KHUTBAH JUMAAT 15 MEI 2026 - GURU BITARA, NADI NEGARA
Date: 15 Mei 2026 · Friday sermons
Official sermon text in Malay (Rumi script), sourced from JAKIM e-Khutbah PDFs.
اَلْحَمْد ُ لِلّٰه ِ الْقَآئِل : أَعُوذ ُ بِالله ِ مِن َ الشَّيْطَان ِ الرَّجِيم آل عمران [ 79 ] َّ أَشْهَد ُ أَن ْ لَا إِله َ إِلَّا الله ُ وَحْدَه ُ لَا شَر ِيك َ لَهُ، وَأَشْهَد ُ أَن سيدنا ِمُحَمَّدًا عَبْدُه ُ وَرَسُولُهُ. اللَّهُم َّ صَل ْ وَسَلِم ْ عَلَى نَبِيِنَا مُحَمَّد ٍ وَعَلَى آلِه ِ وَصَح َبِه ِ وَمَن ْ دَعَا بِدَعْوَتِه ِ إِلَى يَوْم ِ الدِينِ. أَمَّا ب عْدُ، فَيَا عِبَاد َ اللهِ، َ اتَّقُوا اللهَ، أُوصِيكُم ْ وَنَفْسِي بِتَقْوَى الله ِ وَطَاعَتِه ِ لَعَل َّكُم ْ تُفْلِحُون Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Khatib mengingatkan diri sendiri dan sidang jemaah sekalian agar terus meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Sesungguhnya ketakwaan yang sebenar bukan hanya terlihat pada ibadah, tetapi terpancar pada akhlak, terpelihara dalam amanah dan terbina dalam cara kita membentuk generasi masa hadapan.
Sidang Jemaah yang dimuliakan, Kita sedang hidup dalam satu zaman yang amat mencabar. Manusia bercakap setiap saat, maklumat datang tanpa henti dan media sosial menjadi ruang yang paling banyak membentuk cara manusia berfikir dan melihat kehidupan. Hari ini, hampir keseluruhan masyarakat berada dalam talian. Anak-anak membesar di hadapan skrin sebelum mereka mengenal kehidupan sebenar. Mereka belajar daripada apa yang mereka lihat, meniru apa yang mereka dengar dan membentuk nilai daripada apa yang berulang di hadapan mata mereka setiap hari. Namun dalam dunia yang penuh suara ini, manusia sebenarnya semakin kehilangan arah. Kita tidak kekurangan maklumat, tetapi kekurangan bimbingan. Kita tidak kekurangan orang bijak, tetapi semakin kekurangan insan yang membina jiwa dan memimpin manusia kepada Tuhan. Di sinilah letaknya peranan besar seorang guru. Bertepatan dengan sambutan Hari Guru pada tahun ini yang membawa tema “Guru Bitara, Nadi Negara”, mimbar mengajak sidang jemaah memahami bahawa guru bukan sekadar penyampai ilmu, tetapi pembina manusia. Guru bukan sekadar mengajar untuk peperiksaan, tetapi membentuk jiwa untuk kehidupan. Sidang Jemaah yang dirahmati Allah, Hari ini guru bukan sahaja berdepan dengan cabaran akademik, tetapi berhadapan dengan generasi yang hidup dalam dunia tanpa sempadan. Guru bukan sekadar bersaing dengan buku, tetapi bersaing dengan skrin. Perhatian pelajar semakin pendek, fokus semakin mudah terganggu dan pengaruh media sosial semakin kuat membentuk pemikiran mereka.
