Skip to content

KHUTBAH JUMAAT 20 FEBRUARI 2026 - RAMADAN MEMBINA PERIBADI MUKMIN SEJATI

Date: 19 Februari 2026 · Friday sermons

Official sermon text in Malay (Rumi script), sourced from JAKIM e-Khutbah PDFs.

اَلْحَمْد ُ لِلّٰه ِ الْقَآئِل : أَعُوذ ُ بِالله ِ مِن َ الشَّيْطَان ِ الرَّجِيم العنكبوت [ 69 ] َّ أَشْهَد ُ أَن ْ لَا إِله َ إِلَّا الله ُ وَحْدَه ُ لَا شَر ِيك َ لَهُ، وَأَشْهَد ُ أَن َسَيدنا ِمُحَمَّدًا عَبْدُه ُ وَرَسُولُهُ. اللَّهُم َّ صَل ِ وَسَلِم ْ عَلَى نَبِيِنَا مُحَمَّد ٍ وَعَلَى آلِه ُوَصَحْبِه ِ وَمَن ْ دَعَا بِدَعْوَتِه ِ إِلَى يَوْم ِ الدِينِ. أَمَّا بَعْد ، فَيَا عِبَاد َ اللهِ، َ اتَّقُوا اللهَ، أُوصِيكُم ْ وَنَفْسِي بِتَقْوَى الله ِ وَطَاعَتِه ِ لَعَل َّكُم ْ تُفْلِحُون Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Marilah kita menzahirkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana dengan izin dan rahmat-Nya, kita masih dipanjangkan usia serta diberi peluang untuk terus menikmati nikmat kehidupan. Bertakwalah kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa. Laksanakan segala perintah Allah dan jauhi segala larangan-Nya. Khatib berpesan kepada jemaah sekalian agar memberikan sepenuh tumpuan kepada khutbah yang disampaikan dan jauhilah perbuatan sia-sia sepanjang khutbah disampaikan. Marilah kita bersama-sama menghayati khutbah yang bertajuk, “Ramadan Membina Peribadi Mukmin Sejati”.

Sidang jemaah yang dirahmati Allah, Kita kini berada dalam bulan yang sangat mulia, iaitu bulan Ramadan, bulan yang penuh dengan rahmat, keampunan dan keberkatan. Ramadan bukan sekadar bulan menahan lapar dan dahaga, tetapi bulan pendidikan rohani yang membina peribadi mukmin sejati. Firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah, ayat 183: Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa”. Ayat ini menjelaskan bahawa tujuan utama puasa ialah untuk melahirkan insan yang bertakwa, bukan sekadar berlapar di siang hari. Ini menunjukkan perkaitan rapat yang saling mempengaruhi antara amalan zahir dan rohani manusia. Tentunya ukuran puasa itu bukan kelaparan, tapi jiwa yang penuh keikhlasan. Muslimin rahimakumullah, Sebagai bulan musabaqah, Ramadan ialah bulan mujahadah dan penggandaan amalan. Setiap amal soleh diganjarkan dengan pahala yang berlipat ganda. Marilah kita memperbanyakkan solat, membaca al-Quran, berzikir dan berdoa, serta bersungguh- sungguh dalam setiap ibadah. Namun sidang jemaah sekalian, puasa yang diterima oleh Allah SWT bukan hanya menahan diri daripada makan dan minum, tetapi juga disiplin dalam menjaga perkataan dan perbuatan yang dilakukan seharian. Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis riwayat Imam Ahmad: ُ رُب َّ صَائِم ٍ حَظُه ُ مِن ْ صِيَامِه ِ الْجُوع ُ وَالْعَطَش ُ وَرُب َّ قَائِم ٍ حَظُه ُ مِن ْ قِيَامِه ِ السَّهَر Maksudnya: “Berapa ramai orang yang berpuasa, namun hanya beroleh lapar dan dahaga. Berapa ramai juga orang yang qiyamullail, namun hanya beroleh berjaga malam sahaja”.

