KHUTBAH JUMAAT 5 JUN 2026 - PERSAUDARAAN TERAS KEKUATAN UMMAH
Date: 04 Jun 2026 · Friday sermons
Official sermon text in Malay (Rumi script), sourced from JAKIM e-Khutbah PDFs.
اَلْحَمْد ُ لِلّٰه ِ الْقَآئِل : أَعُوذ ُ بِالله ِ مِن َ الشَّيْطَان ِ الرَّجِيم آل عمران [ 103 ] َّ أَشْهَد ُ أَن ْ لَا إِله َ إِلَّا الله ُ وَحْدَه ُ لَا شَر ِيك َ لَهُ، وَأَشْهَد ُ أَن َسَيدنا ِمُحَمَّدًا عَبْدُه ُ وَرَسُولُهُ. اللَّهُم َّ صَل ِ وَسَلِم ْ عَلَى نَبِيِنَا مُحَمَّد ٍ وَعَلَى آلِه ِ وَصَحْب َّه ِ وَمَن ْ دَعَا بِدَعْوَتِه ِ إِلَى يَوْم ِ الدِينِ. أَم ا بَعْدُ، فَيَا عِبَاد َ اللهِ، َ اتَّقُوا اللهَ، أُوصِيكُم ْ وَنَفْسِي بِتَقْوَى الله ِ وَطَاعَتِه ِ لَعَل َّكُم ْ تُفْلِحُون Sidang Jemaah Jumaat Sekalian, Marilah kita bersama-sama meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan dengan ketakwaan yang sebenar-benarnya, kita akan memperoleh rahmat, keberkatan dan keredaan Allah SWT di dunia dan di akhirat. Persaudaraan merupakan satu ajaran yang sangat mulia dalam Islam. Dengan adanya persaudaraan, akan lahirlah semangat kebersamaan,
perpaduan dan sikap saling mencintai sesama makhluk. Pada Hari Jumaat yang mulia ini, marilah bersama menumpukan perhatian pada khutbah yang bertajuk: “Persaudaraan Teras Kekuatan Ummah”. Sidang Jemaah Yang D i mu li akan, Ayat 103 daripada Surah Ali Imran yang dibacakan di awal khutbah tadi bermaksud: “Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliyah) bermusuhan, lalu Allah SWT mempersatukan hatimu, sehingga dengan kurnia-Nya kamu menjadi bersaudara...” Ayat ini mengajar kita bahawa persaudaraan bukan perkara kecil. Ia adalah nikmat Allah SWT yang mesti dipelihara. Apabila hati manusia dipersatukan dengan iman, maka perbezaan bangsa, keturunan, kedudukan, mazhab, pandangan dan latar belakang tidak sepatutnya menjadi sebab untuk bermusuh. Islam mendidik kita untuk memelihara ikatan persaudaraan atau ukhuwah secara menyeluruh yang merangkumi empat tunjang utama. Tunjang pertama ialah Ukhuwah Nasabiyah, iaitu ikatan kasih sayang melalui pertalian darah dan kekeluargaan. Keduanya ialah Ukhuwah Basyariyah, iaitu sifat saling menghormati dan menyantuni sesama manusia tanpa mengira sempadan bangsa mahupun agama. Seterusnya, Islam turut menyuburkan semangat Ukhuwah Wataniyah, iaitu rasa tanggungjawab dan perpaduan utuh kita sebagai rakyat yang bernaung di bawah bumbung negara yang sama. Manakala kemuncak persaudaraan ini adalah Ukhuwah Islamiyah, iaitu ikatan suci sesama umat Islam yang disimpulkan erat oleh tali akidah dan keimanan semata-mata kerana Allah SWT. Jika empat tunjang ini dijaga rapi, pastinya satu masyarakat yang
bersatu-padu akan terbentuk. Melalui persaudaraan, umat Islam dapat menjauhi perkara yang merugikan orang lain, sama ada berkaitan nyawa, harta, kehormatan, maruah atau kedudukan seseorang. Islam sentiasa mengingatkan umatnya supaya menjaga hubungan persaudaraan kerana orang-orang beriman itu pada hakikatnya adalah bersaudara. Dalam kehidupan bermasyarakat, persaudaraan sangat penting untuk mewujudkan suasana aman, harmoni dan saling menghormati. Justeru, persaudaraan hendaklah dibina dan dipelihara dalam kehidupan seharian. Kita perlu menjauhi sikap dan perbuatan yang boleh memutuskan hubungan sesama umat Islam khususnya, dan sesama manusia umumnya. Rasulullah SAW sendiri melarang umatnya daripada tidak bertegur sapa sesama saudaranya melebihi 3 hari. Apalagi sampai bermusuhan dan pertumpahan darah. Jika kita mengikuti tauladan Rasulullah SAW, maka kita akan lebih banyak bersaudara kepada sesiapa pun daripada bermusuhan. Rasulullah SAW mengajar untuk mempersaudarakan kaum Ansar dan Muhajirin. Mempersatukan pelbagai kabilah di Arab, ras dan suku bangsa di dunia. Maka, kita sebagai umat Islam, perlu menitik beratkan kesatuan di antara pelbagai perbezaan yang ada, bermula daripada bangsa, suku, agama, hingga bahasanya. Kita adalah manusia ciptaan Allah SWT. Sudah sepatutnya kita saling mengenali, menjaga, menghormati, dan memuliakan satu sama lain agar dapat menjalani hidup dengan penuh damai, harmoni dan tenteram.
