KHUTBAH JUMAAT 29 MEI 2026 - DIRGAHAYU TUANKU, AMANAH RAJA, TANGGUNGJAWAB RAKYAT
Date: 28 Mei 2026 · Friday sermons
Official sermon text in Malay (Rumi script), sourced from JAKIM e-Khutbah PDFs.
اَلْحَمْد ُ لِلّٰه ِ الْقَآئِل : أَعُوذ ُ بِالله ِ مِن َ الشَّيْطَان ِ الرَّجِيم النساء [ 59 ] َّ أَشْهَد ُ أَن ْ لَا إِله َ إِلَّا الله ُ وَحْدَه ُ لَا شَر ِيك َ لَهُ، وَأَشْهَد ُ أَن َسَيدنا ِمُحَمَّدًا عَبْدُه ُ وَرَسُولُهُ. اللَّهُم َّ صَل ِ وَسَلِم ْ عَلَى نَبِيِنَا مُحَمَّد ٍ وَعَلَى آلِه ِ وَصَحْب َّه ِ وَمَن ْ دَعَا بِدَعْوَتِه ِ إِلَى يَوْم ِ الدِينِ. أَم ا بَعْدُ، فَيَا عِبَاد َ اللهِ، َ اتَّقُوا اللهَ، أُوصِيكُم ْ وَنَفْسِي بِتَقْوَى الله ِ وَطَاعَتِه ِ لَعَل َّكُم ْ تُفْلِحُون Sidang Jemaah yang dirahmati Allah, Marilah kita bersama-sama meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa, melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita tergolong dalam kalangan hamba-Nya yang sentiasa berada dalam rahmat dan perlindungan- Nya. Pada saat kita melangkah ke rumah Allah pada hari ini dengan hati yang tenang dan langkah yang dipermudahkan, marilah kita berhenti sejenak
untuk merenung suatu hakikat. Bahawa di belahan bumi yang sama, ada insan yang keluar dari rumah dalam keadaan cemas, ada keluarga yang hidup dalam ketakutan, bahkan ada yang tidak pasti sama ada mereka akan pulang semula atau tidak. Sedangkan kita di tanah air ini masih mampu hidup dalam suasana aman, masih mampu beribadah tanpa gangguan, dan masih dapat menjalani kehidupan dalam keadaan yang terpelihara. Maka sesungguhnya nikmat ini bukanlah suatu kebiasaan, tetapi suatu kurniaan besar daripada Allah SWT yang wajib disyukuri dan dipelihara. Bersempena dengan sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, maka mimbar pada hari ini dengan penuh takzim mengangkat tajuk, “Dirgahayu Tuanku: Amanah Raja, Tanggungjawab Rakyat”. Sidang jemaah sekalian, Sesungguhnya Islam meletakkan kepimpinan sebagai satu amanah yang besar, bukan sekadar kemuliaan yang diagungkan. Dalam konteks negara kita, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bukan sekadar lambang kedaulatan negara, bahkan Baginda merupakan payung yang menaungi rakyat, pemelihara agama serta tiang seri kepada kestabilan negara. Firman Allah SWT dalam Surah an-Nisa’ ayat 59 yang dibacakan khatib di awal tadi yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah)
RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya”. Ayat ini dimulakan dengan seruan kepada orang-orang yang beriman, yang menunjukkan bahawa ketaatan kepada Ulil Amri bukan sekadar tuntutan pentadbiran, bahkan merupakan sebahagian daripada iman. Ini memberi isyarat bahawa kepimpinan dalam Islam adalah amanah yang tinggi, manakala ketaatan pula adalah tanggungjawab yang lahir daripada keimanan. Dalam masa yang sama, ayat ini juga mengajarkan keseimbangan yang sangat halus, bahawa kesejahteraan sesebuah negara tidak akan tercapai dengan kekuatan kepimpinan semata-mata, dan tidak juga dengan usaha rakyat secara berasingan. Sebaliknya, ia terhasil apabila kepimpinan yang amanah dan rakyat yang bertanggungjawab berjalan seiring, seia sekata dan saling melengkapi. Sidang jemaah yang dirahmati Allah, Dalam warisan hikmah Melayu disebut bahawa raja dan rakyat berpisah tiada. Raja dan rakyat itu ibarat aur dengan tebing, saling menguatkan dan tidak terpisah dalam menghadapi apa jua cabaran. Bahkan boleh diumpamakan seperti bahtera di lautan, di mana Raja sebagai nahkoda menentukan arah, manakala rakyat sebagai pendayung menggerakkan perjalanan. Jika salah satu pincang, maka bahtera itu tidak akan sampai ke destinasi yang dituju. Sidang jemaah sekalian, Pada hari ini, dunia sedang berdepan dengan pelbagai ketidaktentuan. Pergolakan di beberapa wilayah, tekanan ekonomi yang semakin dirasai,
serta cabaran sosial yang kian mencabar ketahanan masyarakat. Semua ini memberi kesan, sama ada secara langsung atau tidak, kepada kehidupan kita sebagai rakyat. Dalam keadaan seperti ini, negara tidak mampu berdiri dengan satu kekuatan sahaja. Ia tidak boleh bergantung hanya kepada kepimpinan, dan tidak juga boleh diserahkan kepada rakyat secara terpisah. Bahkan, ia menuntut suatu kesatuan yang utuh, di mana semua pihak menggembeleng tenaga, saling mempercayai dan saling menguatkan. Firman Allah SWT: Maksudnya: “Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan.” Ayat ini mengingatkan bahawa kebinasaan bukan sahaja datang daripada ancaman luar, tetapi sering bermula daripada kelalaian dalam diri. Apabila amanah diabaikan, apabila akhlak diketepikan, apabila perpecahan dibiarkan, maka itulah titik awal kepada runtuhnya kekuatan sesebuah negara. Sidang jemaah yang dikasihi, Dalam mendepani segala cabaran ini, marilah kita bersama-sama menggembeleng tenaga, memperkukuh perpaduan, memperbaiki akhlak dan mengukuhkan kepercayaan antara satu sama lain. Jangan kita hanya menuntut keamanan, tetapi kita sendiri menjadi sebab kepada kerosakan. Jangan kita hanya mengharapkan kestabilan, tetapi kita sendiri lalai dalam tanggungjawab.
