Skip to content

KHUTBAH JUMAAT 23 JANUARI 2026 - MENSYUKURI NIKMAT, MENJUNJUNG AMANAT

Date: 22 Januari 2026 · Friday sermons

Official sermon text in Malay (Rumi script), sourced from JAKIM e-Khutbah PDFs.

اَلْحَمْد ُ لِلّٰه ِ الْقَآئِل : أَعُوذ ُ بِالله ِ مِن َ الشَّيْطَان ِ الرَّجِيم                   انلحل [ 78 ] ] َّ أَشْهَد ُ أَن ْ لَا إِله َ إِلَّا الله ُ وَحْدَه ُ لَا شَر ِيك َ لَهُ، وَأَشْهَد ُ أَن َسَيدنا ِمُحَمَّدًا عَبْدُه ُ وَرَسُولُهُ. اللَّهُم َّ صَل وَسَلِم ْ عَلَى نَبِيِنَا مُحَمَّد ٍ وَعَلَى آلِه ِ وَصَحْبِه ِ وَمَن ْ دَعَا بِدَعْوَتِه ِ إِلَى يَوْم ِ الدِينِ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَاد َ اللهِ، َ اتَّقُوا اللهَ، أُوصِيكُم ْ وَنَفْسِي بِتَقْوَى الله ِ وَطَاعَتِه ِ لَعَل َّكُم ْ تُفْلِحُون Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Marilah kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa, iaitu melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Sesungguhnya takwa dan syukur itu tidak dapat dipisahkan. Orang yang bertakwa akan sentiasa bersyukur, dan orang yang bersyukur pasti mendekat kepada takwa. Mudah- mudahan dengan ketakwaan itu, hidup kita diberkati, urusan kita dipermudahkan, dan akhir kehidupan kita ditutup dengan husnul khatimah. Khutbah hari ini bertajuk: “Mensyukuri Nikmat, Menjunjung Amanat”.

Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah, Syukur bukan bermula ketika kita menerima harta, pangkat atau kesenangan, tetapi sejak kita mula dapat mendengar, melihat dan berfikir. Syukur ialah kesedaran bahawa setiap deria yang kita miliki adalah amanah yang mesti digunakan untuk kebaikan. Allah SWT berfirman dalam surah al-Nahl ayat 78 yang bermaksud: “Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran supaya kamu bersyukur”. Kini kita berada di bulan Syaaban iaitu bulan penjernihan hati sebelum menyambut Ramadan. Rasulullah SAW memperbanyakkan puasa dan amal di bulan ini kerana Baginda tahu, syukur yang sejati bukan menunggu Ramadan tiba, tetapi bermula dengan persediaan sejak sekarang. Bulan Syaaban ialah ruang muhasabah untuk melihat sejauh mana kita telah menggunakan nikmat yang Allah beri seperti mata untuk melihat kebaikan, telinga untuk mendengar ilmu, dan hati untuk menimbang antara yang hak dan batil. Bulan ini menuntut kita bersyukur dengan tindakan, bukan hanya ucapan. Sidang Jumaat yang dimuliakan, Antara nikmat besar yang Allah kurniakan kepada kita ialah nikmat keamanan dan kemakmuran negara. Nikmat ini bukan hadir dengan sendiri, tetapi lahir daripada keadilan, dan amanah yang dipelihara oleh semua pihak. Sesungguhnya, nikmat ini bukan sekadar untuk dinikmati, bahkan ia adalah amanah yang wajib dijaga. Kerana itu, amanah adalah tanda syukur, manakala rasuah adalah pengkhianatan terhadap nikmat Allah. Dalam sebuah hadis Riwayat Abu Daud, Rasulullah SAW bersabda: مَن ِ اسْتَعْمَلْنَاه ُ عَلَى عَمَل ٍ فَرَزَقْنَاه ُ رِزْقًا فَمَا أَخَذ َ بَعْد َ ذَلِك َ فَهُو َ غُلُول “Sesiapa yang kami lantik untuk menjalankan suatu tugas dan kami telah tetapkan baginya rezeki (gaji), maka apa sahaja yang diambilnya selepas itu adalah satu pengkhianatan”.