Muslimin Rahimakumullah, Dalam mengukuhkan persaudaraan, kita perlu bermula daripada diri sendiri. Jagalah hati daripada buruk sangka. Jangan terlalu cepat menghukum niat orang lain. Kadang-kadang kita hanya melihat satu perbuatan, tetapi kita tidak mengetahui seluruh keadaan. Sebab itu Islam mengajar kita supaya sentiasa bersikap husnudzon (bersangka baik) dan berhati-hati sebelum membuat tuduhan. Jagalah lisan daripada ucapan yang memutuskan silaturahim. Tidak semua perkara yang kita tahu perlu disebut. Tidak semua perkara yang kita dengar perlu disebarkan. Tidak semua kesilapan orang perlu dimalukan. Lisan yang tidak dijaga boleh menjadi sebab putusnya persaudaraan. Marilah kita menyebarkan salam, senyuman, ziarah, bertanya khabar dan membantu mereka yang susah. Jangan biarkan masjid hanya menjadi tempat kita solat bersama, tetapi hati kita jauh antara satu sama lain. Jadikan masjid sebagai tempat menyuburkan kasih sayang, menyatukan masyarakat dan membina kekuatan umat. Maka, janganlah kita sempitkan persaudaraan hanya kerana perbezaan kecil. Janganlah kita rosakkan ukhuwah hanya kerana berbeza pendekatan. Selagi kita berpegang kepada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, menghormati al-Quran dan al-Sunnah, serta menjaga adab dalam perbezaan, maka persaudaraan wajib dipelihara. Apabila berlaku pertelingkahan, tugas orang beriman bukan menyemarakkan api permusuhan, tetapi mendamaikan. Bukan menambah luka dengan kata- kata yang pedih, tetapi menutup ruang perpecahan dengan kasih sayang, nasihat dan hikmah.
Sidang Jemaah Yang Dimuliakan Allah, Persaudaraan adalah amanah Allah SWT. Mimbar ingin mengajak jemaah sekalian merenung beberapa kesimpulan daripada khutbah pada hari ini: Pertama: Hargai Nikmat Ukhuwah. Persaudaraan Islam adalah tunjang kekuatan ummah. Peliharalah ikatan ini sebagai tanda syukur akan nikmat Allah SWT. Kedua: Jaga Hati dan Lisan. Kerukunan umat bermula daripada diri kita sendiri. Jauhkanlah hati daripada sangkaan buruk dan peliharalah lisan daripada menuturkan kata-kata yang boleh memutuskan silaturahim. Ketiga: Jangan jadikan perbezaan pandangan yang kecil sebagai punca perpecahan. Bertindaklah sebagai pendamai kepada setiap pertelingkahan berbekalkan adab dan hikmah demi meraih rahmat Allah SWT. Renungi firman Allah di dalam Surah al-Hujurat ayat 10: Maksudnya: Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertakwalah kepada Allah SWT supaya kamu beroleh rahmat. َ ِكْر ِ الْحبَارَك َ الله ُ لِي ْ وَل َكُم ْ بِالْقُرْآن ِ الْعَظِيْمِ، وَنَفَعَنِي ْ وَإِيَّاكُم ْ بِمَا فِيْه ِ مِن َ الْآيَات ِ وَالذ كِيْمِ، َوَتَقَبَّل َ مِنِي ْ وَمِنْكُم ْ تِلَاوَتَه ُ إِنَّه ُ هُو َ السَّمِيْع ُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْل ُ قَوْلِي ْ هَذَا وَأَسْتَغْفِر ُ الله َ الْعَظِيْم ِلِي ْ وَل َكُم ْ وَلِسَائِر َ الْمُسْلِمِيْن َ وَالْمُسْلِمَات ِ وَالْمُؤْمِنِيْن َ وَالْمُؤْمِنَات ِ الْأَحْيَاء ِ مِنْهُم ْ و ُالْأَمْوَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوْه ُ إِنَّه ُ هُو َ الْغَفُوْر الرَّحِيْمُ.
