KHUTBAH JUMAAT 24 APRIL 2026 - AMANAH DIJAGA, IZZAH UMMAH TERPELIHARA
Date: 24 April 2026 · Friday sermons
Official sermon text in Malay (Rumi script), sourced from JAKIM e-Khutbah PDFs.
اَلْحَمْد ُ لِلّٰه ِ الْقَآئِل : أَعُوذ ُ بِالله ِ مِن َ الشَّيْطَان ِ الرَّجِيم النساء [ 58 ] َّ أَشْهَد ُ أَن ْ لَا إِله َ إِلَّا الله ُ وَحْدَه ُ لَا شَر ِيك َ لَهُ، وَأَشْهَد ُ أَن َسَيدنا ِمُحَمَّدًا عَبْدُه ُ وَرَسُولُهُ. اللَّهُم َّ صَل ِ وَسَلِم ْ عَلَى نَبِيِنَا مُحَمَّد ٍ وَعَلَى آلِه ِ وَصَحْب َّه ِ وَمَن ْ دَعَا بِدَعْوَتِه ِ إِلَى يَوْم ِ الدِينِ. أَم ا بَعْدُ، فَيَا عِبَاد َ اللهِ، َ اتَّقُوا اللهَ، أُوصِيكُم ْ وَنَفْسِي بِتَقْوَى الله ِ وَطَاعَتِه ِ لَعَل َّكُم ْ تُفْلِحُون Sidang Jemaah yang dirahmati Allah, Khatib mengingatkan diri sendiri dan sidang jemaah sekalian agar terus meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Sesungguhnya orang yang bertakwa bukan sahaja memperelok ibadahnya, bahkan memelihara amanah, berlaku jujur dan membina kehidupan berteraskan petunjuk Allah. Pada hari yang mulia ini, mimbar ingin mengupas satu tajuk yang sangat dekat dengan cabaran semasa, iaitu “Amanah Dijaga, Izzah Ummah Terpelihara.”
Sidang Jemaah yang dimuliakan Allah, Umat tidak kehilangan kemuliaan kerana kurang kekuatan. Tetapi umat kehilangan izzah apabila amanah dikhianati. Kerana kemuliaan sesuatu bangsa tidak dibina dengan kuasa semata-mata. Tidak dengan kekayaan sahaja. Bahkan tidak juga dengan kemajuan teknologi yang dicipta. Tetapi dibina dengan ilmu yang benar, amanah yang dipelihara, dan iman yang hidup dalam jiwa. Firman Allah SWT dalam Surah Annisa ayat 58 yang dibacakan khatib di awal tadi bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.” Tidak cukup dengan ayat itu sahaja, pada ayat yang lain, Allah SWT turut memberikan penekanan tentang ilmu di dalam al-Quran. Wahyu pertama yang turun adalah: Maksudnya: “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan”. Perintah Iqra’ ini bukan hanya membina budaya membaca, tetapi membina manusia yang sedar tanggungjawab. Kerana ilmu dalam Islam bukan maklumat semata. Ilmu yang benar melahirkan rasa kehambaan. Ilmu yang benar menumbuhkan takut kepada Allah. Dan daripada takut itulah lahir amanah. Firman Allah SWT: Maksudnya: “Sesungguhnya yang benar-benar takut kepada Allah ialah mereka yang berilmu”.
Sidang Jemaah dirahmati Allah, Di sinilah hubungan ilmu dengan amanah. Orang berilmu tahu halal dan haram. Maka dia takut berkhianat. Orang berilmu sedar setiap tanggungjawab akan dihisab. Maka dia menjaga amanah. Orang berilmu faham nilai berkat. Maka dia tidak menjual maruah dengan habuan. Kerana itu mimbar ingin menegaskan, ilmu tanpa iman boleh menjadi racun dan kelebihan tanpa amanah boleh menjadi musibah. Hari ini manusia boleh memiliki kepakaran tinggi, jawatan besar, teknologi canggih, maklumat melimpah, namun tanpa amanah, kelebihan itu boleh meruntuhkan masyarakat. Muslimin yang dirahmati Allah, Kebimbangan terhadap pecah amanah hari ini bukan perkara kecil. Ia berlaku pada banyak peringkat. Di rumah, amanah sebagai ibu bapa diabaikan. anak-anak dibesarkan tanpa bimbingan, akhirnya keluarga retak kerana tanggungjawab diabaikan. Di tempat kerja, masa kerja disia-siakan, tugas dilengah, jawatan dimanfaatkan untuk kepentingan diri, bahkan kadang-kadang integriti diperdagangkan. Itu semua pengkhianatan amanah. Dalam institusi dan organisasi, apabila ketelusan diabaikan, apabila harta awam disalah guna, apabila amanah rakyat dikhianati, di situlah bermula keruntuhan. Firman Allah SWT: Maksudnya: “Janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul serta mengkhianati amanah-amanah kamu”. Ayat ini tegas kerana khianat amanah bukan sekadar isu pentadbiran. Ia adalah isu iman.
