KHUTBAH JUMAAT 17 APRIL 2026 - ILMU MEMBINA, WAHYU MEMBIMBING
Date: 16 April 2026 · Friday sermons
Official sermon text in Malay (Rumi script), sourced from JAKIM e-Khutbah PDFs.
اَلْحَمْد ُ لِلّٰه ِ الْقَآئِل : أَعُوذ ُ بِالله ِ مِن َ الشَّيْطَان ِ الرَّجِيم العلق [ 1 ] َّ أَشْهَد ُ أَن ْ لَا إِله َ إِلَّا الله ُ وَحْدَه ُ لَا شَر ِيك َ لَهُ، وَأَشْهَد ُ أَن َسَيدنا ِمُحَمَّدًا عَبْدُه ُ وَرَسُولُهُ. اللَّهُم َّ صَل وَسَلِم ْ عَلَى نَبِيِنَا مُحَمَّد ٍ وَعَلَى آلِه ِ وَصَحْبِه ِ وَمَن ْ دَعَا ِبِدَعْوَتِه ِ إِلَى يَوْم الدِينِ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَاد َ اللهِ، َ اتَّقُوا اللهَ، أُوصِيكُم ْ وَنَفْسِي بِتَقْوَى الله ِ وَطَاعَتِه ِ لَعَل َّكُم ْ تُفْلِحُون Sidang Jemaah yang dirahmati Allah, Khatib mengingatkan diri sendiri dan ahli jemaah sekalian agar sentiasa bertakwa kepada Allah SWT dengan beristiqamah dalam mematuhi segala perintah-Nya serta menjauhi segala larangan-Nya. Semoga dengan ketakwaan, kita beroleh kebahagiaan di dunia dan kejayaan di akhirat. Pada hari yang berkat ini, mimbar ingin mengupas satu tajuk yang sangat penting dalam kehidupan umat pada hari ini, iaitu “Ilmu Membina, Wahyu Membimbing.” Sidang Jemaah yang dirahmati Allah, Islam membina tamadun bukan dengan kekuatan semata-mata, tetapi dengan ilmu yang dipandu wahyu. Wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasulullah SAW adalah perintah membaca sebagaimana firman Allah SWT
pada ayat yang dibacakan tadi pada surah Surah al-‘Alaq ayat 1 yang bermaksud: “Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)” Ayat ini menunjukkan bahawa asas kekuatan umat ini ialah ilmu. Daripada wahyu inilah lahir tradisi keilmuan Islam yang agung, melahirkan ulama dan cendekiawan yang membina peradaban. Allah SWT juga menegaskan pada Surah az-Zumar ayat ke 9: Maksudnya: Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Namun pada hari ini, kita berhadapan dengan satu realiti yang amat berbeza. Maklumat terlalu banyak tetapi kefahaman semakin cetek. Kita membaca tetapi kurang berfikir. Kita mengetahui tetapi kurang menghayati. Sidang Jemaah sekalian, Hakikatnya, hampir seluruh rakyat Malaysia hari ini berada dalam dunia digital. Hampir setiap kita mempunyai akses kepada internet, dan sebahagian besar kehidupan kita berlaku di dalamnya. Media sosial bukan lagi sekadar alat, tetapi telah menjadi sebahagian daripada rutin harian manusia. Kita bangun pagi dengan telefon di tangan, sebelum sempat membuka Al-Quran, kita sudah membuka media sosial. Kita menghabiskan berjam-jam dalam dunia maya, tetapi semakin kurang masa untuk menambah ilmu yang membina jiwa. Inilah cabaran besar umat hari ini bukan kekurangan maklumat, tetapi kehilangan panduan. Sidang Jemaah yang dimuliakan, Umat Islam dituntut bukan sahaja menuntut ilmu, tetapi menguasainya sebagai kekuatan ummah. Firman Allah SWT dalam Surah al-Anfal ayat 60:
