Skip to content

KHUTBAH JUMAAT 27 MAC 2026 - SYAWAL, AUDIT DIRI MENUJU REDA ILAHI

Date: 26 Mac 2026 · Eid al-Fitr

Official sermon text in Malay (Rumi script), sourced from JAKIM e-Khutbah PDFs.

اَلْحَمْد ُ لِلّٰه ِ الْقَآئِل : أَعُوذ ُ بِالله ِ مِن َ الشَّيْطَان ِ الرَّجِيم َّ يَا أَيُّهَا الَّذِين َ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّه َ وَلْتَنظُر ْ نَفْس ٌ مَّا قَدَّمَت ْ لِغَد ٍ ۖ وَاتَّقُوا اللَّه َ ۚ إِن َاللَّه َ خَبِير ٌ بِمَا تَعْمَلُون ال حشر ( 8 1 ) َّ أَشْهَد ُ أَن ْ لَا إِله َ إِلَّا الله ُ وَحْدَه ُ لَا شَر ِيك َ لَهُ، وَأَشْهَد ُ أَن َسَيدنا ِمُحَمَّدًا عَبْدُه ُ وَرَسُولُهُ. اللَّهُم َّ صَل ِ وَسَلِم ْ عَلَى نَبِيِنَا مُحَمَّد ٍ وَعَلَى آلِه ُوَصَحْبِه ِ وَمَن ْ دَعَا بِدَعْوَتِه ِ إِلَى يَوْم ِ الدِينِ. أَمَّا بَعْد ، فَيَا عِبَاد َ اللهِ، َ اتَّقُوا اللهَ، أُوصِيكُم ْ وَنَفْسِي بِتَقْوَى الله ِ وَطَاعَتِه ِ لَعَل َّكُم ْ تُفْلِحُون Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Marilah kita bersama-sama meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan- Nya. Sesungguhnya takwa merupakan sebaik-baik bekalan dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Orang yang bertakwa ialah mereka yang sentiasa sedar bahawa setiap amal perbuatannya akan dipersoalkan oleh Allah SWT pada hari perhitungan kelak.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Hashr ayat 18 yang dibacakan tadi bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri melihat apa yang telah disediakannya untuk hari esok. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala yang kamu lakukan." Sidang jemaah yang dimuliakan, Alhamdulillah kita telah melalui bulan Ramadan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan. Kini kita berada dalam bulan Syawal yang membawa kegembiraan dan kesyukuran setelah berjaya menempuh madrasah tarbiah Ramadan. Namun Syawal bukan sekadar bulan untuk bergembira dan meraikan kemenangan. Syawal juga merupakan masa untuk kita berhenti sejenak dan menilai diri. Kita menilai sejauh mana tarbiah Ramadan telah memberi kesan kepada kehidupan kita. Sepanjang Ramadan, kita menahan diri daripada makan dan minum walaupun tiada manusia yang melihat. Kita meninggalkan perkara yang boleh merosakkan pahala puasa kerana kita yakin bahawa Allah SWT sentiasa mengetahui setiap perbuatan kita. Hakikat ini mendidik kita tentang satu nilai yang sangat penting dalam kehidupan seorang Muslim iaitu kejujuran dan integriti. Ramadan sebenarnya melatih kita supaya sentiasa sedar bahawa Allah SWT sentiasa memerhati setiap perbuatan kita sama ada secara terang mahupun tersembunyi. Sidang jemaah yang dirahmati Allah, Para ulama mengingatkan bahawa selepas Ramadan, setiap Muslim hendaklah sentiasa melakukan muhasabah diri. Saidina Umar al-Khattab

RA pernah berkata "Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab." Kata-kata ini mengingatkan kita bahawa setiap manusia perlu sentiasa menilai dirinya sendiri. Kita menilai amalan yang telah kita lakukan, amanah yang kita pikul dan tanggungjawab yang telah diberikan kepada kita. Sesungguhnya setiap manusia memegang amanah dalam kehidupannya. Amanah sebagai ketua dalam keluarga, amanah dalam pekerjaan, amanah dalam menguruskan tanggungjawab dan amanah dalam menguruskan harta. Firman Allah SWT dalam Surah an-Nisa ayat 58 yang berbunyi: ُكُم ْ أَن ْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَات ِ إِلَى أَهْلِهَاإِن َّ اللَّه َ يَأْمُر "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya." Ayat ini mengingatkan kita bahawa amanah hendaklah dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan tidak boleh disalahgunakan untuk kepentingan diri sendiri. Sidang jemaah yang dirahmati Allah, Dalam kehidupan manusia, kita sering melakukan semakan dan penilaian bagi memastikan sesuatu urusan dilaksanakan dengan baik dan teratur. Begitu juga dalam kehidupan seorang Muslim, kita perlu sentiasa melakukan audit diri, iaitu menilai amalan, sikap dan tanggungjawab yang kita pikul dalam kehidupan. Setiap harta yang kita peroleh, setiap jawatan yang kita pegang dan setiap amanah yang kita laksanakan akan dipersoalkan oleh Allah SWT pada hari akhirat kelak.