Sidang Jemaah dirahmati Allah, Hari ini dunia berdepan krisis kepercayaan. Masyarakat gusar melihat salah guna kuasa. Rakyat bimbang apabila integriti dipersoalkan. Krisis tenaga global yang berantaian, kepercayaan terhadap institusi diuji, maka dalam keadaan ini, mimbar menyeru supaya kita kembali kepada asas pemulihan ummah iaitu ilmu, amanah dan izzah. Kerana amanah yang dipelihara membawa keberkatan. Dan keberkatan melahirkan izzah atau kemuliaan. Firman Allah SWT: Maksudnya: “Kemuliaan itu milik Allah, Rasul-Nya dan orang beriman”. Izzah tidak lahir dari slogan. Ia lahir bila umat menjaga amanah berintegriti jujur dan apabila ilmu melahirkan taqwa. Sidang jemaah sekalian, Kajian menunjukkan 88.6 peratus rakyat Malaysia membaca dengan purata 24 bahan setahun. Ini asas yang baik. Tidak cukup sekadar itu, negara juga mempunyai puluhan ribu judul penerbitan dan ekonomi ilmu yang besar. Namun semua ini hanya membawa makna jika ilmu melahirkan amanah. Dan amanahlah yang akan membawa izzah. Maka sebab itu marilah hidupkan budaya ilmu dalam keluarga di pejabat, dalam institusi dan dalam negara. Kerana umat berilmu dan beramanah sahajalah yang mampu kembali bermaruah. Sempena penganjuran KOTA BACA 2026 di Dataran Merdeka bersempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia pada 23 hingga 26 April 2026, marilah kita menyambut gerakan membaca ini bukan sekadar sebagai satu acara, tetapi sebagai usaha menghidupkan kembali budaya ilmu dalam masyarakat. Hadirlah bersama keluarga, bawalah anak-anak, dekatilah buku, sokonglah industri ilmu negara, dan hidupkan semula tradisi membaca dalam rumah tangga serta masyarakat. Mudah-mudahan daripada helaian-helaian yang dibaca, lahir generasi yang beriman, berilmu, beradab, dan mampu memimpin Malaysia sebagai bangsa yang bermaruah di sisi dunia dan diberkati oleh Allah SWT. Membaca ialah tuntutan wahyu, benteng daripada
kejahilan, pemangkin ekonomi ilmu, dan asas pembinaan masyarakat MADANI. Sebagai iktibar khutbah hari ini: Pertama: Ilmu yang benar melahirkan khasyah dan daripada khasyah lahir amanah. Kedua: Pengkhianatan amanah di rumah, pejabat dan institusi menghakis kekuatan ummah. Ketiga: Memelihara amanah ialah jalan menuju izzah dan kemuliaan umat. Marilah kita kembali membina masyarakat berilmu, berintegriti dan bermaruah serta mendoakan Allah menjaga keluarga, masyarakat dan negara yang kita cintai. َ ِكْر ِ الْحبَارَك َ الله ُ لِي ْ وَل َكُم ْ بِالْقُرْآن ِ الْعَظِيْمِ، وَنَفَعَنِي ْ وَإِيَّاكُم ْ بِمَا فِيْه ِ مِن َ الْآيَات ِ وَالذ َكِيْمِ، وَتَقَبَّل َ مِنِي ْ وَمِنْكُم ْ تِلَاوَت ِه ُ إِنَّه ُ هُو َ السَّمِيْع ُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْل ُ قَوْلِي ْ هَذَا وَأَسْتَغْفِر ُ الله َ الْعَظِيْم َ لِي ْ وَل َكُم ْ وَلِسَائِر ِ الْمُسْلِمِيْن َ وَالْمُسْلِمَات ِ وَالْمُؤْمِنِيْن َ وَالْمُؤْمِنَات ِ الْأَحْيَاء ِ مِنْهُم ْ وَالْأَمْوَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوْه ُ إ ُنَّه ُهُو َ الْغَفُوْر الرَّحِيْمُ.
