KHUTBAH JUMAAT 1 MEI 2026 - AL-QAWIYY AL-AMIN, MEMBINA PEKERJA BERDAYA
Date: 30 April 2026 · Friday sermons
Official sermon text in Malay (Rumi script), sourced from JAKIM e-Khutbah PDFs.
اَلْحَمْد ُ لِلّٰه ِ الْقَآئِل : أَعُوذ ُ بِالله ِ مِن َ الشَّيْطَان ِ الرَّجِيم القصص [ 26 ] َّ أَشْهَد ُ أَن ْ لَا إِله َ إِلَّا الله ُ وَحْدَه ُ لَا شَر ِيك َ لَهُ، وَأَشْهَد ُ أَن َسَيدنا ِمُحَمَّدًا عَبْدُه ُ وَرَسُولُهُ. اللَّهُم َّ صَل وَسَلِم ْ عَلَى نَبِيِنَا مُحَمَّد ٍ وَعَلَى آلِه ِ وَصَحْبِه ِ وَمَن ْ دَعَا بِدَعْوَتِه ِ إِلَى يَوْم ِ الدِينِ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَاد َ اللهِ، َ اتَّقُوا اللهَ، أُوصِيكُم ْ وَنَفْسِي بِتَقْوَى الله ِ وَطَاعَتِه ِ لَعَل َّكُم ْ تُفْلِحُون Sidang Jemaah yang dirahmati Allah, Khatib mengingatkan diri sendiri dan sidang jemaah sekalian agar terus meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa, melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Ketahuilah bahawa antara tanda ketakwaan ialah apabila seseorang melihat pekerjaannya sebagai amanah, rezekinya sebagai tanggungjawab, dan usahanya sebagai ibadah yang akan dipersoalkan di hadapan Allah SWT. Pada hari yang penuh barakah ini, bersempena sambutan Hari Pekerja 2026, mimbar ingin mengajak sidang jemaah menghayati satu pedoman besar al- Quran dalam membina tenaga kerja yang kukuh, iaitu “Al-Qawiyy Al-Amin: Membina Pekerja Berdaya.”
Sidang Jemaah yang dimuliakan, Dunia hari ini sedang berubah dengan pantas. Kita bersyukur negara mencatat kadar pengangguran yang terendah dalam tempoh dua belas tahun. Ini menandakan kekuatan pasaran buruh negara dan daya tahan ekonomi yang patut disyukuri. Namun dalam masa yang sama, dunia sedang diuji. Konflik geopolitik yang berlaku di Timur Tengah, gangguan di Selat Hormuz dan lonjakan harga minyak global melebihi 40 peratus memberi kesan langsung kepada ekonomi dunia dan turut menguji negara kita. Apa yang berlaku jauh di luar sempadan negara boleh memberi kesan kepada kos sara hidup rakyat. Apa yang berlaku di pasaran tenaga dunia boleh menyentuh periuk nasi keluarga. Namun seorang Mukmin tidak membaca cabaran dengan rasa putus asa. Sebaliknya cabaran dibaca sebagai ruang memperkukuh daya tahan. Krisis bukan alasan melemah. Krisis adalah seruan untuk bangkit lebih kuat. Di sinilah al-Quran memberi pedoman melalui firman Allah SWT dalam Surah al-Qasas ayat 26 yang dibacakan khatib tadi yang bermaksud: “Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: "Wahai ayah! Ambillah dia menjadi orang upahan (menggembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah".” Sidang Jemaah Yang Dikasihi Allah, Ayat ini merumuskan falsafah besar tenaga kerja unggul. Bukan sekadar pekerja yang mahir. Bukan sekadar pekerja yang rajin. Tetapi pekerja yang menghimpunkan dua sifat iaitu Al-Qawiyy yang bermaksud berdaya, berkemahiran, tahan diuji dan Al-Amin iaitu amanah, berintegriti dan bertanggungjawab. Dunia hari ini tidak hanya memerlukan pekerja yang kuat. Tetapi pekerja yang kuat dan amanah. Kerana kekuatan tanpa amanah boleh merosakkan. Dan amanah tanpa keupayaan boleh melemahkan.
