Skip to content

KHUTBAH JUMAAT 3 APRIL 2026 - PANDU HEMAT, NYAWA SELAMAT

Date: 02 April 2026 · Friday sermons

Official sermon text in Malay (Rumi script), sourced from JAKIM e-Khutbah PDFs.

اَلْحَمْد ُ لِلّٰه ِ الْقَآئِل : أَعُوذ ُ بِالله ِ مِن َ الشَّيْطَان ِ الرَّجِيم ابلقرة [ 195 ] َّ أَشْهَد ُ أَن ْ لَا إِله َ إِلَّا الله ُ وَحْدَه ُ لَا شَر ِيك َ لَهُ، وَأَشْهَد ُ أَن َسَيدنا ِمُحَمَّدًا عَبْدُه ُ وَرَسُولُهُ. اللَّهُم َّ صَل وَسَلِم ْ عَلَى نَبِيِنَا مُحَمَّد ٍ وَعَلَى آلِه ِ وَصَحْبِه ِ وَمَن ْ دَعَا ِبِدَعْوَتِه ِ إِلَى يَوْم الدِينِ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَاد َ اللهِ، َ اتَّقُوا اللهَ، أُوصِيكُم ْ وَنَفْسِي بِتَقْوَى الله ِ وَطَاعَتِه ِ لَعَل َّكُم ْ تُفْلِحُون Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Marilah kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan sebenar- benar takwa, iaitu melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan dengan ketakwaan itu, hidup kita diberkati, urusan kita dipermudahkan, dan akhir kehidupan kita ditutup dengan husnul khatimah. Pada hari yang penuh barakah ini, mimbar mengajak kita semua untuk menghayati khutbah bertajuk “Pandu Hemat, Nyawa Selamat”.

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah, Alhamdulillah, Malaysia mempunyai lebih 260,000 kilometer jaringan jalan raya yang diiktiraf antara paling baik diselenggara di rantau ini. Namun, amat mendukacitakan apabila kadar kemalangan jalan raya terus meningkat saban tahun. Berita kemalangan yang meragut nyawa melalui pelbagai media sentiasa disajikan. Tragedi ini bukan sahaja meninggalkan trauma mendalam, malah mengakibatkan penderitaan berpanjangan, sama ada kecacatan fizikal atau kehilangan insan tersayang. Berdasarkan Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tahun 2025, sebanyak 6,537 kematian telah dicatatkan daripada lebih setengah juta kemalangan yang berlaku. Selain membahayakan nyawa dan hak orang lain, kesalahan-kesalahan jalan raya ini turut membawa kerugian besar kepada negara. Berdasarkan laporan perangkaan kemalangan jalan raya dan Program Penilaian Jalan Raya Antarabangsa (iRAP), negara dianggarkan mengalami kerugian hampir RM18 bilion pada tahun 2010, bersamaan 2.2% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Jumlah ini meningkat kepada lebih RM25 bilion pada tahun 2023, akibat kos rawatan, kehilangan produktiviti serta kerosakan harta benda. Sidang Jemaah sekalian, Dalam konteks jalan raya, memandu melebihi had laju, melanggar lampu isyarat, menggunakan telefon ketika memandu atau memandu dalam keadaan tidak waras merupakan tindakan yang mendekatkan diri kepada kebinasaan yang ditegah oleh syarak. Perbuatan ini bukan sahaja melanggar undang-undang, bahkan bercanggah dengan prinsip hifz al-nafs (pemeliharaan nyawa) serta kaedah fiqh “ َ لَا ضَرَر َ وَلَا ضِرَار” yang menegaskan

larangan memudaratkan diri dan orang lain. Inilah punca berlakunya tragedi apabila satu kelalaian bertemu dengan satu kecuaian, lalu meragut nyawa yang tidak berdosa. Justeru, pandulah dengan penuh tanggungjawab, kerana keselamatan di jalan raya adalah amanah yang akan dipersoalkan di hadapan Allah SWT. Allah SWT mengingatkan kita dalam firman-Nya dalam Surah al-Baqarah ayat 195 yang dibacakan khatib di awal tadi yang bermaksud: “Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan.” Ayat ini menunjukkan larangan melakukan perkara yang membawa kepada bahaya dan kemudaratan. Justeru, menjaga keselamatan diri dan orang lain adalah tuntutan syarak selaras dengan prinsip pemeliharaan nyawa, dan setiap kecuaian yang mengancam nyawa termasuk dalam larangan ini. Sidang Jemaah yang dirahmati Allah, Dalam maqasid syariah, pemeliharaan akal amat dititikberatkan kerana akal yang sejahtera akan mengawal tindakan dan menjauhkan diri daripada perbuatan yang membinasakan. Sebaliknya, apabila akal terganggu lebih- lebih lagi akibat pengaruh bahan memabukkan, manusia hilang pertimbangan, lalu berani memandu dalam keadaan tidak waras, sekaligus mengundang bahaya kepada diri dan orang lain. Apabila akal tidak dipandu dengan baik, manusia menjadi cuai dan kecuaian itulah yang sering membuka pintu kepada tragedi. Dalam kehidupan seharian, pernahkah kita merenung bahawa ada insan keluar dari rumah pada pagi hari dengan niat mencari rezeki atau kembali kepada keluarga, namun tidak pernah pulang. Bukan kerana sakit, bukan kerana usia, tetapi akibat satu kelalaian di jalan raya. Ada yang menunggu dengan penuh harapan, tetapi yang tiba hanyalah khabar duka. Lebih

