Skip to content

KHUTBAH JUMAAT 13 MAC 2026 - MENJAGA AMANAH RAMADAN DALAM KEHIDUPAN

Date: 12 Mac 2026 · Friday sermons

Official sermon text in Malay (Rumi script), sourced from JAKIM e-Khutbah PDFs.

اَلْحَمْد ُ لِلّٰه ِ الْقَآئِل : أَعُوذ ُ بِالله ِ مِن َ الشَّيْطَان ِ الرَّجِيم األعراف [ 31 ] َّ أَشْهَد ُ أَن ْ لَا إِله َ إِلَّا الله ُ وَحْدَه ُ لَا شَر ِيك َ لَهُ، وَأَشْهَد ُ أَن َسَيدنا ِمُحَمَّدًا عَبْدُه ُ وَرَسُولُهُ. اللَّهُم َّ صَل ْ وَسَلِم ْ عَلَى نَبِيِنَا مُحَمَّد ٍ وَعَلَى آلِه ِ وَصَحْبِه ِ وَمَن ِدَعَا بِدَعْوَتِه ِ إِلَى يَوْم ِ الد ينِ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَاد َ اللهِ، َ اتَّقُوا اللهَ، أُوصِيكُم ْ وَنَفْسِي بِتَقْوَى الله ِ وَطَاعَتِه ِ لَعَل َّكُم ْ تُفْلِحُون Sidang Jemaah yang dirahmati Allah, Marilah kita bersama-sama meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan- Nya. Sesungguhnya takwa merupakan sebaik-baik bekalan dalam kehidupan manusia di dunia dan di akhirat. Firman Allah SWT dalam Surah al-A‘raf ayat 31 yang bermaksud:

"Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada setiap kali kamu ke tempat ibadat, makan dan minumlah, tetapi jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan." Sidang jemaah yang dirahmati Allah, Ramadan yang penuh keberkatan ini kini hampir sampai ke penghujungnya. Bulan yang menjadi medan tarbiah untuk membersihkan jiwa, memperbaiki akhlak dan mendidik kita agar lebih dekat kepada Allah SWT bakal meninggalkan kita. Sepanjang Ramadan, kita dilatih untuk menahan diri, mengawal nafsu serta memperbanyakkan amal kebajikan. Namun persoalan penting yang perlu kita renungkan ialah: apakah kesan tarbiah Ramadan terhadap kehidupan kita selepas ini? Dalam kita menikmati suasana Ramadan yang penuh keberkatan dan keamanan di negara ini, janganlah kita lupa bahawa ketika ini terdapat saudara-saudara kita di beberapa wilayah dunia, khususnya di rantau Timur Tengah, yang sedang berdepan dengan konflik dan pergolakan yang semakin meruncing. Keadaan ini menuntut keprihatinan serta solidariti umat Islam di seluruh dunia untuk terus mendoakan keamanan dan kesejahteraan sejagat. Pergolakan dan peperangan bukan sahaja meragut nyawa dan memusnahkan kehidupan manusia, bahkan memberi kesan kepada kestabilan ekonomi, bekalan makanan dan kesejahteraan masyarakat dunia. Keadaan ini seharusnya menyedarkan kita tentang betapa besarnya nikmat keamanan yang dikurniakan Allah SWT kepada negara kita. Oleh itu umat Islam hendaklah memperkukuhkan kesatuan, menghindari perpecahan serta sentiasa memelihara keamanan dan keharmonian dalam masyarakat. Dalam masa yang sama kita juga hendaklah mengamalkan

sikap berjimat cermat dan tidak berlebih-lebihan dalam perbelanjaan serta penggunaan makanan, kerana keadaan dunia yang tidak menentu akibat konflik dan peperangan menuntut kita supaya lebih berhemah dalam menguruskan nikmat yang dikurniakan Allah SWT. Sehubungan itu marilah kita memperbanyakkan doa dan munajat kepada Allah SWT agar keamanan, keselamatan dan kesejahteraan terus terpelihara di seluruh dunia serta diberikan kekuatan kepada umat Islam yang sedang menghadapi ujian dan penderitaan. Sidang jemaah yang dirahmati Allah, Ayat yang dibacakan tadi mengingatkan kita bahawa Islam bukan sekadar mengajar manusia makan dan minum, bahkan mendidik manusia supaya tidak melampaui batas dalam kehidupan. Ramadan melatih kita untuk hidup dengan disiplin dan kesederhanaan. Kita belajar menahan diri daripada perkara yang halal pada waktu siang dan mengawal keinginan daripada perkara yang sia-sia. Namun apabila Ramadan hampir berakhir dan Syawal semakin tiba, kadangkala kita kembali kepada sikap berlebih-lebihan dalam makanan dan perbelanjaan. Ada yang membeli makanan secara berlebihan sehingga membawa kepada pembaziran. Sedangkan Islam menegaskan bahawa Allah SWT tidak menyukai orang yang melampaui batas. Ambillah nasihat dan saranan dari Kementerian Kesihatan Malaysia agar para peniaga hendaklah memastikan makanan yang disediakan kepada masyarakat adalah bersih, selamat dan berkualiti. Begitu juga para pengguna hendaklah mengelakkan pembaziran serta mengambil makanan sekadar keperluan. Sesungguhnya menjaga pemakanan yang halal, bersih dan selamat merupakan sebahagian daripada amanah dalam kehidupan seorang Muslim.

Sidang jemaah yang dirahmati Allah, Dalam kehidupan keluarga pula, kita tidak boleh melupakan peranan besar wanita sepanjang Ramadan. Ramai ibu dan isteri yang berusaha menyediakan makanan untuk sahur dan berbuka, menguruskan rumah tangga serta memastikan kebajikan keluarga sentiasa terpelihara. Pengorbanan ini sering berlaku dalam diam tanpa banyak pujian. Justeru sempena sambutan Hari Wanita yang baru berlalu, ayuhlah kita menghargai dan memuliakan wanita kerana mereka memainkan peranan penting dalam membina keluarga yang sejahtera. Firman Allah SWT dalam Surah an-Nahl ayat 97: " Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan." Ayat ini menunjukkan bahawa lelaki dan wanita sama-sama mempunyai kedudukan yang mulia di sisi Allah SWT apabila mereka beriman dan melakukan amal soleh. Sidang jemaah yang dirahmati Allah, Mengakhiri khutbah pertama ini, marilah kita bersama-sama mengambil beberapa pengajaran penting daripada Ramadan:

Pertama: Ramadan mendidik kita menjadi insan yang bertakwa dan amanah dalam setiap aspek kehidupan. Kedua: Kita hendaklah mengelakkan sikap berlebih-lebihan serta memastikan makanan yang diambil adalah halal, bersih dan selamat. Ketiga: Kita hendaklah menghargai pengorbanan wanita yang memainkan peranan besar dalam membina keluarga dan masyarakat yang sejahtera. َ ِكْر ِ الْحبَارَك َ الله ُ لِي ْ وَل َكُم ْ بِالْقُرْآن ِ الْعَظِيْمِ، وَنَفَعَنِي ْ وَإِيَّاكُم ْ بِمَا فِيْه ِ مِن َ الْآيَات ِ وَالذ َكِيْمِ، وَتَقَبَّل ُ مِنِي ْ وَمِنْكُم ْ تِلَاوَتَه ُ إِنَّه ُ هُو َ السَّمِيْع ُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْل ُ قَوْلِي ْ هَذَا وَأَسْتَغْفِر ِالله َ الْعَظِيْم َ لِي ْ وَل َكُم ْ وَلِسَائِر ِ الْمُسْلِمِيْن َ وَالْمُسْلِمَات ِ وَالْمُؤْمِنِيْن َ وَالْمُؤْمِنَات ِ الْأَحْيَاء ِ مِنْهُم ْ وَالْأَمْوَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوْه ُ إ ُنَّه ُ هُو َ الْغَفُوْر الرَّحِيْمُ.

