keraguan yang timbul pada zaman ini. Atas semangat itulah Malaysia terus memainkan peranan sebagai medan pertemuan ilmu dan dialog dunia Islam. Penganjuran Persidangan Antarabangsa Faith in Light of Science and Contemporary Evidence dengan kerjasama Liga Dunia Islam (Muslim World League) menghimpunkan para ulama, ilmuwan dan pemimpin masyarakat dari pelbagai negara untuk membincangkan hubungan antara iman, sains dan cabaran kontemporari. Usaha ini bukan sekadar membicarakan soal ilmu, tetapi membawa mesej yang lebih besar iaitu membina keyakinan terhadap agama, mengukuhkan persefahaman serta memperkukuh perpaduan dan keharmonian ummah dalam menghadapi cabaran dunia masa kini.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Islam tidak pernah memisahkan antara wahyu dan akal. Islam juga tidak pernah melihat ilmu dan agama sebagai dua perkara yang bertentangan. Sebaliknya, apabila ilmu dipandu oleh wahyu, lahirlah manusia yang seimbang. Apabila ilmu dipandu oleh iman, lahirlah masyarakat yang saling menghormati. Apabila ilmu dipandu oleh hikmah, lahirlah perpaduan dan keharmonian. Malaysia adalah sebuah negara yang dibina atas kepelbagaian. Kita berbeza bangsa, bahasa dan latar belakang. Namun kita berkongsi tanah air yang sama dan masa depan yang sama. Perpaduan tidak lahir hanya dengan slogan. Perpaduan lahir apabila manusia belajar menghormati. Perpaduan lahir apabila manusia sanggup mendengar. Perpaduan lahir apabila ilmu menjadikan kita lebih adil dan lebih matang dalam membuat pertimbangan. Maka marilah kita menjadi umat yang menjadikan ilmu sebagai jambatan untuk menyatukan hati, bukan alat untuk memecahkan masyarakat. Sebagai rumusan kepada keseluruhan khutbah pada hari ini, marilah sama-sama kita mengambil beberapa pelajaran: Pertama: Ilmu yang sebenar ialah ilmu yang mendekatkan manusia kepada Allah SWT dan membentuk akhlak yang mulia. Kedua: Perbezaan pandangan tidak seharusnya membawa kepada perpecahan dan permusuhan. Ketiga: Ilmu yang dipandu oleh iman dan hikmah mampu menjadi pemangkin kepada perpaduan dan keharmonian ummah.

َ ِكْر ِ الْحبَارَك َ الله ُ لِي ْ وَل َكُم ْ بِالْقُرْآن ِ الْعَظِيْمِ، وَنَفَعَنِي ْ وَإِيَّاكُم ْ بِمَا فِيْه ِ مِن َ الْآيَات ِ وَالذ َكِيْمِ، وَتَقَبَّل ِ مِنِي ْ وَمِنْكُم ْ تِلَاوَتَه ُ إِنَّه ُ هُو َ السَّمِيْع ُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْل ُ قَوْل ِي ْ هَذَا وَأَسْتَغْفِر ُ الله َ الْعَظِيْم َ لِي ْ وَل َكُم ْ وَلِسَائِر ِ الْمُسْلِمِيْن َ وَالْمُسْلِمَات ِ وَالْمُؤْمِنِيْن َ وَالْمُؤْمِنَات ِ الْأَحْيَاء ِ مِنْهُم ْ وَالْأَمْوَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوْه ُ إ ُنَّه ُ هُو َ الْغَفُوْر الرَّحِيْمُ.

