KHUTBAH JUMAAT 30 JANUARI 2026 - TAKWA MEMAKMUR WILAYAH
Date: 29 Januari 2026 · Friday sermons
Official sermon text in Malay (Rumi script), sourced from JAKIM e-Khutbah PDFs.
اَلْحَمْد ُ لِلّٰه ِ الْقَآئِل : أَعُوذ ُ بِالله ِ مِن َ الشَّيْطَان ِ الرَّجِيم ابراهيم [ 7 ] َّ أَشْهَد ُ أَن ْ لَا إِله َ إِلَّا الله ُ وَحْدَه ُ لَا شَر ِيك َ لَهُ، وَأَشْهَد ُ أَن َسَيدنا ِمُحَمَّدًا عَبْدُه ُ وَرَسُولُهُ. اللَّهُم َّ صَل ِ وَسَلِم ْ عَلَى نَبِيِنَا مُحَمَّد ٍ وَعَلَى آلِه ِ وَصَحْب َّه ِ وَمَن ْ دَعَا بِدَعْوَتِه ِ إِلَى يَوْم ِ الدِينِ. أَم ا بَعْدُ، فَيَا عِبَاد َ اللهِ، َ اتَّقُوا اللهَ، أُوصِيكُم ْ وَنَفْسِي بِتَقْوَى الله ِ وَطَاعَتِه ِ لَعَل َّكُم ْ تُفْلِحُون Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Marilah kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa, iaitu dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Ketahuilah bahawa takwa bukan sekadar ibadah peribadi yang tersembunyi dalam hati, tetapi kekuatan rohani yang membentuk sikap, pertimbangan dan cara kita mengurus kehidupan. Takwa menjadikan seseorang berhati-hati ketika diberi nikmat, adil ketika diberi kuasa, dan jujur ketika diberi amanah. Tanpa takwa, nikmat boleh melalaikan, kuasa boleh merosakkan, dan amanah boleh dikhianati. Khutbah hari ini bertajuk: “Takwa Memakmur Wilayah”.
Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah, Syukur yang sebenar ialah apabila nikmat dipelihara, digunakan pada jalan yang diredai Allah, dan tidak disalahgunakan untuk kepentingan diri yang bercanggah dengan syarak. Apabila syukur hilang, nikmat yang banyak pun boleh menjadi punca kerosakan. Allah SWT berfirman dalam Surah Ibrahim ayat 7: Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur sesungguhnya azab-Ku amatlah keras". Ayat ini menegaskan bahawa nikmat Allah tidak kekal dengan kelalaian, tetapi dipelihara dan ditambah melalui syukur yang sebenar, iaitu ketaatan kepada Allah dan penggunaan nikmat pada jalan yang diredai-Nya. Sidang Jumaat yang dikasihi Allah, Kita kini berada dalam bulan Syaaban, bulan persediaan menuju Ramadan. Bulan ini mengajar kita untuk menilai semula keadaan hati sebelum memasuki bulan latihan rohani yang agung. Para ulama menyebut bahawa Syaaban ialah bulan menyucikan niat, memperbetulkan amal dan membersihkan hubungan sesama manusia. Persediaan menuju Ramadan bukan hanya menambah ibadah, tetapi juga memperbaiki akhlak, amanah dan adab. Tidak ada makna puasa yang panjang jika lidah masih longgar menuturkan kata-kata yang melukakan, dan jari masih ringan menulis perkara yang menambah fitnah. Sidang jemaah yang dirahmati Allah, Antara ujian besar dalam kehidupan bermasyarakat ialah amanah. Amanah dalam pekerjaan, amanah dalam harta, amanah dalam jawatan dan amanah dalam kepercayaan. Rasulullah SAW bersabda dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim: “Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu akan dipertanggungjawabkan atas apa yang dipimpinnya”.