Kita sedang menyaksikan satu realiti yang membimbangkan dimana ilmu semakin berkembang, tetapi adab semakin terhakis. Anak-anak semakin cepat memperoleh maklumat, tetapi semakin sukar menghormati manusia. Mereka mengenali ramai orang di alam maya, tetapi semakin jauh daripada nilai hormat, sabar dan disiplin dalam kehidupan sebenar. Maka cabaran terbesar guru hari ini bukan sekadar mengajar, tetapi mempertahankan nilai dan menyelamatkan jiwa generasi muda daripada hanyut dalam dunia yang melalaikan. Sidang Jemaah yang dimuliakan, Al-Quran telah memberikan satu panduan besar tentang hakikat pendidikan melalui firman Allah SWT dalam ayat ke 79 petikan Surah Ali Imran yang dibacakan khatib di awal tadi yang bermaksud: “Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab agama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai: "Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah". Tetapi (sepatutnya ia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala - dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya. Perhatikan bagaimana Allah SWT tidak sekadar memerintahkan manusia mengajar, tetapi Allah menggunakan perkataan “Rabbani”, iaitu manusia yang bukan sahaja memiliki ilmu, tetapi membina manusia agar dekat dengan Allah. Inilah hakikat pendidikan dalam Islam.
Guru bukan sekadar memindahkan maklumat daripada buku ke akal pelajar. Guru yang rabbani membina akhlak, membentuk jiwa dan memimpin manusia mengenal Tuhan. Kerana itu dalam tradisi Islam, seorang guru bukan hanya dipanggil pendidik, tetapi murabbi iaitu insan yang mendidik manusia dengan ilmu dan tarbiah. Sidang Jemaah yang dirahmati Allah, Mimbar ingin mengingatkan bahawa pendidikan bukan tanggungjawab guru semata-mata. Kita tidak boleh menyerahkan seluruh beban membina generasi kepada sekolah dan guru, sedangkan rumah dipenuhi kelalaian, adab tidak lagi dijaga dan anak-anak dibesarkan tanpa perhatian serta kasih sayang yang cukup. Masyarakat juga perlu mengembalikan penghormatan kepada guru. Janganlah guru hanya dihargai dengan ucapan dan sambutan, tetapi dalam masa yang sama kewibawaan mereka dipersoalkan, pandangan mereka dipandang ringan dan usaha mereka tidak dihargai. Anak-anak pula perlu diajar untuk menghormati guru. Sesungguhnya keberkatan ilmu bukan hanya pada kepintaran, tetapi pada adab terhadap orang yang menyampaikan ilmu. Imam Malik رحمه الله pernah berkata bahawa ibunya akan memakaikannya pakaian yang baik sebelum pergi belajar sambil berpesan: “Pergilah kepada gurumu dan pelajarilah adabnya sebelum ilmunya.” Sidang Jemaah yang dimuliakan, Hari ini negara mungkin mampu membina sekolah yang besar dan teknologi pendidikan yang canggih, tetapi jika guru kehilangan penghormatan dan generasi kehilangan adab, maka kita mungkin berjaya melahirkan manusia
yang cerdas, tetapi belum tentu manusia yang mempunyai jiwa. Kerana itulah guru disebut sebagai nadi negara. Apabila guru dihormati, ilmu akan dimuliakan. Apabila ilmu dimuliakan, lahirlah generasi yang beradab. Dan apabila generasi memiliki adab dan iman, maka negara akan lebih kuat dan ummah akan lebih bermaruah. Sebagai iktibar daripada khutbah hari ini, khatib simpulkan: Pertama: Guru bukan sekadar penyampai ilmu, tetapi murabbi yang membina jiwa dan akhlak generasi. Cabaran dunia digital dan media sosial menuntut guru memainkan peranan yang lebih besar dalam membimbing generasi muda. Kedua: Masyarakat perlu memuliakan guru, memberi kepercayaan kepada mereka dan bersama-sama memikul amanah pendidikan. Ketiga: Keberkatan ilmu lahir daripada adab, dan adab bermula dengan menghormati guru. Marilah kita bersama-sama menghargai jasa para guru, memuliakan ilmu dan mendidik anak-anak agar menghormati insan yang membimbing mereka mengenal kehidupan. Doakanlah para guru kita. Ramai dalam kalangan mereka yang mengajar dalam keletihan, mendidik dalam tekanan dan membina generasi dalam suasana yang semakin mencabar. Namun mereka tetap hadir setiap hari dengan harapan agar anak-anak bangsa tidak kehilangan arah. Dan apabila guru dimuliakan, ilmu akan diberkati, akhlak akan dipelihara dan negara akan terus berdiri dengan manusia yang memiliki iman, adab dan jiwa.