menyedihkan, ada yang menjadi mangsa bukan kerana kesilapan dirinya, tetapi kerana kecuaian orang lain yang gagal memelihara akal dan amanah keselamatan. Mematuhi undang-undang jalan raya merupakan satu bentuk ketaatan dalam menjaga keselamatan diri dan masyarakat. Hal ini selaras dengan perintah Allah SWT dalam Surah an-Nisa ayat 59: Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah, taatlah kepada Rasul dan kepada ulil amri dalam kalangan kamu”. Bersempena dengan sambutan Hari Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, marilah kita bermuhasabah bahawa setiap peraturan di jalan raya bukanlah satu beban, tetapi satu usaha untuk memelihara nyawa dan kesejahteraan masyarakat. Kewujudan agensi seperti JPJ bukan untuk menghukum semata-mata, tetapi sebagai benteng keselamatan untuk kita semua. Mengakhiri khutbah pada hari ini, marilah kita mengambil tiga pengajaran penting: Pertama: Setiap Muslim dituntut untuk menjaga keselamatan diri dan orang lain dengan mengelakkan kecuaian serta bertindak secara berhemah dalam setiap keadaan. Kedua: Patuhilah undang-undang jalan raya sebagai amanah iman kerana setiap tindakan kita melibatkan nyawa manusia yang wajib dipelihara.

Ketiga: Jauhilah segala yang menghilangkan kewarasan seperti arak kerana ia membuka pintu kepada kerosakan. َ ِكْر ِ الْحبَارَك َ الله ُ لِي ْ وَل َكُم ْ بِالْقُرْآن ِ الْعَظِيْمِ، وَنَفَعَنِي ْ وَإِيَّاكُم ْ بِمَا فِيْه ِ مِن َ الْآيَات ِ وَالذ َكِيْمِ، وَتَقَبَّل َ مِنِي ْ وَمِنْكُم ْ تِلَاوَتَه ُ إِنَّه ُ هُو َ السَّمِيْع ُ الْع ِلِيْمُ. أَقُوْل ُ قَوْلِي ْ هَذَا وَأَسْتَغْفِر ُ الله َ الْعَظِيْم َ لِي ْ وَل َكُم ْ وَلِسَائِر ِ الْمُسْلِمِيْن َ وَالْمُسْلِمَات ِ وَالْمُؤْمِنِيْن َ وَالْمُؤْمِنَات ِ الْأَحْيَاء ِ مِنْهُم ْ وَالْأَمْوَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوْه ُ إ ُنَّه ُ هُو َ الْغَفُوْر الرَّحِيْمُ.

