KHUTBAH JUMAAT 22 MEI 2026 - MEMAKNAI ZULHIJJAH DENGAN TAKWA DAN AKHLAK
Date: 22 Mei 2026 · Eid al-Adha
Official sermon text in Malay (Rumi script), sourced from JAKIM e-Khutbah PDFs.
اَلْحَمْد ُ لِلّٰه ِ الْقَآئِل : أَعُوذ ُ بِالله ِ مِن َ الشَّيْطَان ِ الرَّجِيم الفجر [ 1 - 5 ] َّ أَشْهَد ُ أَن ْ لَا إِله َ إِلَّا الله ُ وَحْدَه ُ لَا شَر ِيك َ لَهُ، وَأَشْهَد ُ أَن سيدنا ِمُحَمَّدًا عَبْدُه ُ وَرَسُولُهُ. اللَّهُم َّ صَل وَسَلِم ْ عَلَى نَبِيِنَا مُحَمَّد ٍ وَعَلَى آلِه ِ وَصَحْبِه ِ وَمَن ْ دَعَا بِدَعْوَتِه ِ إِلَى يَوْم ِ الدِينِ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَاد َ اللهِ، َ اتَّقُوا اللهَ، أُوصِيكُم ْ وَنَفْسِي بِتَقْوَى الله ِ وَطَاعَتِه ِ لَعَل َّكُم ْ تُفْلِحُون Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Khatib berpesan kepada diri sendiri dan sidang jemaah sekalian agar sama- sama meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan mentaati segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Sesungguhnya orang yang benar-benar bertakwa bukan sahaja tekun beribadah kepada Allah, bahkan turut menjaga akhlak, memelihara amanah dan berusaha menjadi insan yang membawa kebaikan kepada keluarga, masyarakat dan generasi yang akan datang. Mimbar pada hari ini membawakan tajuk: “Memaknai Zulhijjah Dengan Takwa dan Akhlak”.
Kita kini sedang melangkah masuk ke hari-hari yang paling dicintai oleh Allah SWT. Hari-hari yang apabila ia tiba, jutaan manusia dari seluruh dunia mula meninggalkan rumah, keluarga dan keselesaan hidup semata-mata untuk menyahut panggilan Allah menuju ke Tanah Suci. Pada saat ini, para jemaah haji sedang bergerak menuju satu perjalanan yang sangat besar maknanya. Sebuah perjalanan meninggalkan dunia untuk belajar kembali menjadi hamba. Mereka memakai pakaian yang sama, meninggalkan gelaran, pangkat dan kemegahan dunia. Mereka bertalbiah dengan suara yang sama: Labbaikallahumma labbaik… Juga mereka datang dengan hati yang berharap agar dosa diampunkan dan kehidupan yang diberikan keberkatan. Namun sidang Jemaah sekalian, hakikat Zulhijjah bukan hanya untuk mereka yang berada di Makkah. Zulhijjah adalah panggilan Allah kepada seluruh manusia agar kembali memperbaiki hubungan dengan-Nya. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, daripada Ibn Abbas RA, bahawa Nabi SAW bersabda: " ُ مَا العَمَل َفِي أَيَّام ٍ أَفْضَل َ مِنْهَا فِي هَذِهِ؟". قَالُوا: وَلا َ الجِهَادُ؟ قَالَ: "وَلا َ الجِهَادُ، إِلَّا رَجُل ٌ خَرَج ٍ يُخَاطِر ُ بِنَفْسِه ِ وَمَالِهِ، فَلَم ْ يَرْج ِِع ْ بِشَيْء" Maksudnya: “Tidak ada amalan yang lebih baik daripadanya melainkan pada ini (iaitu hari Tasyriq)”. Mereka bertanya: Tidak juga jihad? Nabi SAW bersabda: “Tidak juga jihad melainkan seorang lelaki keluar dengan mengorbankan dirinya serta hartanya lalu dia tidak lagi kembali dengan sesuatu”.