Sidang Jemaah yang dirahmati Allah, Barangkali istilah Al-Qawiyy itu selalu dikaitkan dengan kekuatan fizikal. Bahkan ia bukan sekadar otot tetapi kekuatan ilmu, kemahiran, beradaptasi dan kekuatan menghadapi perubahan. Dalam suasana ekonomi global yang mencabar, kekuatan seperti inilah yang diperlukan. Kerana itu apabila negara memacu visi menjadi negara berteraskan kecerdasan buatan, dan sasaran melatih 700,000 tenaga mahir dalam semikonduktor serta teknologi AI digerakkan menjelang 2030, ia bukan sekadar agenda ekonomi. Hakikatnya ia adalah agenda membina pekerja al- Qawiyy. Begitu juga peluasan TVET Inklusif MADANI yang membuka peluang kepada belia luar bandar, pelajar tahfiz, komuniti gig dan golongan terpinggir. Ini bukan hanya program latihan. Ini agenda mengangkat maruah untuk meningkatkan mobiliti sosial dan membina kekuatan ummah. Mimbar ingin mengingatkan supaya jangan kita sekadar menjadi pengguna teknologi tetapi jadilah pencipta teknologi. Jangan sekadar menunggu peluang tetapi ciptalah peluang. Kerana umat yang menguasai kemahiran akan memiliki kemuliaan, dan umat yang membina kepakaran akan mampu memimpin. Sidang Jemaah yang dimuliakan, Hakikat hidup di dunia ini, kekuatan sahaja tidak memadai. Al-Qawiyy mesti dipandu oleh Al-Amin. Al-Quran tidak berhenti pada “kuat” sahaja tetapi menyambung dengan “amanah”. Inilah keseimbangan Islam. Kepakaran tanpa amanah melahirkan ketirisan. Kecekapan tanpa integriti melahirkan kerosakan. Sebab itu tatkala kerajaan melaksanakan dasar Bekerja Dari Rumah dan Aturan Kerja Fleksibel, ia bukan semata-mata penyesuaian dasar menghadapi tekanan ekonomi dan tenaga. Ia juga ujian amanah. Bekerja dari rumah bukan ruang melonggarkan disiplin. Tetapi medan menguji ihsan.
Kerana apabila manusia tidak melihat, Allah tetap melihat. Persoalan yang harus diajukan kepada diri sendiri. Adakah masa kerja dijaga? Adakah tugasan dilaksana dengan jujur? Adakah kebebasan bekerja dipandu integriti? Maka inilah makna Al-Amin. Hari ini pengkhianatan amanah tidak semestinya besar pada angka, kadangkala bermula kecil seumpama mencuri masa, melengahkan tugas, mengabaikan tanggungjawab, menggunakan waktu amanah untuk urusan peribadi, memanipulasi prestasi dan meremehkan disiplin. Sedangkan semuanya yang disebut ini menghakis keberkatan. Mimbar ingin menegaskan bahawa prestasi tanpa integriti boleh menipu manusia, tetapi tidak pernah menipu Allah. Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang melakukan sesuatu kerja, dia melakukannya dengan itqan.” Itqan bukan sekadar hasil kerja berkualiti. Tetapi amanah dalam melaksana kerja dan ihsan dalam menunaikan tanggungjawab. Sidang Jemaah yang dirahmati Allah, Apabila Al-Qawiyy bertemu Al-Amin, akan lahirlah pekerja yang membina masa depan. Apabila daya saing bertemu amanah, maka lahirlah pekerja yang bukan hanya bertahan ketika krisis, tetapi memimpin masa depan. Pekerja seperti inilah yang akan membina negara. Majikan yang empati dan pekerja yang berintegriti akan melahirkan ekosistem kerja yang sejahtera. Inilah ruh sebenar Hari Pekerja. Bekerja bukan hanya mencari nafkah. Tetapi membina peradaban, mengangkat maruah, memakmurkan negara dan memelihara amanah. Sebagai iktibar daripada khutbah hari ini, khatib simpulkan: Pertama: Krisis dunia menuntut umat Islam membina sifat Al-Qawiyy, iaitu berdaya tahan, berkemahiran dan bersedia mendepani perubahan. Kedua: Kekuatan mesti dipandu sifat Al-Amin, kerana kompetensi tanpa amanah boleh membawa kerosakan.