Hadis ini mengingatkan bahawa amanah bukan milik golongan tertentu, tetapi kewajipan setiap insan. Amanah yang dijaga melahirkan kepercayaan, manakala amanah yang dikhianati meruntuhkan nilai dan keharmonian masyarakat. Namun dalam menghadapi isu amanah, Islam bukan sahaja mendidik mereka yang memegang amanah, bahkan membimbing adab orang yang menyaksikan atau mendengar tuduhan terhadap amanah tersebut. Muslimin yang dimuliakan Allah, Islam mengajar kita agar berlaku adil, berlapang dada dan beradab dalam lisan serta tulisan. Tidak setiap perkara yang didengar wajar disebarkan, dan tidak setiap tuduhan perlu diulas. Menyebarkan kata-kata yang belum pasti kebenarannya, atau menambah- nambah cerita dengan sangkaan dan emosi, bukan tanda keprihatinan, tetapi petanda hilangnya takwa. Allah SWT berfirman dalam surah al-Hujurat ayat 12: … ﴿ ١٢ ﴾ Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa…” Adab orang beriman ialah menahan lidah daripada menghukum, menjaga tulisan daripada menyakiti, dan menyerahkan urusan yang rumit kepada saluran yang betul. Teguran disampaikan dengan hikmah, doa dipanjatkan dengan ikhlas, dan keadilan diserahkan kepada aturan yang telah ditetapkan. Sidang jemaah yang dirahmati Allah, 1 Februari merupakan Hari Wilayah Persekutuan, dan pada minggu ini kita berada dalam suasana memperingatinya. Ia bukan sekadar tarikh dalam kalendar, tetapi ruang untuk kita bermuhasabah tentang amanah besar yang dipikul oleh setiap insan yang hidup dan bekerja di wilayah ini. Wilayah Persekutuan bukan hanya pusat pentadbiran dan
pembangunan negara, bahkan medan pertemuan pelbagai latar masyarakat, kepakaran dan tanggungjawab bersama. Sesebuah wilayah tidak akan benar-benar makmur hanya dengan bangunan yang tersergam dan perancangan yang rapi, tetapi dengan manusia yang bertakwa, beramanah dan beradab. Apabila nilai takwa subur dalam diri warga, amanah dijunjung dalam setiap peranan, dan adab dipelihara dalam tutur kata serta tindakan, maka wilayah ini akan menjadi tempat yang aman, sejahtera dan diberkati. Sempena Hari Wilayah ini, marilah kita menilai peranan masing-masing sebagai penjawat awam, pekerja, peniaga, pemimpin keluarga dan anggota masyarakat. Setiap sumbangan yang jujur, setiap amanah yang ditunaikan dengan ikhlas, dan setiap adab yang dijaga dalam perbezaan, semuanya menyumbang kepada kemakmuran wilayah yang sebenar. Inilah makna wilayah yang diberkati bukan hanya maju pada zahirnya, tetapi tenang dan sejahtera pada batinnya. Sidang Jumaat yang berbahagia, Sebagai penutup khutbah pada hari ini, marilah kita rumuskan tiga isi utama khutbah hari ini: 1. Syukur yang sebenar ialah apabila nikmat yang Allah beri dipelihara dengan taat, digunakan pada jalan yang diredai, dan tidak disalah guna untuk maksiat. 2. Amanah ialah ukuran takwa dalam kehidupan bermasyarakat. Amanah bukan hanya milik pemimpin atau orang berjawatan tinggi, tetapi amanah itu ada pada setiap orang di rumah, di tempat kerja, dalam urusan harta, dalam tutur kata, bahkan dalam penggunaan media sosial. 3. Takwa membentuk adab. Takwa bukan hanya dilihat pada banyaknya ibadah, tetapi juga pada adab kita ketika berhadapan isu masyarakat. Sebagai penutup, marilah kita memperbaharui tekad bahawa kemakmuran sesuatu wilayah tidak akan lahir hanya melalui pembangunan dan kemajuan duniawi, tetapi melalui ketakwaan yang hidup dalam diri setiap warganya. Syukur yang benar akan menambah nikmat, amanah yang dijaga akan melahirkan kepercayaan, dan adab yang dipelihara akan mengekalkan keharmonian. Dalam bulan Syaaban yang mulia ini, ayuh kita
bersihkan niat, perbaiki akhlak dan kuatkan disiplin diri agar Ramadan nanti benar-benar membina jiwa yang bertakwa. Semoga Allah SWT menjadikan kita hamba yang mensyukuri nikmat, memelihara amanah, menjaga lisan serta tulisan, dan seterusnya menyumbang kepada Wilayah yang aman, sejahtera dan diberkati. َ ِكْر ِ الْحبَارَك َ الله ُ لِي ْ وَل َكُم ْ بِالْقُرْآن ِ الْعَظِيْمِ، وَنَفَعَنِي ْ وَإِيَّاكُم ْ بِمَا فِيْه ِ مِن َ الْآيَات ِ وَالذ َكِيْمِ، وَتَقَبَّل ْ مِنِي ْ وَمِنْكُم ْ تِلَاوَتَه ُ إِنَّه ُ هُو َ السَّمِي ِع ُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْل ُ قَوْلِي ْ هَذَا وَأَسْتَغْفِر ُ الله َ الْعَظِيْم َ لِي ْ وَل َكُم ْ وَلِسَائِر ِ الْمُسْلِمِيْن َ وَالْمُسْلِمَات ِ وَالْمُؤْمِنِيْن َ وَالْمُؤْمِنَات ِ الْأَحْيَاء ِ مِنْهُم ْ وَالْأَمْوَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوْه ُ إ ُنَّه ُ هُو َ الْغَفُوْر ْ الرَّحِي مُ.