Maksudnya: “Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan” Kekuatan pada hari ini merangkumi pelbagai bidang termasuk sains, teknologi dan ekonomi. Kemajuan bukan lagi satu pilihan, tetapi satu keperluan agar umat Islam kekal berdaya saing, dihormati dan mampu memimpin peradaban. Namun realitinya, kita masih ketinggalan dalam banyak aspek. Kita lebih banyak menjadi pengguna daripada pencipta. Kita lebih banyak bergantung daripada memimpin. Sedangkan umat yang kuat ialah umat yang menguasai ilmu dan memanfaatkannya untuk kebaikan manusia. Sidang Jemaah yang dikasihi, Dunia hari ini bergerak pantas dengan perkembangan teknologi, termasuk kecerdasan buatan atau Artificial Intelligence (AI). Teknologi ini memberi manfaat yang besar, namun jika tidak dipandu dengan nilai, ia juga boleh membawa kerosakan. Dalam Surah ar-Rum ayat ke 41, Allah SWT mengingatkan : Maksudnya: “Telah timbul kerosakan di darat dan di laut disebabkan oleh perbuatan tangan manusia.” Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia Tanpa bimbingan wahyu, ilmu boleh menjadi punca kerosakan. Teknologi boleh menjadi alat penyebaran fitnah. Maklumat boleh menjadi senjata yang memecah-belahkan masyarakat. Pada hari ini, fitnah tersebar dengan begitu pantas. Berita yang tidak pasti kebenarannya disebarkan tanpa usul periksa. Sedangkan Allah SWT telah mengingatkan pada ayat ke 6 Surah al-Hujurat:
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya” Justeru, dalam dunia yang penuh cabaran ini, umat Islam dituntut untuk bersabar, tenang dan bijaksana. Jangan mudah melatah. Jangan cepat menghukum. Jangan menjadi penyambung kepada fitnah. Sidang Jemaah sekalian, Sesungguhnya ilmu tanpa wahyu boleh menyesatkan, tetapi ilmu yang dipandu wahyu akan membina keseimbangan antara kemajuan dan kemanusiaan. Sebagai iktibar daripada khutbah pada hari ini, marilah kita mengambil beberapa pedoman penting. Pertama, jadikan Al-Quran sebagai asas tradisi ilmu dalam kehidupan. Kedua, kuasai ilmu dalam pelbagai bidang sebagai kekuatan dan kemajuan ummah. Ketiga, pastikan teknologi dan perkembangan semasa dipandu dengan nilai wahyu, serta jauhi penyebaran fitnah dalam apa jua bentuk. Semoga kita menjadi umat yang bukan sahaja berilmu, tetapi juga beriman, berakhlak dan beramanah dalam setiap tindakan. ِ بَارَك َ الله ُ لِي ْ وَل َكُم ْ بِالْقُرْآن ِ الْعَظِيْمِ، وَنَفَعَنِي ْ وَإِيَّاكُم ْ بِمَا فِيْه ِ مِن َ الْآيَات َِكْر ِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلوَالذ َ مِنِي ْ وَمِنْكُم ْ تِلَاوَتَه ُ إِنَّه ُ هُو َ السَّمِيْع ُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْل ُ قَوْلِي ْ هَذَا وَأَسْتَغْفِر ُ الله َ الْعَظِيْم ِلِي ْ وَل َكُم ْ وَلِسَائِر ِ الْمُسْلِمِيْن َ وَالْمُسْلِمَات ِ وَالْمُؤْمِنِيْن َ وَالْمُؤْمِنَات ُالْأَحْيَاء ِ مِنْهُم ْ وَالْأَمْوَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوْه ُ إِنَّه ُ هُو َ الْغَفُوْر الرَّحِيْمُ.
Khutbah Kedua