Ketiga: Dasar kerja fleksibel, AI dan TVET hendaklah dimanfaatkan untuk membina tenaga kerja Muslim yang berdaya saing dan berintegriti. Keempat: Gabungan Al-Qawiyy Al-Amin ialah formula al-Quran untuk melahirkan pekerja berdaya, negara berjaya dan ummah mulia. Marilah kita bekerja dengan ihsan, bertahan dengan iman, dan memimpin masa depan dengan amanah. Sempena cuti Hari Pekerja ini, marilah kita sama-sama menzahirkan kesyukuran kepada Allah SWT, mendekatkan diri kepada-Nya serta menjauhkan diri daripada perkara yang dilarang. Luangkan masa berkualiti bersama keluarga dan insan tersayang, serta mengisi waktu dengan perkara yang bermanfaat, sambil menjauhi hiburan yang melalaikan. Kembalilah bertugas nanti dengan semangat yang segar, lebih berdisiplin, fokus dan komited dalam melaksanakan tanggungjawab.Inilah tanda kita menjaga amanah dan mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan َ ِكْر ِ الْحبَارَك َ الله ُ لِي ْ وَل َكُم ْ بِالْقُرْآن ِ الْعَظِيْمِ، وَنَفَعَنِي ْ وَإِيَّاكُم ْ بِمَا فِيْه ِ مِن َ الْآيَات ِ وَالذ َكِيْمِ، وَتَقَبَّل مِنِي ْ وَمِنْكُم ْ تِلَاوَتَه ُ إِنَّه ُ هُو َ السَّمِيْع ُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْل ُ قَوْلِي ْ هَذَا وَأَسْتَغْفِر ُ الل ِه َ الْعَظِيْم َ لِي ْ وَل َكُم ْ وَلِسَائِر ِ الْمُسْلِمِيْن َ وَالْمُسْلِمَات ِ وَالْمُؤْمِنِيْن َ وَالْمُؤْمِنَات ِ الْأَحْيَاء ِ مِنْهُم ْ وَالْأَمْوَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوْه ُ إ ُنَّه ُ هُو َ الْغَفُوْر الرَّحِيْمُ.
Khutbah Kedua
ِ اَلْحَمْد ُ لِلَّه َرَب ِ الْعَالَمِين ِ، وَالصَّلَاة ُ وَالسَّلَام ُ عَلى َ سَيِدِنَا مُحَمَّد ِن َالنَّبِي ِ الْأَمِينِ، وَعَلَى آلِه ِ وَأَصْحَابِه ِ الطَّاهِرِين وَمَن ْ تَبِعَهُم ْ بِإِحْسَان ٍ إِلَى يَوْم ِ الدِينِ. ْ أَشْهَد ُ أَن ُلَا إِله َ إِلا َّ الله وَحْدَه ُ لا َ شَر ِيْك َ لَهُ، وَأَشْهَد ُ أن َّ سَيِدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُه ُ وَرَسُولُهُ. أَمَّاَبَعْدُ، فَيَا عِبَاد َ اللهِ، اِتَّقُوا الله ِحَق َّ تُقَاتِه َِكُم ْ بِالصَّلَاةَكُم ْ بِأَمْر ٍ عَظِيمٍ، أَمَروَاعْلَمُوا أَن َّ الله َ أَمَر ِ وَالتَّسْلِيم ِ عَلَى نَبِيِه ِ ال ْكَرِيم ، فَقَال َ الله ُ تَعَالَى: اَللَّهُم َّ صَل ِعَلَى سَيِ دِنَا مُحَمَّد ٍ وَعَلَى آ ل ِ سَيِ دِنَا مُحَمَّد ٍ كَمَا صَلَّيْت َ عَلَى سَيِ دِنَا إِبْرَاهِيْم َ وَعَلَى آ ل ِ سَيِ دِنَا إِبْرَاهِيْم َ وَبَارِك ْ عَلَى سَيِ دِنَا مُحَمَّد ٍ وَعَلَى آ ل ِ سَيِ دِنَا مُحَمَّد ٍ كَمَا بَارَكْت َ عَلَى سَيِ دِنَا إِبْرَاهِيْم َ وَعَلَى آ ل ِ سَيِ دِنَا إِبْرَاهِيْم َ فِي الْعَالَمِيْن َ إِنَّك َ حَمِيْد ٌ مَجِيْدٌ. َ وَارْض َ اللَّهُم َّ عَن ِ الْخُلَفَاء ِ الرَّاشِدِين َ و ِعَن ْ بَقِيَّة الصَّحَابَة ِ أَجْمَعِينَ، َوَعَن ِ التَّابِعِين َ وَتَابِعِي التَّابِعِين وَمَن ْ تَبِعَهُم ْ بِإِحْسَان ٍ إِلَى يَوْم ِ الدِيْن ِ وَارْض َ عَنَّا مَعَهُم ْ يَا أَكْرَم َ الْأَكْرَمِينَ. اللَّهُم َّ اغْفِر ْ لِلْمُسْلِمِين َ وَالْمُسْلِمَات ِ وَالْمُؤْمِنِين َ وَالْمُؤْمِنَات ِ الْأَحْيَاء ِ مِنْهُم ْ وَالْأَمْوَاتِ. اللَّهُم َّ أَيِد ْ بِدَوَام ِ التَّوْفِيْق ِ وَالْهِدَايَة ِ وَالصِحَّة ِ وَالسَّلَامَة ِ جَلَالَة َ مَل ِك ِ نَا ك باوه دولي يڠ مها موليا سري ڤدوك بڬيندا يڠ د - ڤرتوان اڬوڠ سُلْطَان إِبْرَاهِيم. ْ وَكَذلِك َ ك باوه دولي يڠ مها موليا سري ڤدوك بڬيندا راج ڤرمايسوري اڬوڠ، راج زَارِيث صُوفِيَاهْ.
ْ اللَّهُم َّ احْفَظ ْ عُلَمَاءَه ُ وَوُزَرَاءَه ُ وَقُضَاتَه ُ وَعُمَّالَه ُ وَرَعَايَاه ُ مِن َ الْمُؤْمِنِين َ وَالْمُؤْمِنَات ِ بِرَح َمَتِك َ يَا أَرْحَم الرَّاحِمِينَ. اللَّهُم َّ اجْعَل ْ بَلَدَنَا مَالِيزِيَا ِآمِنا ً مُطْمَئِنًّا، سَخَاء ً رَخَاءً، دَار َ عَدْل ٍ وَإِيمَانٍ، وَأَمْن ٍ وَأَمَانٍ، وَسَائِر َ بِلَاد ال ْ مُسْلِمِينَ. اللَّهُم َّ أَعِز َّ الْإِسْلَام َ وَالْمُسْلِمِيْنَ، َو انْصُر ْ إِخْوَانَنَا فِي فِلَسْطِين، ْوَدَمِر ْ أَعْدَاءَك َ أَعْدَاء َ الدِين ِ وانْصُر ْ مَن نَصَر َ الدِينَ، وَاخْذُل ْ مَن ْ خَذَل َ الْمُسْلِمِيْنَ، وَأَعْل ِ كَلِمَتَك َ إِلَى يَوْم ِ الدِيْنِ. Ya Allah, permudahkanlah urusan saudara kami dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla, lindungilah mereka daripada segala bahaya yang zahir dan tersembunyi, kuatkan hati mereka dengan kesabaran dan ketenangan serta jadikanlah setiap muslihat golongan zalim itu sebagai sebab runtuhnya kekuatan mereka dan permulaan kepada kehinaan mereka di dunia dan akhirat رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الْآخِرَة ِ حَسَنَة ً وَقِنَا عَذَاب َ النَّارِ. عِبَاد َ اللهِ، ْكُرُوافَاذ ِِكْر ُ اللهْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوه ُ عَلَى نِعَمِه ِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوه ُ مِن ْ فَضْلِه ِ يُعْطِكُم ْ وَلَذالله َ الْعَظِيْم َ يَذ أَكْبَرُ، وَالله ُ يَعْلَم ُ مَا تَصْنَعُونَ.
Official PDF download
For printing or the Jawi edition, download directly from JAKIM's official website.
© Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Reproduced with attribution; always verify against the official PDF.
Educational summary — verify with JAKIM/i-Fiqh for authoritative rulings.