Sidang Jemaah yang dimuliakan, Perhatikan bagaimana Rasulullah SAW menyebut bahawa hari-hari ini adalah hari yang paling dicintai Allah untuk amal soleh. Ini menunjukkan bahawa Zulhijjah bukan sekadar musim ibadah, tetapi musim untuk manusia memperbaiki hati dan kehidupan. Firman Allah SWT dalam ayat yang dibacakan oleh khatib di awal tadi petikan ayat 1 dan 2 Surah Al-Fajr yang bermaksud: “Demi waktu fajar, dan demi malam yang sepuluh. Dan bilangan yang genap serta yang ganjil; Dan malam, apabila ia berlalu. Bukankah yang demikian itu mengandungi sumpah (yang diakui kebenarannya) oleh orang yang berakal sempurna?” Majoriti ulama tafsir menjelaskan bahawa “sepuluh malam” dalam ayat ini merujuk kepada sepuluh hari awal Zulhijjah. Allah SWT tidak bersumpah dengan sesuatu melainkan padanya ada kemuliaan dan pengajaran yang besar. Namun persoalannya, apakah yang sedang dibina oleh Allah dalam hari-hari ini? Sidang Jemaah yang dirahmati Allah, Zulhijjah datang ketika manusia semakin sibuk dengan dunia. Hati menjadi letih, jiwa menjadi keras dan manusia semakin mudah menyakiti satu sama lain. Media sosial dipenuhi kemarahan, sindiran dan kecaman. Manusia terlalu cepat menghukum hanya dengan satu gambar, satu video atau satu tulisan tanpa mengetahui hakikat sebenar sesuatu perkara. Kita menjadi masyarakat yang cepat memberi pandangan, tetapi lambat memahami. Cepat mengecam, tetapi jarang menyelidik. Sedangkan Allah SWT mengajar kita supaya menjaga hati dan lisan sebelum berbicara tentang
manusia lain. Firman Allah SWT Surah al-Hujurat pada ayat ke 12 yang berbunyi: Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. Sidang Jemaah yang dimuliakan, Zulhijjah itu bukan sekadar tentang memperbanyakkan ibadah, tetapi tentang melembutkan hati yang semakin keras. Adakah kita tergamak, dalam masa kita memperbanyakkan takbir dan zikir, tetapi seiring dengan itu lidah yang sama masih menyakiti manusia dan tulisan kita masih melukakan hati orang lain? Rasulullah SAW mengajarkan bahawa seorang Muslim yang baik bukan hanya pada banyaknya ibadah, tetapi pada keselamatan orang lain daripada kejahatan lidah dan tangannya. Hari ini tangan manusia bukan hanya pada
fizikal, tetapi juga pada tulisan di media sosial. Satu tulisan mampu membuka aib, memecahkan ukhuwah dan menimbulkan kebencian yang panjang. Sidang Jemaah yang dirahmati Allah, Para jemaah haji yang sedang menuju Arafah pada hari-hari ini datang dengan pakaian ihram yang putih dan bersih. Mengapa? Kerana Allah mahu mengajar manusia bahawa di hadapan-Nya semua manusia itu sama, hina, lemah dan memerlukan rahmat-Nya. Tetapi alangkah menyedihkan, dalam dunia hari ini manusia terlalu sibuk melihat kesalahan orang lain sehingga lupa melihat dosa sendiri. Sedangkan musim Zulhijjah sepatutnya menjadi musim muhasabah, memperbaiki diri sebelum memperkatakan tentang manusia lain serta membina takwa dan akhlak. Firman Allah SWT dalam Surah al-Hajj ayat ke 32 yang bermaksud: “Dan sesiapa yang membesarkan syiar-syiar Allah, maka sesungguhnya ia lahir daripada ketakwaan hati.” Takwa bukan hanya pada banyaknya amalan, tetapi pada hati yang semakin tunduk kepada Allah dan akhlak yang semakin baik terhadap manusia. Negara tidak akan menjadi kuat jika masyarakatnya mudah berpecah, saling membenci dan hilang adab ketika berbeza pandangan. Kita mungkin tidak sentiasa bersetuju dalam semua perkara, tetapi jangan sampai perbezaan menjadikan kita hilang akhlak dan kasih sayang sesama insan. Hari-hari Zulhijjah ini mengajar kita supaya kembali menjadi umat yang membina, bukan meruntuhkan. Menjadi umat yang membawa ketenangan, bukan menambah kebencian.