Hadis ini menjadi peringatan agar kita menjaga kualiti puasa dengan meninggalkan maksiat dan dosa. Alangkah ruginya andai segala amalan yang ditempuhi tidak mendapat perhatian dan ganjaran daripada Allah SWT. Hadirin Jumaat yang dikasihi sekalian, Jalan menuju Allah bukanlah jalan yang mudah dan tanpa ujian. Lafaz “jahadu fina” membawa maksud bersungguh-sungguh dan berjuang dengan sepenuh jiwa dalam mentaati Allah serta meninggalkan larangan-Nya. Ramadan ialah medan mujahadah. Mujahadah melawan hawa nafsu, mujahadah menahan amarah, mujahadah meninggalkan kebiasaan yang melalaikan. Allah menjanjikan bahawa sesiapa yang benar-benar berjuang di jalan-Nya, Dia sendiri akan membimbing mereka ke jalan-jalan hidayah. Hidayah bukan datang kepada yang lalai, tetapi kepada yang bersungguh- sungguh. Kebersamaan Allah bukan sekadar pengakuan di bibir, tetapi ganjaran kepada mereka yang berusaha memperelokkan amal dan memperbaiki diri. Ramadan bukan hanya tentang memperbanyakkan amalan, tetapi tentang meningkatkan kualiti sehingga mencapai darjat ihsan sepertimana maksud firman Allah dalam Surah al-Ankabut ayat 69 yang dibacakan pada awal khutbah: Maksudnya: “Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh- sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan, dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya”. Sidang jemaah yang dirahmati Allah, Sebagai sebuah madrasah, Ramadan juga merupakan medan pembentukan disiplin dan kekuatan iman. Puasa melatih kita mengawal hawa nafsu, sabar dan berdisiplin, termasuk dalam penggunaan media sosial dan hiburan. Selain itu, menguatkan lagi rasa prihatin kita sesama muslim dengan meningkatkan infaq dan menjamu orang berbuka puasa. Sebagaimana contoh Baginda SAW yang dirakamkan oleh Imam al-Bukhari:

كَان َ النَّبِي ُ صلى الله عليه وسلم أَجْوَد َ النَّاسِ، وَأَجْوَد ُ مَا يَكُون ُ فِي رَمَضَانَ، حِين َ يَلْقَاه ُ جِبْر ِيلُ، وَكَان َ جِبْر ِيل ُ عَلَيْه ِ السَّلاَم ُ يَلْقَاه ُ فِي كُل ِ لَيْلَة ٍ مِن ْ رَمَضَانَ، فَيُدَارِسُه ُ الْقُرْآن َ فَلَرَسُول ُ اللَّه ِ صلى الل َِيْر ِ مِن َ الرِيح ِ الْمُرْسَلَة ه عليه وسلم أَجْوَد ُ بِالْخ Maksudnya: “Nabi SAW manusia yang paling pemurah dan menjadi lebih pemurah pada bulan Ramadan ketika Malaikat Jibril bertemu dengannya. Jibril bertemu dengan Nabi SAW pada setiap malam pada bulan Ramadan untuk mengulang kaji al-Quran. Sungguh Rasulullah SAW sangat pemurah dalam hal kebaikan daripada angin yang bertiup kencang”. Marilah kita menjadikan Ramadan ini sebagai titik perubahan dalam kehidupan kita. Jangan biarkan Ramadan berlalu tanpa kesan. Sesungguhnya tiada jaminan untuk kita bertemu Ramadan akan datang. Mudah-mudahan Ramadan kali ini melahirkan peribadi mukmin sejati yang bertakwa, berakhlak mulia dan istiqamah dalam ketaatan. Marilah kita berdoa agar Allah SWT menerima segala amalan kita, mengampuni dosa- dosa kita dan mengurniakan kepada kita kekuatan untuk terus beramal selepas Ramadan. Sidang jemaah yang dimuliakan, Mengakhiri khutbah pada hari ini, tiga perkara yang dapat khatib simpulkan ialah seperti berikut: Pertama: Puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi mendidik hati agar merasai perit yang saban hari ditanggung oleh saudara-saudara kita yang kekurangan. Apabila kita menahan diri sepanjang hari, kita sedang dilatih untuk lebih peka, lebih peduli dan lebih berbelas kasihan. Kedua: Sebagai umat Islam, kita dituntut untuk bersungguh-sungguh mengambil manfaat di bulan Ramadan dengan menggandakan amalan dan memperbanyakkan doa memohon rahmat dan keampunan.