Pada hari ini kita menzahirkan rasa kasih dan setia dengan ungkapan Dirgahayu Tuanku. Namun hakikat kesetiaan bukan terletak pada lafaz semata-mata, tetapi pada sikap dan tindakan. Sesungguhnya amanah itu bukan hanya terpikul di bahu pemimpin, tetapi turut tergalas di bahu setiap rakyat jelata. Jika Raja memayungi dengan keadilan, maka rakyat hendaklah memakmurkan dengan ketaatan. Jika pemimpin menjaga negara, maka rakyatlah yang menjaga jiwa bangsa. Mengakhiri khutbah pada hari ini, marilah kita mengambil beberapa nasihat penting sebagai pedoman dalam kehidupan. Pertama: hendaklah kita menyedari bahawa kepimpinan adalah satu amanah yang besar di sisi Allah SWT, maka menjadi kewajipan kita untuk menzahirkan ketaatan dan kesetiaan kepada pemimpin selagimana tidak bercanggah dengan syariat, kerana daripadanya lahir kestabilan dan kesejahteraan negara. Keduanya: dalam menghadapi pelbagai cabaran dan krisis yang melanda dunia pada hari ini, hendaklah kita memperkukuh kesatuan, saling mempercayai dan berganding bahu, kerana kekuatan negara tidak terletak pada individu semata-mata, tetapi pada kebersamaan seluruh rakyatnya. Ketiga: setiap daripada kita bertanggungjawab memelihara akhlak, disiplin dan keharmonian masyarakat, kerana sesungguhnya kerosakan itu sering bermula daripada kelalaian manusia sendiri, sedangkan kebaikan pula lahir daripada kesedaran dan tanggungjawab bersama.
َ ِكْر ِ الْحبَارَك َ الله ُ لِي ْ وَل َكُم ْ بِالْقُرْآن ِ الْعَظِيْمِ، وَنَفَعَنِي ْ وَإِيَّاكُم ْ بِمَا فِيْه ِ مِن َ الْآيَات ِ وَالذ َكِيْمِ، وَتَقَبَّل مِنِي ْ وَمِنْكُم ْ تِلَاوَتَه ُ إِنَّه ُ هُو َ السَّمِيْع ُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْل ُ قَوْلِي ْ هَذَا ِوَأَسْتَغْفِر ُ الله َ الْعَظِيْم َ لِي ْ وَل َكُم ْ وَلِسَائِر ِ الْمُسْلِمِيْن َ وَالْمُسْلِمَات ِ وَالْمُؤْمِنِيْن َ وَالْمُؤْمِنَات ِ الْأَحْيَاء ِ مِنْهُم ْ وَالْأَمْوَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوْه ُ إ ُنَّه ُ هُو َ الْغَفُوْر الرَّحِيْمُ.