Syukur yang sebenar bukan hanya pada lafaz “Alhamdulillah”, tetapi pada kesungguhan menjaga amanah daripada sekecil-kecil tugasan, hingga sebesar-besar tanggungjawab. Dalam konteks hari ini, antara nikmat yang patut kita syukuri sebagai penjawat awam ialah rezeki yang Allah perluaskan melalui peningkatan gaji dan penambahbaikan kebajikan. Maka syukur itu wajib diterjemahkan dengan bekerja lebih amanah, lebih cekap, lebih bersungguh, serta menjaga integriti dalam setiap keputusan dan tindakan. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Kita juga perlu mensyukuri nikmat ilmu dan pendidikan. Negara kita menyediakan ruang seluas-luasnya untuk belajar, membina potensi dan memperkasa masa depan. Namun, ilmu tanpa syukur akan menumbuhkan kesombongan, bukan kemajuan. Ibu bapa yang bersyukur akan mendidik anak dengan doa dan kasih, bukan tekanan. Guru yang bersyukur akan mengajar dengan ikhlas, bukan sekadar menunaikan tugas. Anak-anak yang bersyukur akan menuntut ilmu dengan adab, bukan sekadar untuk gred. Ilmu adalah cahaya, tetapi syukur adalah minyak yang menyalakannya. Tanpa syukur, cahaya ilmu padam ditelan gelap keangkuhan. Nikmat kesihatan pula adalah amanah yang sering kita lupa. Tubuh yang sihat bukan sekadar peluang untuk bekerja, tetapi peluang untuk beribadah dan berbakti kepada manusia. Syukur terhadap kesihatan ialah dengan menggunakannya untuk kebaikan. Gunakan tenaga untuk membantu, bukan menyakiti. Gunakan masa lapang untuk beramal, bukan melalaikan diri. Rasulullah SAW bersabda dalam hadis Riwayat al-Bukhari: ُ نِعْمَتَان ِ مَغْبُوْن فِيْهما كَثِيْر مِن َ النَّاسِ: الصِحَّة ُ والفَرَاغ “Dua kenikmatan yang kebanyakan manusia terpedaya dengan keduanya iaitu; nikmat sihat dan nikmat waktu lapang.” Sidang Jumaat yang dimuliakan, Syukur hendaklah dizahirkan melalui tanggungjawab sosial dan penjagaan alam. Pencemaran sungai, penerokaan hutan tanpa kawalan, sampah dibiarkan berselerak dan

pembaziran sumber adalah tanda kufur terhadap amanah bumi. Udara, air, tanah dan rezeki semuanya kurniaan Allah yang menuntut sikap ihsan. Justeru, orang yang benar- benar bersyukur tidak merosakkan, tidak membazir dan tidak mencemarkan kemudahan awam, kerana syukur yang hakiki ialah menjaga ciptaan Allah sebagai bukti hati mengenal Tuhan. Langkah kerajaan melalui Perintah Khidmat Masyarakat terhadap pesalah kebersihan awam adalah usaha mendidik masyarakat untuk menebus kesalahan dengan amal, bukan sekadar denda. Inilah tindakan yang berhikmah dan berjiwa rahmah. Membersihkan bumi bukan kerja kecil, bahkan ia adalah ibadah sebagai khalifah di muka bumi serta tanda syukur atas nikmat Allah SWT. Alam yang bersih akan menjemput rahmat, tetapi bumi yang kotor menolak keberkatan. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Mari kita renungkan: 1. Adakah syukur kita sekadar lafaz selepas menerima gaji, atau juga amal selepas mendapat nikmat? 2. Adakah syukur kita hidup di bibir, atau berdenyut dalam tindakan? Syukur yang sejati bukan diam. Ia menggerakkan manusia untuk menjadi lebih baik, menjadikan amanah lebih terjaga, dan menjauhkan diri daripada sombong. Sebagai penutup khutbah hari ini, marilah kita rumuskan tiga inti utama: 1. Syukur yang benar ialah kesedaran dan tindakan, bukan hanya lafaz di lidah. 2. Nikmat keamanan, ilmu, kesihatan serta kebersihan alam ialah amanah yang mesti dijaga dengan tanggungjawab. 3. Bulan Syaaban ialah medan muhasabah agar Ramadan kelak disambut dengan hati yang bersih dan jiwa yang segar. َ ِكْر ِ الْحبَارَك َ الله ُ لِي ْ وَل َكُم ْ بِالْقُرْآن ِ الْعَظِيْمِ، وَنَفَعَنِي ْ وَإِيَّاكُم ْ بِمَا فِيْه ِ مِن َ الْآيَات ِ وَالذ َكِيْمِ، وَتَقَبَّل مِنِي ْ وَمِنْكُم ْ تِلَاوَتَه ُ إِنَّه ُ هُو َ السَّمِيْع ُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْل ُ قَوْلِي ْ هَذَا وَأَسْتَغْفِر ُ الل ِه َ الْعَظِيْم َ لِي ْ وَل َكُم ْ وَلِسَائِر