Sidang jemaah yang dirahmati Allah, Sempena sambutan ulang tahun penubuhan Jabatan Audit Negara yang telah menjangkau lebih satu abad, usaha memperkukuh tadbir urus, integriti dan akauntabiliti dalam pengurusan kewangan negara wajar dihargai kerana ia membantu memastikan setiap dana awam diurus dengan penuh amanah demi kesejahteraan rakyat. Hakikatnya, setiap usaha yang bertujuan memelihara amanah, menegakkan ketelusan dan mencegah penyelewengan merupakan nilai yang sangat selari dengan tuntutan Islam. Namun kita perlu menyedari bahawa di sebalik segala sistem semakan dan pengauditan di dunia, setiap manusia sebenarnya sedang menuju kepada satu audit yang jauh lebih teliti, iaitu perhitungan di hadapan Allah SWT pada hari akhirat kelak. Ketika itu, setiap amanah, setiap harta dan setiap tanggungjawab yang kita pikul akan dipersoalkan tanpa ada sesuatu pun yang dapat disembunyikan daripada pengetahuan-Nya. Oleh itu marilah kita menjadikan Syawal ini sebagai saat untuk memperbaharui tekad dan melakukan audit diri, memperbaiki kelemahan, meluruskan niat dan memastikan setiap amanah dalam kehidupan dilaksanakan dengan penuh kejujuran dan tanggungjawab demi memperoleh reda Allah SWT. Mengakhiri khutbah pertama ini, marilah kita mengambil beberapa pengajaran penting: Pertama: Syawal merupakan masa terbaik untuk kita bermuhasabah dan melakukan audit diri selepas melalui tarbiah Ramadan. Kedua: Setiap amanah dalam kehidupan hendaklah dilaksanakan dengan penuh integriti kerana ia akan dipersoalkan oleh Allah SWT pada hari akhirat kelak.

Ketiga: Kita hendaklah sentiasa memastikan setiap urusan kehidupan dilakukan secara telus, jujur dan bertanggungjawab demi memperoleh reda Allah SWT. َ ِكْر ِ الْحبَارَك َ الله ُ لِي ْ وَل َكُم ْ بِالْقُرْآن ِ الْعَظِيْمِ، وَنَفَعَنِي ْ وَإِيَّاكُم ْ بِمَا فِيْه ِ مِن َ الْآيَات ِ وَالذ َكِيْمِ، وَتَقَبَّل َ مِنِي ْ وَمِنْكُم ْ تِلَاوَتَه ُ إِنَّه ُ هُو َ السَّمِيْع ُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْل ُ قَوْلِي ْ هَذَا وَأَسْتَغْفِر ُ الله َ الْعَظِيْم ِلِي ْ وَل َكُم ْ وَلِسَائِر ِ الْمُسْلِمِيْن َ وَالْمُسْلِمَات ِ وَالْمُؤْمِنِيْن َ وَالْمُؤْمِنَات ِ الْأَحْيَاء ِ مِنْهُم ْ وَالْأَمْوَات ُ، فَاسْتَغْفِرُوْه ُ إِنَّه ُ هُو َ الْغَفُوْر الرَّحِيْمُ.