Khutbah Kedua
ِ اَلْحَمْد ُ لِلَّه َرَب ِ الْعَالَمِين ِ، وَالصَّلَاة ُ وَالسَّلَام ُ عَلى َ سَيِدِنَا مُحَمَّد ِن َالنَّبِي ِ الْأَمِينِ، وَعَلَى آلِه ِ وَأَصْحَابِه ِ الطَّاهِرِين وَمَن ْ تَبِعَهُم ْ بِإِحْسَان ٍ إِلَى يَوْم ِ الدِينِ. ْ أَشْهَد ُ أَن ُلَا إِله َ إِلا َّ الله وَحْدَه ُ لا َ شَر ِيْك َ لَهُ، وَأَشْهَد ُ أن َّ سَيِدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُه ُ وَرَسُولُهُ. أَمَّاَبَعْدُ، فَيَا عِبَاد َ اللهِ، اِتَّقُوا الله ِحَق َّ تُقَاتِه َِكُم ْ بِالصَّلَاةَكُم ْ بِأَمْر ٍ عَظِيمٍ، أَمَروَاعْلَمُوا أَن َّ الله َ أَمَر ِ وَالتَّسْلِيم ِ عَلَى نَبِيِه ِ ال ْكَرِيم ، فَقَال َ الله ُ تَعَالَى: اَللَّهُم َّ صَل ِ عَلَى سَيِدِنَا مُحَمَّد ٍ وَعَلَى آ ل ِ سَيِدِنَا مُحَمَّد ٍ كَمَا صَلَّيْت َ عَلَى سَيِدِنَا إِبْرَاهِيْم َ وَعَلَى آ ل ِ سَيِدِنَا َ إِبْرَاهِيْم َ وَب ارِك ْ عَلَى سَيِدِنَا مُحَمَّد ٍ وَعَلَى آ ل ِ سَيِدِنَا مُحَمَّد ٍ كَمَا بَارَكْت َ عَلَى سَيِدِنَا إِبْرَاهِيْم َ وَعَلَى آ ل ِ سَيِدِنَا إِبْرَاهِيْم َ فِي الْعَالَمِيْن َ إِنَّك َ حَمِيْد ٌ مَجِيْدٌ. ِ وَارْض َ اللَّهُم َّ عَن ِ الْخُلَفَاء َالرَّاشِدِين َ و ِعَن ْ بَقِيَّة الصَّحَابَة ِ أَجْمَعِينَ، َوَعَن ِ التَّابِعِين َ وَتَابِعِي التَّابِعِين وَمَن ْ تَبِعَهُم ْ بِإِحْسَان ٍ إِلَى يَوْم ِ الدِيْن ِ وَارْض َ عَنَّا مَعَهُم ْ يَا أَكْرَم َ الْأَكْرَمِينَ. َ اللَّهُم َّ اغْفِر ْ لِلْمُسْلِمِين َ وَالْمُسْلِم ات ِ وَالْمُؤْمِنِين َ وَالْمُؤْمِنَات ِ الْأَحْيَاء ِ مِنْهُم ْ وَالْأَمْوَاتِ. اللَّهُم َّ أَيِد ْ بِدَوَام ِ التَّوْفِيْق ِ وَالْهِدَايَة ِ وَالصِحَّة ِ وَالسَّلَامَة ِ جَلَالَة َ مَل ِك ِ نَا ك باوه دولي يڠ مها موليا سري ڤدوك بڬيندا يڠ د - ْڤرتوان اڬوڠ سُلْطَان إِب رَاهِيم. ْ وَكَذلِك َ ك باوه دولي يڠ مها موليا سري ڤدوك بڬيندا راج ڤرمايسوري اڬوڠ، راج زَارِيث صُوفِيَاهْ.
ْ اللَّهُم َّ احْفَظ ْ عُلَمَاءَه ُ وَوُزَرَاءَه ُ وَقُضَاتَه ُ وَعُمَّالَه ُ وَرَعَايَاه ُ مِن َ الْمُؤْمِنِين َ وَالْمُؤْمِنَات ِ بِرَح مَتِك َ يَا َأَرْحَم الرَّاحِمِينَ. اللَّهُم َّ اجْعَل ْ بَلَدَنَا مَالِيزِيَا ِآمِنا ً مُطْمَئِنًّا، سَخَاء ً رَخَاءً، دَار َ عَدْل ٍ وَإِيمَانٍ، وَأَمْن ٍ وَأَمَانٍ، وَسَائِر َ بِلَاد ال ْ مُسْلِمِينَ. اللَّهُم َّ أَعِز َّ الْإِسْلَام َ وَالْمُسْلِمِيْنَ، َو ْانْصُر إِخْوَانَنَا فِي فِلَسْطِين، ْوَدَمِر ْ أَعْدَاءَك َ أَعْدَاء َ الدِين ِ وانْصُر ْ مَن نَصَر َ الدِينَ، وَاخْذُل ْ مَن ْ خَذَل َ الْمُسْلِمِيْنَ، وَأَعْل ِ كَلِمَتَك َ إِلَى يَوْم ِ الدِيْنِ. ِ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الْآخِرَة حَسَنَة ً وَقِنَا عَذَاب َ النَّارِ. عِبَاد َ اللهِ، ْكُرُوافَاذَالله ِِكْر ُ اللهْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوه ُ عَلَى نِعَمِه ِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوه ُ مِن ْ فَضْلِه ِ يُعْطِكُم ْ وَلَذالْعَظِيْم َ يَذ أَكْبَرُ، وَالله ُ يَعْلَم ُ مَا تَصْنَعُونَ.
Official PDF download
For printing or the Jawi edition, download directly from JAKIM's official website.
© Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Reproduced with attribution; always verify against the official PDF.
Educational summary — verify with JAKIM/i-Fiqh for authoritative rulings.