Ketiga: Ramadan meletakkan sasaran bagi setiap hamba agar menjadi insan yang bertakwa kepada Allah. Sasaran ini bukan sekadar slogan rohani, tetapi tujuan besar yang mesti diterjemahkan dalam sikap dan perbuatan. ْ بَارَك َ الله ُ لِي ْ وَل َكُم ْ بِالْقُرْآن ِ الْعَظِيْمِ، وَنَفَعَنِي َِكْر ِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلوَإِيَّاكُم ْ بِمَا فِيْه ِ مِن َ الْآيَات ِ وَالذ َ مِنِي ْ وَمِنْكُم ْ تِلَاوَتَه ُ إِنَّه ُ هُو َ السَّمِيْع ُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْل ُ قَوْلِي ْ هَذَا وَأَسْتَغْفِر ُ الله َ الْعَظِيْم ِلِي ْ وَل َكُم ْ وَلِسَائِر ِ الْمُسْلِمِيْن َ وَالْمُسْل ُمَات ِ وَالْمُؤْمِنِيْن َ وَالْمُؤْمِنَات ِ الْأَحْيَاء ِ مِنْهُم ْ وَالْأَمْوَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوْه ُ إِنَّه ُ هُو َ الْغَفُوْر الرَّحِيْمُ.

Khutbah Kedua

ِ اَلْحَمْد ُ لِلَّه َرَب ِ الْعَالَمِين َ، وَالصَّلَاة ُ وَالسَّلَام ُ عَلى ِسَيِدِنَا مُحَمَّد ِن َالنَّبِي ِ الْأَمِينِ، وَعَلَى آلِه ِ وَأَصْحَابِه ِ الطَّاهِرِين وَمَن ْ تَبِعَهُم ْ بِإِحْسَان ٍ إِلَى يَوْم ِ الدِينِ. ْ أَشْهَد ُ أَن ُلَا إِله َ إِلا َّ الله وَحْدَه ُ لا َ شَر ِيْك َ لَهُ، وَأَشْهَد ُ أن َّ سَيِدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُه ُ وَرَسُولُهُ. أَمَّاَبَعْدُ، فَيَا عِبَاد َ اللهِ، اِتَّقُوا الله ِحَق َّ تُقَاتِه َِكُم ْ بِالصَّلَاةَكُم ْ بِأَمْر ٍ عَظِيمٍ، أَمَروَاعْلَمُوا أَن َّ الله َ أَمَر َ وَالتَّسْلِيم ِ عَلَى ن ِبِيِه ِ ال ْكَرِيم ، فَقَال َ الله ُ تَعَالَى: اَللَّهُم َّ صَل ِ عَلَى سَيِدِنَا مُحَمَّد ٍ وَعَلَى آ ل ِ سَيِدِنَا مُحَمَّد ٍ كَمَا صَلَّيْت َ عَلَى سَيِدِنَا إِبْرَاهِيْم َ وَعَلَى آ ل ِ سَيِدِنَا إِبْرَاهِيْم َ وَبَارِك ْ عَلَى سَيِدِنَا مُحَمَّد ٍ وَعَلَى آ َل ِ سَيِدِنَا مُحَمَّد ٍ كَمَا بَارَكْت َ عَلَى س يِدِنَا إِبْرَاهِيْم َ وَعَلَى آ ل ِ سَيِدِنَا إِبْرَاهِيْم َ فِي الْعَالَمِيْن َ إِنَّك َ حَمِيْد ٌ مَجِيْدٌ. َ وَارْض َ اللَّهُم َّ عَن ِ الْخُلَفَاء ِ الرَّاشِدِين َ و ِعَن ْ بَقِيَّة الصَّحَابَة ِ أَجْمَعِينَ، وَعَن ِ التَّابِعِين َ وَتَابِعِي َالتَّابِعِين وَمَن ْ تَبِعَهُم ْ بِإِحْسَان ٍ إِلَى يَوْم ِ الدِيْن ِ وَارْض َ عَنَّا مَعَهُم ْ يَا أَكْرَم َ الْأَكْرَمِينَ. اللَّهُم َّ اغْفِر ْ لِلْمُسْلِمِين َ وَالْمُسْلِمَات ِ وَالْمُؤْمِنِين َ وَالْمُؤْمِنَات ِ الْأَحْيَاء ِ مِنْهُم ْ وَالْأَمْوَاتِ. َّ اللَّهُم أَيِد ْ بِدَوَام ِ التَّوْفِيْق ِ وَالْهِدَايَة ِ وَالصِحَّة ِ وَالسَّلَامَة ِ جَلَالَة َ مَل ِك ِ نَا ك باوه دولي يڠ مها موليا سري ڤدوك بڬيندا يڠ د - ڤرتوان اڬوڠ سُلْطَان إِبْرَاهِيم. وَكَذلِك َ ك باوه دولي يڠ مها موليا سري ڤدوك بڬيندا راج ڤرمايسوري اڬوڠ، راج ْزَارِيث صُوفِيَاهْ.