َ ِكْر ِ الْحبَارَك َ الله ُ لِي ْ وَل َكُم ْ بِالْقُرْآن ِ الْعَظِيْمِ، وَنَفَعَنِي ْ وَإِيَّاكُم ْ بِمَا فِيْه ِ مِن َ الْآيَات ِ وَالذ َكِيْمِ، وَتَقَبَّل َ مِنِي ْ وَمِنْكُم ْ تِلَاوَتَه ُ إِنَّه ُ هُو ِالسَّمِيْع ُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْل ُ قَوْلِي ْ هَذَا وَأَسْتَغْفِر ُ الله َ الْعَظِيْم َ لِي ْ وَل َكُم ْ وَلِسَائِر ِ الْمُسْلِمِيْن َ وَالْمُسْلِمَات ِ وَالْمُؤْمِنِيْن َ وَالْمُؤْمِنَات ِ الْأَحْيَاء ِ مِنْهُم ْ وَالْأَمْوَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوْه ُ إ ُنَّه ُ هُو َ الْغَفُوْر الرَّحِيْمُ.
Khutbah Kedua
ِ اَلْحَمْد ُ لِلَّه َرَب ِ الْعَالَمِين ِ، وَالصَّلَاة ُ وَالسَّلَام ُ عَلى َ سَيِدِنَا مُحَمَّد ِن َالنَّبِي ِ الْأَمِينِ، وَعَلَى آلِه ِ وَأَصْحَابِه ِ الطَّاهِرِين وَمَن ْ تَبِعَهُم ْ بِإِحْسَان ٍ إِلَى يَوْم ِ الدِينِ. ْ أَشْهَد ُ أَن ُلَا إِله َ إِلا َّ الله وَحْدَه ُ لا َ شَر ِيْك َ لَهُ، وَأَشْهَد ُ أن َّ سَيِدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُه ُ وَرَسُولُهُ. أَمَّا ْبَعَدُ، فَيَا عِبَاد َ اللهِ، اِتَّقُوا الله ِحَق َّ تُقَاتِه َِكُم ْ بِالصَّلَاةَكُم ْ بِأَمْر ٍ عَظِيمٍ، أَمَروَاعْلَمُوا أَن َّ الله َ أَمَر ِ وَالتَّسْلِيم ِ عَلَى نَبِيِه ِ ال ْكَرِيم ، فَقَال َ الله ُ تَعَالَى: اَللَّهُم َّ صَل ِ عَلَى سَيِدِنَا مُحَمَّد ٍ وَعَلَى آ ل ِ سَيِدِنَا مُحَمَّد ٍ كَمَا صَلَّيْت َ عَلَى سَيِدِنَا إِبْرَاهِيْم َ وَعَلَى آ ل ِ سَيِدِنَا إِبْرَاهِيْم َ وَبَارِك ْ عَلَى سَيِدِنَا مُحَمَّد ٍ وَعَلَى آ ل ِ سَيِدِنَا مُحَمَّد ٍ كَمَا بَارَكْت َ عَلَى سَيِدِنَا إِبْرَاهِيْم َ وَعَلَى آ ل ِ سَيِدِنَا ِ إِبْرَاه يْم َ فِي الْعَالَمِيْن َ إِنَّك َ حَمِيْد ٌ مَجِيْدٌ. َ وَارْض َ اللَّهُم َّ عَن ِ الْخُلَفَاء ِ الرَّاشِدِين َ و ِعَن ْ بَقِيَّة الصَّحَابَة ِ أَجْمَعِينَ، َوَعَن ِ التَّابِعِين َ وَتَابِعِي التَّابِعِين َ وَمَن ْ تَبِعَهُم ْ بِإِحْسَان ٍ إِلَى يَوْم ِ الدِيْن ِ وَارْض َ ع نَّا مَعَهُم ْ يَا أَكْرَم َ الْأَكْرَمِينَ. اللَّهُم َّ اغْفِر ْ لِلْمُسْلِمِين َ وَالْمُسْلِمَات ِ وَالْمُؤْمِنِين َ وَالْمُؤْمِنَات ِ الْأَحْيَاء ِ مِنْهُم ْ وَالْأَمْوَاتِ. اللَّهُم