Khutbah Kedua

ِ اَلْحَمْد ُ لِلَّه َرَب ِ الْعَالَمِين ِ، وَالصَّلَاة ُ وَالسَّلَام ُ عَلى َ سَيِدِنَا مُحَمَّد ِن َالنَّبِي ِ الْأَمِينِ، وَعَلَى آلِه ِ وَأَصْحَابِه ِ الطَّاهِرِين وَمَن ْ تَبِعَهُم ْ بِإِحْسَان ٍ إِلَى يَوْم ِ الدِينِ. ْ أَشْهَد ُ أَن ُلَا إِله َ إِلا َّ الله وَحْدَه ُ لا َ شَر ِيْك َ لَهُ، وَأَشْهَد ُ أن َّ سَيِدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُه ُ وَرَسُولُهُ. أَمَّاَبَعْدُ، فَيَا عِبَاد َ اللهِ، اِتَّقُوا الله ِحَق َّ تُقَاتِه َِكُم ْ بِالصَّلَاةَكُم ْ بِأَمْر ٍ عَظِيمٍ، أَمَروَاعْلَمُوا أَن َّ الله َ أَمَر َ وَالتَّسْلِيم ِ عَلَى ن ِبِيِه ِ ال ْكَرِيم ، فَقَال َ الله ُ تَعَالَى: اَللَّهُم َّ صَل ِ عَلَى سَيِدِنَا مُحَمَّد ٍ وَعَلَى آ ل ِ سَيِدِنَا مُحَمَّد ٍ كَمَا صَلَّيْت َ عَلَى سَيِدِنَا إِبْرَاهِيْم َ وَعَلَى آ ل ِ سَيِدِنَا إِبْرَاهِيْم َ وَبَارِك ْ عَلَى سَيِدِنَا مُحَمَّد ٍ وَعَلَى آ َل ِ سَيِدِنَا مُحَمَّد ٍ كَمَا بَارَكْت َ عَلَى س يِدِنَا إِبْرَاهِيْم َ وَعَلَى آ ل ِ سَيِدِنَا إِبْرَاهِيْم َ فِي الْعَالَمِيْن َ إِنَّك َ حَمِيْد ٌ مَجِيْدٌ. َ وَارْض َ اللَّهُم َّ عَن ِ الْخُلَفَاء ِ الرَّاشِدِين َ و ِعَن ْ بَقِيَّة الصَّحَابَة ِ أَجْمَعِينَ، وَعَن ِ التَّابِعِين َ وَتَابِعِي َالتَّابِعِين وَمَن ْ تَبِعَهُم ْ بِإِحْسَان ٍ إِلَى يَوْم ِ الدِيْن ِ وَارْض َ عَنَّا مَعَهُم ْ يَا أَكْرَم َ الْأَكْرَمِينَ. اللَّهُم َّ اغْفِر ْ لِلْمُسْلِمِين َ وَالْمُسْلِمَات ِ وَالْمُؤْمِنِين َ وَالْمُؤْمِنَات ِ الْأَحْيَاء ِ مِنْهُم ْ وَالْأَمْوَاتِ. اللَّهُم َّ أَيِد ْ بِدَوَام ِ التَّوْفِيْق ِ وَالْهِدَايَة ِ وَالصِحَّة ِ وَالسَّلَامَة ِ جَلَالَة َ مَل ِك ِ نَا ك باوه دولي يڠ مها موليا سري ڤدوك بڬيندا يڠ د - ڤرتوان اڬوڠ سُلْطَان إِبْرَاهِيم. وَكَذلِك َ ك باوه دولي يڠ مها موليا سري ڤدوك بڬيندا راج ڤرمايسوري اڬو ْڠ، راج زَارِيث صُوفِيَاهْ.

ْ اللَّهُم َّ احْفَظ ْ عُلَمَاءَه ُ وَوُزَرَاءَه ُ وَقُضَاتَه ُ وَعُمَّالَه ُ وَرَعَايَاه ُ مِن َ الْمُؤْمِنِين َ وَالْمُؤْمِنَات ِ بِرَح َمَتِك َ يَا أَرْحَم الرَّاحِمِينَ. اللَّهُم َّ اجْعَل ْ بَلَدَنَا مَالِيزِيَا َآمِنا ً مُطْمَئِنًّا، سَخ ِاء ً رَخَاءً، دَار َ عَدْل ٍ وَإِيمَانٍ، وَأَمْن ٍ وَأَمَانٍ، وَسَائِر َ بِلَاد ال ْ مُسْلِمِينَ. اللَّهُم َّ أَعِز َّ الْإِسْلَام َ وَالْمُسْلِمِيْنَ، َو انْصُر ْ إِخْوَانَنَا فِي فِلَسْطِين، ِوَدَمِر ْ أَعْدَاءَك َ أَعْدَاء َ الدِين َ وانْصُر ْ مَن ْ نَصَر الدِينَ، وَاخْذُل ْ مَن ْ خَذَل َ الْمُسْلِمِيْنَ، وَأَعْل ِ كَلِمَتَك َ إِلَى يَوْم ِ الدِيْنِ. َ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُنْيَا حَس نَة ً وَفِي الْآخِرَة ِ حَسَنَة ً وَقِنَا عَذَاب َ النَّارِ. ِ عِبَاد َ الله ، ْكُرُوافَاذ ِِكْر ُ اللهْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوه ُ عَلَى نِعَمِه ِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوه ُ مِن ْ فَضْلِه ِ يُعْطِكُم ْ وَلَذالله َ الْعَظِيْم َ يَذ أَكْبَرُ، وَالله ُ يَعْلَم ُ مَا تَصْنَعُونَ.

Official PDF download

For printing or the Jawi edition, download directly from JAKIM's official website.

© Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Reproduced with attribution; always verify against the official PDF.

Educational summary — verify with JAKIM/i-Fiqh for authoritative rulings.