Khutbah Kedua
ِ اَلْحَمْد ُ لِلَّه َرَب ِ الْعَالَمِين ِ، وَالصَّلَاة ُ وَالسَّلَام ُ عَلى َ سَيِدِنَا مُحَمَّد ِن َالنَّبِي ِ الْأَمِينِ، وَعَلَى آلِه ِ وَأَصْحَابِه ِ الطَّاهِرِين وَمَن ْ تَبِعَهُم ْ بِإِحْسَان ٍ إِلَى يَوْم ِ الدِينِ. ْ أَشْهَد ُ أَن ُلَا إِله َ إِلا َّ الله وَحْدَه ُ لا َ شَر ِيْك َ لَهُ، وَأَشْهَد ُ أن َّ سَيِدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُه ُ وَرَسُولُهُ. أَمَّاَبَعْدُ، فَيَا عِبَاد َ اللهِ، اِتَّقُوا الله ِحَق َّ تُقَاتِه َِكُم ْ بِالصَّلَاةَكُم ْ بِأَمْر ٍ عَظِيمٍ، أَمَروَاعْلَمُوا أَن َّ الله َ أَمَر َ وَالتَّسْلِيم ِ عَلَى ن ِبِيِه ِ ال ْكَرِيم ، فَقَال َ الله ُ تَعَالَى : اَللَّهُم َّ صَل ِ عَلَى سَيِدِنَا مُحَمَّد ٍ وَعَلَى آ ل ِ سَيِدِنَا مُحَمَّد ٍ كَمَا صَلَّيْت َ عَلَى سَيِدِنَا إِبْرَاهِيْم َ وَعَلَى آ ل ِ سَيِدِنَا إِبْرَاهِيْم َ وَبَارِك ْ عَلَى سَيِدِنَا مُحَمَّد ٍ وَعَلَى آ َل ِ سَيِدِنَا مُحَمَّد ٍ كَمَا بَارَكْت َ عَلَى س يِدِنَا إِبْرَاهِيْم َ وَعَلَى آ ل ِ سَيِدِنَا إِبْرَاهِيْم َ فِي الْعَالَمِيْن َ إِنَّك َ حَمِيْد ٌ مَجِيْدٌ. َ وَارْض َ اللَّهُم َّ عَن ِ الْخُلَفَاء ِ الرَّاشِدِين َ و ِعَن ْ بَقِيَّة الصَّحَابَة ِ أَجْمَعِينَ، َوَعَن ِ التَّابِعِين َ وَتَابِعِي التَّابِعِين وَمَن ْ تَبِعَهُم ْ بِإِحْسَان ٍ إِلَى يَوْم ِ الدِيْن ِ وَارْض َ عَنَّا مَعَهُم ْ يَا أَكْرَم َ الْأَكْرَمِينَ. اللَّهُم َّ اغْفِر ْ لِلْمُسْلِمِين َ وَالْمُسْلِمَات ِ وَالْمُؤْمِنِين َ وَالْمُؤْمِنَات ِ الْأَحْيَاء ِ مِنْهُم ْ وَالْأَمْوَاتِ. اللَّهُم َّ أَيِد ْ بِدَوَا م ِ التَّوْفِيْق ِ وَالْهِدَايَة ِ وَالصِحَّة ِ وَالسَّلَامَة ِ جَلَالَة َ مَل ِك ِ نَا ك باوه دولي يڠ مها موليا سري ڤدوك بڬيندا يڠ د - ڤرتوان اڬوڠ سُلْطَان إِبْرَاهِيم. ْ وَكَذلِك َ ك باوه دولي يڠ مها موليا سري ڤدوك بڬيندا راج ڤرمايسوري اڬوڠ، راج زَارِيث صُوفِيَاهْ. ْ اللَّهُم َّ احْفَظ ْ عُلَمَاءَه ُ وَوُزَرَاءَه ُ وَقُضَاتَه ُ وَعُمَّالَه ُ وَرَعَايَاه ُ مِن َ الْمُؤْمِنِين َ وَالْمُؤْمِنَات ِ بِرَح َمَتِك َ يَا أَرْحَم الرَّاحِمِينَ. اللَّهُم َّ اجْعَل ْ بَلَدَنَا مَالِيزِيَاًآمِنا ً مُطْمَئِنًّا، سَخَاء ِرَخَاءً، دَار َ عَدْل ٍ وَإِيمَانٍ، وَأَمْن ٍ وَأَمَانٍ، وَسَائِر َ بِلَاد ال ْ مُسْلِمِينَ.
اللَّهُم َّ أَعِز َّ الْإِسْلَام َ وَالْمُسْلِمِيْنَ، َو انْصُر ْ إِخْوَانَنَا فِي فِلَسْطِين، ْوَدَمِر ْ أَعْدَاءَك َ أَعْدَاء َ الدِين ِ وانْصُر ْ مَن ْ نَصَر َ الدِينَ، وَاخ ذُل ْ مَن ْ خَذَل َ الْمُسْلِمِيْنَ، وَأَعْل ِ كَلِمَتَك َ إِلَى يَوْم ِ الدِيْنِ. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الْآخِرَة ِ حَسَنَة ً وَقِنَا عَذَاب َ النَّارِ. عِبَاد َ اللهِ، ْكُرُوافَاذ ِكْر ُ الْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوه ُ عَلَى نِعَمِه ِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوه ُ مِن ْ فَضْلِه ِ يُعْطِكُم ْ وَلَذالله َ الْعَظِيْم َ يَذ ِله أَكْبَرُ، وَالله ُ يَعْلَم ُ مَا تَصْنَعُونَ.
Official PDF download
For printing or the Jawi edition, download directly from JAKIM's official website.
© Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Reproduced with attribution; always verify against the official PDF.
Educational summary — verify with JAKIM/i-Fiqh for authoritative rulings.