Khutbah Kedua

ِ اَلْحَمْد ُ لِلَّه َرَب ِ الْعَالَمِين ِ، وَالصَّلَاة ُ وَالسَّلَام ُ عَلى َ سَيِدِنَا مُحَمَّد ِن َالنَّبِي ِ الْأَمِينِ، وَعَلَى آلِه ِ وَأَصْحَابِه ِ الطَّاهِرِين وَمَن ْ تَبِعَهُم ْ بِإِحْسَان ٍ إِلَى يَوْم ِ الدِينِ. ْ أَشْهَد ُ أَن ُلَا إِله َ إِلا َّ الله وَحْدَه ُ لا َ شَر ِيْك َ لَهُ، وَأَشْهَد ُ أن َّ سَيِدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُه ُ وَرَسُولُهُ. أَمَّاَبَعْدُ، فَيَا عِبَاد َ اللهِ، اِتَّقُوا الله ِحَق َّ تُقَاتِه َْكُمَكُم ْ بِأَمْر ٍ عَظِيمٍ، أَمَروَاعْلَمُوا أَن َّ الله َ أَمَر ِبِالصَّلَاة ِ وَالتَّسْلِيم ِ عَلَى نَبِيِه ِ ال ْكَرِيم ، فَقَال َ الله ُ تَعَالَى: اَللَّهُم َّ صَل ِ عَلَى سَيِدِنَا مُحَمَّد ٍ وَعَلَى آ ل ِ سَيِدِنَا مُحَمَّد ٍ كَمَا صَلَّيْت َ عَلَى سَيِدِنَا إِبْرَاهِيْم َ وَعَلَى آ ل ِ سَيِدِنَا إِبْرَاهِيْم َ وَبَارِك ْ عَلَى سَيِدِنَا مُحَمَّد ٍ وَعَلَى آ َل ِ سَيِدِنَا مُحَمَّد ٍ كَمَا بَارَكْت َ عَلَى س يِدِنَا إِبْرَاهِيْم َ وَعَلَى آ ل ِ سَيِدِنَا إِبْرَاهِيْم َ فِي الْعَالَمِيْن َ إِنَّك َ حَمِيْد ٌ مَجِيْدٌ. َ وَارْض َ اللَّهُم َّ عَن ِ الْخُلَفَاء ِ الرَّاشِدِين َ و ِعَن ْ بَقِيَّة الصَّحَابَة ِ أَجْمَعِينَ، وَعَن ِ التَّابِعِين َ وَتَابِعِي َالتَّابِعِين وَمَن ْ تَبِعَهُم ْ بِإِحْسَان ٍ إِلَى يَوْم ِ الدِيْن ِ وَارْض َ عَنَّا مَعَهُم ْ يَا أَكْرَم َ الْأَكْرَمِينَ. ْ اللَّهُم َّ اغْفِر ْ لِلْمُسْلِمِين َ وَالْمُسْلِمَات ِ وَالْمُؤْمِنِين َ وَالْمُؤْمِنَات ِ الْأَحْيَاء ِ مِنْهُم وَالْأَمْوَاتِ. اللَّهُم َّ أَيِد ْ بِدَوَام ِ التَّوْفِيْق ِ وَالْهِدَايَة ِ وَالصِحَّة ِ وَالسَّلَامَة ِ جَلَالَة َ مَل ِك ِ نَا ك باوه دولي يڠ مها موليا سري ڤدوك بڬيندا يڠ د - ڤرتوان اڬوڠ سُلْطَان إِبْرَاهِيم. ْ وَكَذلِك َ ك باوه دولي يڠ مها موليا سري ڤدوك بڬيندا راج ڤرمايسوري اڬوڠ، راج زَارِيث صُوفِيَاهْ.

ْ اللَّهُم َّ احْفَظ ْ عُلَمَاءَه ُ وَوُزَرَاءَه ُ وَقُضَاتَه ُ وَعُمَّالَه ُ وَرَعَايَاه ُ مِن َ الْمُؤْمِنِين َ وَالْمُؤْمِنَات ِ بِرَح َمَتِك َ يَا أَرْحَم الرَّاحِمِينَ. اللَّهُم َّ اجْعَل ْ بَلَدَنَا مَالِيزِيَا ِآمِنا ً مُطْمَئِنًّا، سَخَاء ً رَخَاءً، دَار َ عَدْل ٍ وَإِيمَانٍ، وَأَمْن ٍ وَأَمَانٍ، وَسَائِر َ بِلَاد ال ْ مُسْلِمِينَ. اللَّهُم َّ أَعِز َّ الْإِسْلَام َ وَالْمُسْلِمِيْنَ، َو انْصُر ْ إِخْوَانَنَا فِي فِلَسْطِين، ْوَدَمِر ْ أَعْدَاءَك َ أَعْدَاء َ الدِين ِ وانْصُر ْ مَن نَصَر َ الدِينَ، وَاخْذُل ْ مَن ْ خَذَل َ الْمُسْلِمِيْنَ، وَأَعْل ِ كَلِمَتَك َ إِلَى يَوْم ِ الدِيْنِ. ِ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الْآخِرَة ِ حَسَنَة ً وَقِنَا عَذَاب َ النَّار . عِبَاد َ اللهِ، ْكُرُوافَاذ ْكُرْكُمْ،الله َ الْعَظِيْم َ يَذ ِِكْر ُ اللهوَاشْكُرُوه ُ عَلَى نِعَمِه ِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوه ُ مِن ْ فَضْلِه ِ يُعْطِكُم ْ وَلَذ أَكْبَرُ، وَالله ُ يَعْلَم ُ مَا تَصْنَعُونَ.

Official PDF download

For printing or the Jawi edition, download directly from JAKIM's official website.

© Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Reproduced with attribution; always verify against the official PDF.

Educational summary — verify with JAKIM/i-Fiqh for authoritative rulings.