ِ اَلْحَمْد ُ لِلَّه َرَب ِ الْعَالَمِين ِ، وَالصَّلَاة ُ وَالسَّلَام ُ عَلى َ سَيِدِنَا مُحَمَّد ِن َالنَّبِي ِ الْأَمِينِ، وَعَلَى آلِه ِ وَأَصْحَابِه ِ الطَّاهِرِين وَمَن ْ تَبِعَهُم ْ بِإِحْسَان ٍ إِلَى يَوْم ِ الدِينِ. ْ أَشْهَد ُ أَن ُلَا إِله َ إِلا َّ الله وَحْدَه ُ لا َ شَر ِيْك َ لَهُ، وَأَشْهَد ُ أن َّ سَيِدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُه ُ وَرَسُولُهُ. أَمَّاَبَعْدُ، فَيَا عِبَاد َ اللهِ، اِتَّقُوا الله ِحَق َّ تُقَاتِه َِكُم ْ بِالصَّلَاةَكُم ْ بِأَمْر ٍ عَظِيمٍ، أَمَروَاعْلَمُوا أَن َّ الله َ أَمَر ِ وَالتَّسْلِيم ِ عَلَى نَبِيِه ِ ال ْكَرِيم ، فَقَال َ الله ُ تَعَالَى: اَللَّهُم َّ صَل ِ عَلَى سَيِدِنَا مُحَمَّد ٍ وَعَلَى آ ل ِ سَيِدِنَا مُحَمَّد ٍ كَمَا صَلَّيْت َ عَلَى سَيِدِنَا إِبْرَاهِيْم َ وَعَلَى آ ل ِ سَيِدِنَا َ إِبْرَاهِيْم َ وَب ارِك ْ عَلَى سَيِدِنَا مُحَمَّد ٍ وَعَلَى آ ل ِ سَيِدِنَا مُحَمَّد ٍ كَمَا بَارَكْت َ عَلَى سَيِدِنَا إِبْرَاهِيْم َ وَعَلَى آ ل ِ سَيِدِنَا إِبْرَاهِيْم َ فِي الْعَالَمِيْن َ إِنَّك َ حَمِيْد ٌ مَجِيْدٌ. ِ وَارْض َ اللَّهُم َّ عَن ِ الْخُلَفَاء َالرَّاشِدِين َ و ِعَن ْ بَقِيَّة الصَّحَابَة ِ أَجْمَعِينَ، َوَعَن ِ التَّابِعِين َ وَتَابِعِي التَّابِعِين وَمَن ْ تَبِعَهُم ْ بِإِحْسَان ٍ إِلَى يَوْم ِ الدِيْن ِ وَارْض َ عَنَّا مَعَهُم ْ يَا أَكْرَم َ الْأَكْرَمِينَ. َ اللَّهُم َّ اغْفِر ْ لِلْمُسْلِمِين َ وَالْمُسْلِم ات ِ وَالْمُؤْمِنِين َ وَالْمُؤْمِنَات ِ الْأَحْيَاء ِ مِنْهُم ْ وَالْأَمْوَاتِ. اللَّهُم َّ أَيِد ْ بِدَوَام ِ التَّوْفِيْق ِ وَالْهِدَايَة ِ وَالصِحَّة ِ وَالسَّلَامَة ِ جَلَالَة َ مَل ِك ِ نَا ك باوه دولي يڠ مها موليا سري ڤدوك بڬيندا يڠ د - ْڤرتوان اڬوڠ سُلْطَان إِب رَاهِيم. ْ وَكَذلِك َ ك باوه دولي يڠ مها موليا سري ڤدوك بڬيندا راج ڤرمايسوري اڬوڠ، راج زَارِيث صُوفِيَاهْ.
ْ اللَّهُم َّ احْفَظ ْ عُلَمَاءَه ُ وَوُزَرَاءَه ُ وَقُضَاتَه ُ وَعُمَّالَه ُ وَرَعَايَاه ُ مِن َ الْمُؤْمِنِين َ وَالْمُؤْمِنَات ِ بِرَح مَتِك َ يَا َأَرْحَم الرَّاحِمِينَ. اللَّهُم َّ اجْعَل ْ بَلَدَنَا مَالِيزِيَا ِآمِنا ً مُطْمَئِنًّا، سَخَاء ً رَخَاءً، دَار َ عَدْل ٍ وَإِيمَانٍ، وَأَمْن ٍ وَأَمَانٍ، وَسَائِر َ بِلَاد ال ْ مُسْلِمِينَ. اللَّهُم َّ أَعِز َّ الْإِسْلَام َ وَالْمُسْلِمِيْنَ، َو ْانْصُر إِخْوَانَنَا فِي فِلَسْطِين، ْوَدَمِر ْ أَعْدَاءَك َ أَعْدَاء َ الدِين ِ وانْصُر ْ مَن نَصَر َ الدِينَ، وَاخْذُل ْ مَن ْ خَذَل َ الْمُسْلِمِيْنَ، وَأَعْل ِ كَلِمَتَك َ إِلَى يَوْم ِ الدِيْنِ. َ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الْآخِرَة ِ حَسَنَة ً وَقِن ا عَذَاب َ النَّارِ. عِبَاد َ اللهِ، ْكُرُوافَاذ َالله َ الْعَظِيْم ِِكْر ُ اللهْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوه ُ عَلَى نِعَمِه ِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوه ُ مِن ْ فَضْلِه ِ يُعْطِكُم ْ وَلَذيَذ أَكْبَرُ، وَالله ُ يَعْلَم ُ مَا تَصْنَعُونَ.
Official PDF download
For printing or the Jawi edition, download directly from JAKIM's official website.
© Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Reproduced with attribution; always verify against the official PDF.
Educational summary — verify with JAKIM/i-Fiqh for authoritative rulings.