Khutbah Kedua

ِ اَلْحَمْد ُ لِلَّه َرَب ِ الْعَالَمِين ِ، وَالصَّلَاة ُ وَالسَّلَام ُ عَلى َ سَيِدِنَا مُحَمَّد ِن َالنَّبِي ِ الْأَمِينِ، وَعَلَى آلِه ِ وَأَصْحَابِه ِ الطَّاهِر ِين وَمَن ْ تَبِعَهُم ْ بِإِحْسَان ٍ إِلَى يَوْم ِ الدِينِ. ْ أَشْهَد ُ أَن ُلَا إِله َ إِلا َّ الله وَحْدَه ُ لا َ شَر ِيْك َ لَهُ، وَأَشْهَد ُ أن َّ سَيِدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُه ُ وَرَسُولُهُ. أَمَّاَبَعْدُ، فَيَا عِبَاد َ اللهِ، اِتَّقُوا الله ِحَق َّ تُقَاتِه َِكُم ْ بِالصَّلَاةَكُم ْ بِأَمْر ٍ عَظِيمٍ، أَمَروَاعْلَمُوا أَن َّ الله َ أَمَر َ وَالتَّسْلِيم ِ عَلَى ن ِبِيِه ِ ال ْكَرِيم ، فَقَال َ الله ُ تَعَالَى: ۟إِن َّ ٱللَّه َ وَمَلَـٰٓئِكَتَهُۥ يُصَلُّون َ عَلَى ٱلنَّبِى ِ ۚ يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِين َ ءَامَنُوا صَلُّوا ۟ عَلَيْه ِ وَسَلِمُوا ۟ تَسْلِيمًا اَللَّهُم َّ صَل ِ عَلَى سَيِدِنَا مُحَمَّد ٍ وَعَلَى آ ل ِ سَيِدِنَا مُحَمَّد ٍ كَمَا صَلَّيْت َ عَلَى سَيِدِنَا إ ِبْرَاهِيْم َ وَعَلَى آ ل ِ سَيِدِنَا إ ِبْرَاهِيْم َ وَبَارِك ْ عَلَى سَيِدِنَا مُحَمَّد ٍ وَعَلَى آ َل ِ سَيِدِنَا مُحَمَّد ٍ كَمَا بَارَكْت َ عَلَى س يِدِنَا إ ِبْرَاهِيْم َ وَعَلَى آ ل ِ سَيِدِنَا إ ِبْرَاهِيْم َ فِي الْعَالَمِيْن َ إِنَّك َ حَمِيْد ٌ مَجِيْدٌ. َ وَارْض َ اللَّهُم َّ عَن ِ الْخُلَفَاء ِ الرَّاشِدِين َ و ِعَن ْ بَقِيَّة الصَّحَابَة ِ أَجْمَعِينَ، وَعَن ِ التَّابِعِين َ وَتَابِعِي َالتَّابِعِين وَمَن ْ تَبِعَهُم ْ بِإِحْسَان ٍ إِلَى يَوْم ِ الدِيْن ِ وَارْض َ عَنَّا مَعَهُم ْ يَا أَكْرَم َ الْأَكْرَمِينَ. اللَّهُم َّ اغْفِر ْ لِلْمُسْلِمِين َ وَالْمُسْلِمَات ِ وَالْمُؤْمِنِين َ وَالْمُؤْمِنَات ِ الْأَحْيَاء ِ مِنْهُم ْ وَالْأَمْوَاتِ. َّ اللَّهُم أَيِد ْ بِدَوَام ِ التَّوْفِيْق ِ وَالْهِدَايَة ِ وَالصِحَّة ِ وَالسَّلَامَة ِ جَلَالَة َ مَل ِك ِ نَا ك باوه دولي يڠ مها موليا سري ڤدوك بڬيندا يڠ د - ڤرتوان اڬوڠ سُلْطَان إ ِبْرَاهِيم. وَكَذلِك َ ك باوه دولي يڠ مها موليا سري ڤدوك بڬيندا راج ڤرمايسوري اڬوڠ، راج ْزَارِيث صُوفِيَاهْ.

ْ اللَّهُم َّ احْفَظ ْ عُلَمَاءَه ُ وَوُزَرَاءَه ُ وَقُضَاتَه ُ وَعُمَّالَه ُ وَرَعَايَاه ُ مِن َ الْمُؤْمِنِين َ وَالْمُؤْمِنَات ِ بِرَح َمَتِك َ يَا أَرْحَم الرَّاحِمِينَ. اللَّهُم َّ اجْعَل ْ بَلَدَنَا مَالِيز ِيَا ًآمِنا ِمُطْمَئِنًّا، سَخَاء ً رَخَاءً، دَار َ عَدْل ٍ وَإِيمَانٍ، وَأَمْن ٍ وَأَمَانٍ، وَسَائِر َ بِلَاد ال ْ مُسْلِمِينَ. اللَّهُم َّ أَعِز َّ الْإِسْلَام َ وَالْمُسْلِمِيْنَ، َو انْصُر ْ إِخْوَانَنَا فِي فِلَسْطِين، ِوَدَمِر ْ أَعْدَاءَك َ أَعْدَاء َ الدِين ْوانْصُر ْ مَن نَصَر َ الدِينَ، وَاخْذُل ْ مَن ْ خَذَل َ الْمُسْلِمِيْنَ، وَأَعْل ِ كَلِمَتَك َ إِلَى يَوْم ِ الدِيْنِ. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الْآخِرَة ِ حَسَنَة ً وَقِنَا عَذَاب َ النَّارِ. عِبَاد َ اللهِ، ُ إِن َّ ٱللَّه َ يَأْمُر ْبِٱلْعَدْل ِ وَٱلْإِحْس َٰـن ِ وَإِيتَا ٓئ ِ ذِى ٱلْقُرْبَى ّٰ وَيَنْهَى ّٰ عَن ِ ٱلْفَحْشَا ٓء ِ وَٱلْمُنكَر ِ وَٱلْبَغْى ِ ۚ يَعِظُكُم َ َكَّرُونلَعَل َّكُم ْ تَذ ْكُرُوافَاذ ْْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوه ُ عَلَى نِعَمِه ِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوه ُ مِن ْ فَضالله َ الْعَظِيْم َ يَذ ِِكْر ُ اللهلِه ِ يُعْطِكُم ْ وَلَذ أَكْبَرُ، وَالله ُ يَعْلَم ُ مَا تَصْنَعُونَ.

Official PDF download

For printing or the Jawi edition, download directly from JAKIM's official website.

© Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Reproduced with attribution; always verify against the official PDF.

Educational summary — verify with JAKIM/i-Fiqh for authoritative rulings.