َّ أَيِد ْ بِدَوَام ِ التَّوْفِيْق ِ وَالْهِدَايَة ِ وَالصِحَّة ِ وَالسَّلَامَة ِ جَلَالَة َ مَل ِك ِ نَا ك باوه دولي يڠ مها موليا سري ڤدوك بڬيندا يڠ د - ڤرتوان اڬوڠ سُلْطَان إِبْرَاهِيم. وَكَذلِك َ ك باوه دولي يڠ مها موليا سري ڤدوك بڬيندا راج ڤرمايسوري اڬو ْڠ، راج زَارِيث صُوفِيَاهْ.
ْ اللَّهُم َّ احْفَظ ْ عُلَمَاءَه ُ وَوُزَرَاءَه ُ وَقُضَاتَه ُ وَعُمَّالَه ُ وَرَعَايَاه ُ مِن َ الْمُؤْمِنِين َ وَالْمُؤْمِنَات ِ بِرَح َمَتِك َ يَا أَرْحَم الرَّاحِمِينَ. اللَّهُم َّ اجْعَل ْ بَلَدَنَا مَالِيزِيَا ًآمِنا ِمُطْمَئِنًّا، سَخَاء ً رَخَاءً، دَار َ عَدْل ٍ وَإِيمَانٍ، وَأَمْن ٍ وَأَمَانٍ، وَسَائِر َ بِلَاد ال ْ مُسْلِمِينَ. اللَّهُم َّ أَعِز َّ الْإِسْلَام َ وَالْمُسْلِمِيْنَ، َو انْصُر ْ إِخْوَانَنَا فِي فِلَسْطِين، ِوَدَمِر ْ أَعْدَاءَك َ أَعْدَاء َ الدِين ْ وانْصُر ْ مَن نَصَر َ الدِينَ، وَاخْذُل ْ مَن ْ خَذَل َ الْمُسْلِمِيْنَ، وَأَعْل ِ كَلِمَتَك َ إِلَى يَوْم ِ الدِيْنِ. Ya Allah, peliharalah seluruh umat Islam di setiap tempat dan zaman. Ya Allah, kurniakanlah pertolongan kepada saudara-saudara kami khususnya di Palestin, permudahkanlah urusan mereka dan selamatkanlah saudara kami dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla. Jadikanlah setiap muslihat golongan zalim itu ialah pengakhiran kepada kuasa mereka dan permulaan kepada kehinaan mereka. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الْآخِرَة ِ حَسَنَة ً وَقِنَا عَذَاب َ النَّارِ. عِبَاد َ اللهِ، ْكُرُوافَاذ ِِكْر ُ اللهْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوه ُ عَلَى نِعَمِه ِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوه ُ مِن ْ فَضْلِه ِ يُعْطِكُم ْ وَلَذالله َ الْعَظِيْم َ يَذ أَكْبَرُ، وَالله ُ يَعْلَم ُ مَا تَصْنَعُونَ.
Official PDF download
For printing or the Jawi edition, download directly from JAKIM's official website.
© Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Reproduced with attribution; always verify against the official PDF.
Educational summary — verify with JAKIM/i-Fiqh for authoritative rulings.