Khutbah Kedua
ِ اَلْحَمْد ُ لِلَّه َرَب ِ الْعَالَمِين ِ، وَالصَّلَاة ُ وَالسَّلَام ُ عَلى َ سَيِدِنَا مُحَمَّد ِن َالنَّبِي ِ الْأَمِينِ، وَعَلَى آلِه ِ وَأَصْحَابِه ِ الطَّاهِرِين وَمَن ْ تَبِعَهُم ْ بِإِحْسَان ٍ إِلَى يَوْم ِ الدِينِ. ْ أَشْهَد ُ أَن ُلَا إِله َ إِلا َّ الله وَحْدَه ُ لا َ شَر ِيْك َ لَهُ، وَأَشْهَد ُ أن َّ سَيِدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُه ُ وَرَسُولُهُ. أَمَّاَبَعْدُ، فَيَا عِبَاد َ اللهِ، اِتَّقُوا الله ِحَق َّ تُقَاتِه َِكُم ْ بِالصَّلَاةَكُم ْ بِأَمْر ٍ عَظِيمٍ، أَمَروَاعْلَمُوا أَن َّ الله َ أَمَر ِ وَالتَّسْلِيم ِ عَلَى نَبِيِه ِ ال ْكَرِيم ، فَقَال َ الله ُ تَعَالَى: اَللَّهُم َّ صَل ِ عَلَى سَيِدِنَا مُحَمَّد ٍ وَعَلَى آ ل ِ سَيِدِنَا مُحَمَّد ٍ كَمَا صَلَّيْت َ عَلَى سَيِدِنَا إِبْرَاهِيْم َ وَعَلَى آ ل ِ سَيِدِنَا َ إِبْرَاهِيْم َ وَب ارِك ْ عَلَى سَيِدِنَا مُحَمَّد ٍ وَعَلَى آ ل ِ سَيِدِنَا مُحَمَّد ٍ كَمَا بَارَكْت َ عَلَى سَيِدِنَا إِبْرَاهِيْم َ وَعَلَى آ ل ِ سَيِدِنَا إِبْرَاهِيْم َ فِي الْعَالَمِيْن َ إِنَّك َ حَمِيْد ٌ مَجِيْدٌ. ِ وَارْض َ اللَّهُم َّ عَن ِ الْخُلَفَاء َالرَّاشِدِين َ و ِعَن ْ بَقِيَّة الصَّحَابَة ِ أَجْمَعِينَ، َوَعَن ِ التَّابِعِين َ وَتَابِعِي التَّابِعِين وَمَن ْ تَبِعَهُم ْ بِإِحْسَان ٍ إِلَى يَوْم ِ الدِيْن ِ وَارْض َ عَنَّا مَعَهُم ْ يَا أَكْرَم َ الْأَكْرَمِينَ. َ اللَّهُم َّ اغْفِر ْ لِلْمُسْلِمِين َ وَالْمُسْلِم ات ِ وَالْمُؤْمِنِين َ وَالْمُؤْمِنَات ِ الْأَحْيَاء ِ مِنْهُم ْ وَالْأَمْوَاتِ. اللَّهُم َّ أَيِد ْ بِدَوَام ِ التَّوْفِيْق ِ وَالْهِدَايَة ِ وَالصِحَّة ِ وَالسَّلَامَة ِ جَلَالَة َ مَل ِك ِ نَا ك باوه دولي يڠ مها موليا سري ڤدوك بڬيندا يڠ د - ْڤرتوان اڬوڠ سُلْطَان إِب رَاهِيم. ْ وَكَذلِك َ ك باوه دولي يڠ مها موليا سري ڤدوك بڬيندا راج ڤرمايسوري اڬوڠ، راج زَارِيث صُوفِيَاهْ.
ْ اللَّهُم َّ احْفَظ ْ عُلَمَاءَه ُ وَوُزَرَاءَه ُ وَقُضَاتَه ُ وَعُمَّالَه ُ وَرَعَايَاه ُ مِن َ الْمُؤْمِنِين َ وَالْمُؤْمِنَات ِ بِرَح مَتِك َ يَا َأَرْحَم الرَّاحِمِينَ. اللَّهُم َّ اجْعَل ْ بَلَدَنَا مَالِيزِيَا ِآمِنا ً مُطْمَئِنًّا، سَخَاء ً رَخَاءً، دَار َ عَدْل ٍ وَإِيمَانٍ، وَأَمْن ٍ وَأَمَانٍ، وَسَائِر َ بِلَاد ال ْ مُسْلِمِينَ. اللَّهُم َّ أَعِز َّ الْإِسْلَام َ وَالْمُسْلِمِيْنَ، َو ْانْصُر إِخْوَانَنَا فِي فِلَسْطِين، ْوَدَمِر ْ أَعْدَاءَك َ أَعْدَاء َ الدِين ِ وانْصُر ْ مَن نَصَر َ الدِينَ، وَاخْذُل ْ مَن ْ خَذَل َ الْمُسْلِمِيْنَ، وَأَعْل ِ كَلِمَتَك َ إِلَى يَوْم ِ الدِيْنِ. َ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الْآخِرَة ِ حَسَنَة ً وَقِن ا عَذَاب َ النَّارِ. عِبَاد َ اللهِ، ْكُرُوافَاذ َالله َ الْعَظِيْم ِِكْر ُ اللهْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوه ُ عَلَى نِعَمِه ِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوه ُ مِن ْ فَضْلِه ِ يُعْطِكُم ْ وَلَذيَذ أَكْبَرُ، وَالله ُ يَعْلَم ُ مَا تَصْنَعُونَ.
Official PDF download
For printing or the Jawi edition, download directly from JAKIM's official website.
© Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Reproduced with attribution; always verify against the official PDF.
Educational summary — verify with JAKIM/i-Fiqh for authoritative rulings.