Sebagai iktibar daripada khutbah hari ini, khatib simpulkan: Pertama: Zulhijjah bukan sekadar musim menambah ibadah dan amal soleh semata, tetapi juga musim membina hati, takwa dan akhlak. Kedua: Umat Islam hendaklah menjauhi budaya menghukum, mengecam dan menyebarkan kebencian tanpa ilmu dan fakta yang benar. Ketiga: Media sosial hendaklah digunakan untuk menyebarkan kebaikan, memperkukuh ukhuwah dan membina masyarakat yang lebih harmoni. Marilah kita bersama-sama memanfaatkan hari-hari Zulhijjah ini dengan memperbanyakkan zikir, takbir, istighfar, sedekah dan amal soleh. Jangan biarkan hari-hari yang mulia ini berlalu seperti hari-hari biasa sedangkan kita tidak tahu apakah masih ada peluang untuk bertemu Zulhijjah pada tahun hadapan. Didiklah diri dan keluarga agar menjaga lisan, memelihara tulisan dan menjauhi budaya menyakiti manusia. Sesungguhnya seorang Mukmin yang sebenar ialah mereka yang menghadirkan ketenangan kepada orang lain melalui akhlak dan tutur katanya. َ بَارَك َ الله ُ لِي ْ و َِكْر ِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلل َكُم ْ بِالْقُرْآن ِ الْعَظِيْمِ، وَنَفَعَنِي ْ وَإِيَّاكُم ْ بِمَا فِيْه ِ مِن َ الْآيَات ِ وَالذ َ مِنِي ْ وَمِنْكُم ْ تِلَاوَتَه ُ إِنَّه ُ هُو َ السَّمِيْع ُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْل ُ قَوْلِي ْ هَذَا وَأَسْتَغْفِر ُ الله َ الْعَظِيْم َلِي ْ و ِل َكُم ْ وَلِسَائِر ِ الْمُسْلِمِيْن َ وَالْمُسْلِمَات ِ وَالْمُؤْمِنِيْن َ وَالْمُؤْمِنَات ِ الْأَحْيَاء ِ مِنْهُم ْ وَالْأَمْوَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوْه ُ إ ُنَّه ُ هُو َ الْغَفُوْر الرَّحِيْمُ.
Khutbah Kedua
ِ اَلْحَمْد ُ لِلَّه َرَب ِ الْعَالَمِين ، ِوَالصَّلَاة ُ وَالسَّلَام ُ عَلى َ سَيِدِنَا مُحَمَّد ِن َالنَّبِي ِ الْأَمِينِ، وَعَلَى آلِه ِ وَأَصْحَابِه ِ الطَّاهِرِين وَمَن ْ تَبِعَهُم ْ بِإِحْسَان ٍ إِلَى يَوْم ِ الدِينِ. ْ أَشْهَد ُ أَن ُلَا إِله َ إِلا َّ الله وَحْدَه ُ لا َ شَر ِيْك َ لَهُ، وَأَشْهَد ُ أن َّ سَيِدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُه ُ وَرَسُولُهُ. أَمَّاَبَعْدُ، فَيَا عِبَاد َ اللهِ، اِتَّقُوا الله ِحَق َّ تُقَاتِه َِكُم ْ بِالصَّلَاةَكُم ْ بِأَمْر ٍ عَظِيمٍ، أَمَروَاعْلَمُوا أَن َّ الله َ أَمَر َ وَالتَّسْلِيم ِ عَلَى ن ِبِيِه ِ ال ْكَرِيم ، فَقَال َ الله ُ تَعَالَى: اَللَّهُم َّ صَل ِ عَلَى سَيِدِنَا مُحَمَّد ٍ وَعَلَى آ ُل ِ سَيِدِنَا م حَمَّد ٍ كَمَا صَلَّيْت َ عَلَى سَيِدِنَا إِبْرَاهِيْم َ وَعَلَى آ ل ِ سَيِدِنَا إِبْرَاهِيْم َ وَبَارِك ْ عَلَى سَيِدِنَا مُحَمَّد ٍ وَعَلَى آ ل ِ سَيِدِنَا مُحَمَّد ٍ كَمَا بَارَكْت َ عَلَى