Khutbah Kedua

ُ اَلْحَمْد ِلِلَّه َرَب ِ الْعَالَمِين ِ، وَالصَّلَاة ُ وَالسَّلَام ُ عَلى َ سَيِدِنَا مُحَمَّد ِن َالنَّبِي ِ الْأَمِينِ، وَعَلَى آلِه ِ وَأَصْحَابِه ِ الطَّاهِرِين وَمَن ْ تَبِعَهُم ْ بِإِحْسَان ٍ إِلَى يَوْم ِ الدِينِ. ْ أَشْهَد ُ أَن ُلَا إِله َ إِلا َّ الله وَحْدَه ُ لا َ شَر ِيْك َ لَهُ، وَأَشْهَد ُ أن َّ سَيِدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُه ُ وَرَسُولُهُ. أَمَّاَبَعْدُ، فَيَا عِبَاد َ اللهِ، اِتَّقُوا الله ِحَق َّ تُقَاتِه َِكُم ْ بِالصَّلَاةَكُم ْ بِأَمْر ٍ عَظِيمٍ، أَمَروَاعْلَمُوا أَن َّ الله َ أَمَر َ وَالتَّسْلِيم ِ عَلَى ن ِبِيِه ِ ال ْكَرِيم ، فَقَال َ الله ُ تَعَالَى: ۟إِن َّ ٱللَّه َ وَمَلَـٰٓئِكَتَهُۥ يُصَلُّون َ عَلَى ٱلنَّبِى ِ ۚ يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِين َ ءَامَنُوا صَلُّوا ۟ عَلَيْه ِ وَسَلِمُوا ۟ تَسْلِيمًا اَللَّهُم َّ صَل ِ عَلَى سَيِدِنَا مُحَمَّد ٍ وَعَلَى آ ل ِ سَيِدِنَا مُحَمَّد ٍ كَمَا صَلَّيْت َ عَلَى سَيِدِنَا إِبْرَاهِيْم َ وَعَلَى آ ل ِ سَيِدِنَا إِبْرَاهِيْم َ وَبَارِك ْ عَلَى سَيِدِنَا مُحَمَّد ٍ وَعَلَى آ َل ِ سَيِدِنَا مُحَمَّد ٍ كَمَا بَارَكْت َ عَلَى س يِدِنَا إِبْرَاهِيْم َ وَعَلَى آ ل ِ سَيِدِنَا إِبْرَاهِيْم َ فِي الْعَالَمِيْن َ إِنَّك َ حَمِيْد ٌ مَجِيْدٌ. َ وَارْض َ اللَّهُم َّ عَن ِ الْخُلَفَاء ِ الرَّاشِدِين َ و ِعَن ْ بَقِيَّة الصَّحَابَة ِ أَجْمَعِينَ، وَعَن ِ التَّابِعِين َ وَتَابِعِي َالتَّابِعِين وَمَن ْ تَبِعَهُم ْ بِإِحْسَان ٍ إِلَى يَوْم ِ الدِيْن ِ وَارْض َ عَنَّا مَعَهُم ْ يَا أَكْرَم َ الْأَكْرَمِينَ. اللَّهُم َّ اغْفِر ْ لِلْمُسْلِمِين َ وَالْمُسْلِمَات ِ وَالْمُؤْمِنِين َ وَالْمُؤْمِنَات ِ الْأَحْيَاء ِ مِنْهُم ْ وَالْأَمْوَاتِ. َّ اللَّهُم أَيِد ْ بِدَوَام ِ التَّوْفِيْق ِ وَالْهِدَايَة ِ وَالصِحَّة ِ وَالسَّلَامَة ِ جَلَالَة َ مَل ِك ِ نَا ك باوه دولي يڠ مها موليا سري ڤدوك بڬيندا يڠ د - ڤرتوان اڬوڠ سُلْطَان إِبْرَاهِيم. وَكَذلِك َ ك باوه دولي يڠ مها موليا سري ڤدوك بڬيندا راج ڤرمايسوري اڬوڠ، راج ْزَارِيث صُوفِيَاهْ.

ْ اللَّهُم َّ احْفَظ ْ عُلَمَاءَه ُ وَوُزَرَاءَه ُ وَقُضَاتَه ُ وَعُمَّالَه ُ وَرَعَايَاه ُ مِن َ الْمُؤْمِنِين َ وَالْمُؤْمِنَات ِ بِرَح َمَتِك َ يَا أَرْحَم الرَّاحِمِينَ. اللَّهُم َّ اجْعَل ْ بَلَدَنَا مَالِيزِيَا َآمِنا ً مُطْمَئِنًّا، سَخَاء ً رَخ ِاءً، دَار َ عَدْل ٍ وَإِيمَانٍ، وَأَمْن ٍ وَأَمَانٍ، وَسَائِر َ بِلَاد ال ْ مُسْلِمِينَ. اللَّهُم َّ أَعِز َّ الْإِسْلَام َ وَالْمُسْلِمِيْنَ، َو انْصُر ْ إِخْوَانَنَا فِي فِلَسْطِين، ْوَدَمِر ْ أَعْدَاءَك َ أَعْدَاء َ الدِين ِ وانْصُر ْ مَن َ نَصَر الدِينَ، وَاخْذُل ْ مَن ْ خَذَل َ الْمُسْلِمِيْنَ، وَأَعْل ِ كَلِمَتَك َ إِلَى يَوْم ِ الدِيْنِ. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الْآخِرَة ِ حَسَنَة ً وَقِنَا عَذَاب َ النَّارِ. عِبَاد َ اللهِ، ِ إِن َّ ٱللَّه َ يَأْمُر ُ بِٱلْعَدْل ْوَٱلْإِحْس َٰـن ِ وَإِيتَا ٓئ ِ ذِى ٱلْقُرْبَى ّٰ وَيَنْهَى ّٰ عَن ِ ٱلْفَحْشَا ٓء ِ وَٱلْمُنكَر ِ وَٱلْبَغْى ِ ۚ يَعِظُكُم َ َكَّرُونلَعَل َّكُم ْ تَذ ْكُرُوافَاذ ُْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوه ُ عَلَى نِعَمِه ِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوه ُ مِن ْ فَضْلِه ِ يُعْطِكالله َ الْعَظِيْم َ يَذ ِِكْر ُ اللهم ْ وَلَذ أَكْبَرُ، وَالله ُ يَعْلَم ُ مَا تَصْنَعُونَ.

Official PDF download

For printing or the Jawi edition, download directly from JAKIM's official website.

© Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Reproduced with attribution; always verify against the official PDF.

Educational summary — verify with JAKIM/i-Fiqh for authoritative rulings.