Khutbah Kedua
ِ اَلْحَمْد ُ لِلَّه َرَب ِ الْعَالَمِين ِ، وَالصَّلَاة ُ وَالسَّلَام ُ عَلى َ سَيِدِنَا مُحَمَّد ِن َالنَّبِي ِ الْأَمِينِ، وَعَلَى آلِه ِ وَأَصْحَابِه ِ الطَّاهِرِين وَمَن ْ تَبِعَهُم ْ بِإِحْسَان ٍ إِلَى يَوْم ِ الدِينِ. ْ أَشْهَد ُ أَن ُلَا إِله َ إِلا َّ الله وَحْدَه ُ لا َ شَر ِيْك َ لَهُ، وَأَشْهَد ُ أن َّ سَيِدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُه ُ وَرَسُولُهُ. أَمَّا ْبَعَدُ، فَيَا عِبَاد َ اللهِ، اِتَّقُوا الله ِحَق َّ تُقَاتِه َِكُم ْ بِالصَّلَاةَكُم ْ بِأَمْر ٍ عَظِيمٍ، أَمَروَاعْلَمُوا أَن َّ الله َ أَمَر ِ وَالتَّسْلِيم ِ عَلَى نَبِيِه ِ ال ْكَرِيم ، فَقَال َ الله ُ تَعَالَى: اَللَّهُم َّ صَل ِ عَلَى سَيِدِنَا مُحَمَّد ٍ وَعَلَى آ ل ِ سَيِدِنَا مُحَمَّد ٍ كَمَا صَلَّيْت َ عَلَى سَيِدِنَا إِبْرَاهِيْم َ وَعَلَى آ ل ِ سَيِدِنَا إِبْرَاهِيْم َ وَبَارِك ْ عَلَى سَيِدِنَا مُحَمَّد ٍ وَعَلَى آ َل ِ سَيِدِنَا مُحَمَّد ٍ كَمَا بَارَكْت َ عَلَى س يِدِنَا إِبْرَاهِيْم َ وَعَلَى آ ل ِ سَيِدِنَا إِبْرَاهِيْم َ فِي الْعَالَمِيْن َ إِنَّك َ حَمِيْد ٌ مَجِيْدٌ. َ وَارْض َ اللَّهُم َّ عَن ِ الْخُلَفَاء ِ الرَّاشِدِين َ و ِعَن ْ بَقِيَّة الصَّحَابَة ِ أَجْمَعِينَ، وَعَن ِ التَّابِعِين َ وَتَابِعِي َالتَّابِعِين وَمَن ْ تَبِعَهُم ْ بِإِحْسَان ٍ إِلَى يَوْم ِ الدِيْن ِ وَارْض َ عَنَّا مَعَهُم ْ يَا أَكْرَم َ الْأَكْرَمِينَ. اللَّهُم َّ اغْفِر ْ لِلْمُسْلِمِين َ وَالْمُسْلِمَات ِ وَالْمُؤْمِنِين َ وَالْمُؤْمِنَات ِ الْأَحْيَاء ِ مِنْهُم ْ وَالْأَمْوَاتِ. َّ اللَّهُم أَيِد ْ بِدَوَام ِ التَّوْفِيْق ِ وَالْهِدَايَة ِ وَالصِحَّة ِ وَالسَّلَامَة ِ جَلَالَة َ مَل ِك ِ نَا ك باوه دولي يڠ مها موليا سري ڤدوك بڬيندا يڠ د - ڤرتوان اڬوڠ سُلْطَان إِبْرَاهِيم. وَكَذلِك َ ك باوه دولي يڠ مها موليا سري ڤدوك بڬيندا راج ڤرمايسوري اڬوڠ، راج ْزَارِيث صُوفِيَاهْ.
ْ اللَّهُم َّ احْفَظ ْ عُلَمَاءَه ُ وَوُزَرَاءَه ُ وَقُضَاتَه ُ وَعُمَّالَه ُ وَرَعَايَاه ُ مِن َ الْمُؤْمِنِين َ وَالْمُؤْمِنَات ِ بِرَح َمَتِك َ يَا أَرْحَم الرَّاحِمِينَ. اللَّهُم َّ اجْعَل ْ بَلَدَنَا مَالِيزِيَا ًآمِنا ِمُطْمَئِنًّا، سَخَاء ً رَخَاءً، دَار َ عَدْل ٍ وَإِيمَانٍ، وَأَمْن ٍ وَأَمَانٍ، وَسَائِر َ بِلَاد ال ْ مُسْلِمِينَ. اللَّهُم َّ أَعِز َّ الْإِسْلَام َ وَالْمُسْلِمِيْنَ، َو انْصُر ْ إِخْوَانَنَا فِي فِلَسْطِين، ِوَدَمِر ْ أَعْدَاءَك َ أَعْدَاء َ الدِين ْوانْصُر ْ مَن نَصَر َ الدِينَ، وَاخْذُل ْ مَن ْ خَذَل َ الْمُسْلِمِيْنَ، وَأَعْل ِ كَلِمَتَك َ إِلَى يَوْم ِ الدِيْنِ. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الْآخِرَة ِ حَسَنَة ً وَقِنَا عَذَاب َ النَّارِ. عِبَاد َ اللهِ، ْكُرُوافَاذ ِِكْر ُ اللهْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوه ُ عَلَى نِعَمِه ِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوه ُ مِن ْ فَضْلِه ِ يُعْطِكُم ْ وَلَذالله َ الْعَظِيْم َ يَذ أَكْبَرُ، وَالله ُ يَعْلَم ُ مَا تَصْنَعُونَ.
Official PDF download
For printing or the Jawi edition, download directly from JAKIM's official website.
© Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Reproduced with attribution; always verify against the official PDF.
Educational summary — verify with JAKIM/i-Fiqh for authoritative rulings.