ْ اللَّهُم َّ احْفَظ ْ عُلَمَاءَه ُ وَوُزَرَاءَه ُ وَقُضَاتَه ُ وَعُمَّالَه ُ وَرَعَايَاه ُ مِن َ الْمُؤْمِنِين َ وَالْمُؤْمِنَات ِ بِرَح َمَتِك َ يَا أَرْحَم الرَّاحِمِينَ. اللَّهُم َّ اجْعَل ْ بَلَدَنَا مَالِيزِيَا َآمِنا ً مُطْمَئِنًّا، سَخَاء ً ر ِخَاءً، دَار َ عَدْل ٍ وَإِيمَانٍ، وَأَمْن ٍ وَأَمَانٍ، وَسَائِر َ بِلَاد ال ْ مُسْلِمِينَ. اللَّهُم َّ أَعِز َّ الْإِسْلَام َ وَالْمُسْلِمِيْنَ، َو انْصُر ْ إِخْوَانَنَا فِي فِلَسْطِين، ْوَدَمِر ْ أَعْدَاءَك َ أَعْدَاء َ الدِين ِ وانْصُر ْ مَن َ نَصَر الدِينَ، وَاخْذُل ْ مَن ْ خَذَل َ الْمُسْلِمِيْنَ، وَأَعْل ِ كَلِمَتَك َ إِلَى يَوْم ِ الدِيْنِ. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الْآخِرَة ِ حَسَنَة ً وَقِنَا عَذَاب َ النَّارِ. عِبَاد َ اللهِ، ْكُرُوافَاذ ُْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوه ُ عَلَى نِعَمِه ِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوه ُ مِن ْ فَضْلِه ِ يُعْطِكالله َ الْعَظِيْم َ يَذ ِِكْر ُ اللهم ْ وَلَذ أَكْبَرُ، وَالله ُ يَعْلَم ُ مَا تَصْنَعُونَ.

Official PDF download

For printing or the Jawi edition, download directly from JAKIM's official website.

© Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Reproduced with attribution; always verify against the official PDF.

Educational summary — verify with JAKIM/i-Fiqh for authoritative rulings.