سَيِدِنَا إِبْرَاهِيْم َ وَعَلَى آ ل ِ سَيِدِنَا إِبْرَاهِيْم َ فِي الْعَا لَمِيْن َ إِنَّك َ حَمِيْد ٌ مَجِيْدٌ. َ وَارْض َ اللَّهُم َّ عَن ِ الْخُلَفَاء ِ الرَّاشِدِين َ و ِعَن ْ بَقِيَّة الصَّحَابَة ِ أَجْمَعِينَ، َوَعَن ِ التَّابِعِين َ وَتَابِعِي التَّابِعِين وَمَن ْ تَبِعَهُم ْ بِإِحْسَان ٍ إِلَى يَوْم ِ الدِيْن ِ وَارْض َ عَنَّا مَعَهُم ْ يَا أَكْرَم َ الْأَكْرَمِينَ. اللَّهُم َّ اغْفِر ْ لِلْمُسْلِمِين َ وَالْمُسْلِمَات ِ وَالْمُؤْمِنِين َ وَالْمُؤْمِنَات ِ الْأَحْيَاء ِ مِنْهُم ْ وَالْأَمْوَاتِ. اللَّهُم َّ أَيِد ْ بِدَوَام ِ التَّوْفِيْق ِ وَالْهِدَايَة ِ وَالصِحَّة ِ وَالسَّلَامَة ِ جَلَالَة َ مَل ِك ِ نَا ك باوه دولي يڠ مها موليا سري ڤدوك بڬيندا يڠ د - ڤرتوان اڬوڠ سُلْطَان إِبْرَاهِيم. وَكَذلِك َ ك باوه دولي يڠ مها موليا سري ڤدوك بڬيندا راج ڤرمايسوري اڬو ْڠ، راج زَارِيث صُوفِيَاهْ.
ْ اللَّهُم َّ احْفَظ ْ عُلَمَاءَه ُ وَوُزَرَاءَه ُ وَقُضَاتَه ُ وَعُمَّالَه ُ وَرَعَايَاه ُ مِن َ الْمُؤْمِنِين َ وَالْمُؤْمِنَات ِ بِرَح َمَتِك َ يَا أَرْحَم الرَّاحِمِينَ. اللَّهُم َّ اجْعَل ْ بَلَدَنَا مَالِيزِيَا َآمِنا ً مُطْمَئِنًّا، سَخ ِاء ً رَخَاءً، دَار َ عَدْل ٍ وَإِيمَانٍ، وَأَمْن ٍ وَأَمَانٍ، وَسَائِر َ بِلَاد ال ْ مُسْلِمِينَ. اللَّهُم َّ أَعِز َّ الْإِسْلَام َ وَالْمُسْلِمِيْنَ، َو انْصُر ْ إِخْوَانَنَا فِي فِلَسْطِين، ِوَدَمِر ْ أَعْدَاءَك َ أَعْدَاء َ الدِين َ وانْصُر ْ مَن ْ نَصَر الدِينَ، وَاخْذُل ْ مَن ْ خَذَل َ الْمُسْلِمِيْنَ، وَأَعْل ِ كَلِمَتَك َ إِلَى يَوْم ِ الدِيْنِ. Ya Allah, peliharalah seluruh umat Islam di setiap tempat dan zaman. Ya Allah, kurniakanlah pertolongan kepada saudara-saudara kami khususnya di Palestin, permudahkanlah urusan mereka dan selamatkanlah saudara kami dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla. Jadikanlah setiap muslihat golongan zalim itu ialah pengakhiran kepada kuasa mereka dan permulaan kepada kehinaan mereka. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الْآخِرَة ِ حَسَنَة ً وَقِنَا عَذَاب َ النَّارِ. َ عِبَاد اللهِ، ْكُرُوافَاذ ِِكْر ُ اللهْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوه ُ عَلَى نِعَمِه ِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوه ُ مِن ْ فَضْلِه ِ يُعْطِكُم ْ وَلَذالله َ الْعَظِيْم َ يَذ أَكْبَرُ، وَالله ُ يَعْلَم ُ مَا تَصْنَعُونَ.
Official PDF download
For printing or the Jawi edition, download directly from JAKIM's official website.
© Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Reproduced with attribution; always verify against the official PDF.
Educational summary — verify with JAKIM/i-Fiqh for authoritative rulings.