ِ الْمُسْلِمِيْن َ وَالْمُسْلِمَات ِ وَالْمُؤْمِنِيْن َ وَالْمُؤْمِنَات ِ الْأَحْيَاء ِ مِنْهُم ْ وَالْأَمْوَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوْه ُ إ ُنَّه ُ هُو َ الْغَفُوْر الرَّحِيْمُ.

Khutbah Kedua

ِ اَلْحَمْد ُ لِلَّه َرَب ِ الْعَالَمِين ِ، وَالصَّلَاة ُ وَالسَّلَام ُ عَلى َ سَيِدِنَا مُحَمَّد ِن َالنَّبِي ِ الْأَمِينِ، وَعَلَى آلِه ِ وَأَصْحَابِه ِ الطَّاهِرِين وَمَن ْ تَبِعَهُم ْ بِإِحْسَان ٍ إِلَى يَوْم ِ الدِينِ. ْ أَشْهَد ُ أَن ُلَا إِله َ إِلا َّ الله وَحْدَه ُ لا َ شَر ِيْك َ لَهُ، وَأَشْهَد ُ أن َّ سَيِدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُه ُ وَرَسُولُهُ. أَمَّاَبَعْدُ، فَيَا عِبَاد َ اللهِ، اِتَّقُوا الله ِحَق َّ تُقَاتِه َِكُم ْ بِالصَّلَاةَكُم ْ بِأَمْر ٍ عَظِيمٍ، أَمَروَاعْلَمُوا أَن َّ الله َ أَمَر ِ وَالتَّسْلِيم ِ عَلَى نَبِيِه ِ ال ْكَرِيم ، فَقَال َ الله ُ تَعَالَى :               اَللَّهُم َّ صَل ِعَلَى سَيِ دِنَا مُحَمَّد ٍ وَعَلَى آ ل ِ سَيِ دِنَا مُحَمَّد ٍ كَمَا صَلَّيْت َ عَلَى سَيِ دِنَا إِبْرَاهِيْم َ وَعَلَى آ ل ِ سَيِ دِنَا إِبْرَاهِيْم َ وَبَارِك ْ عَلَى سَيِ دِنَا مُحَمَّد ٍ وَعَلَى آ ل ِ سَيِ دِنَا مُحَمَّد ٍ كَمَا بَارَكْت َ عَلَى سَيِ دِنَا إِبْرَاهِيْم َ وَعَلَى آ ل ِ سَيِ دِنَا إِبْرَاهِيْم َ فِي الْعَالَمِيْن َ إِنَّك َ حَمِيْد مَجِيْد. َ وَارْض َ اللَّهُم َّ عَن ِ الْخُلَفَاء ِ الرَّاشِدِين َ و ِعَن ْ بَقِيَّة الصَّحَابَة ِ أَجْمَعِينَ، َوَعَن ِ التَّابِعِين َ وَتَابِعِي التَّابِعِين وَمَن ْ تَبِعَهُم ْ بِإِحْسَان ٍ إِلَى يَوْم ِ الدِيْن ِ وَارْض َ عَنَّا مَعَهُم ْ يَا أَكْرَم َ الْأَكْرَمِينَ. اللَّهُم َّ اغْفِر ْ لِلْمُسْلِمِين َ وَالْمُسْلِمَات ِ وَالْمُؤْمِنِين َ وَالْمُؤْمِنَات ِ الْأَحْيَاء ِ مِنْهُم ْ وَالْأَمْوَاتِ. اللَّهُم َّ أَيِد ْ بِدَوَام ِ التَّوْفِيْق ِ وَالْهِدَايَة ِ وَالصِحَّة ِ وَالسَّلَامَة ِ جَلَالَة َ مَل ِك ِ نَا ك باوه دولي يڠ مها موليا سري ڤدوك بڬيندا يڠ د - ڤرتوان اڬوڠ سُلْطَان إِبْرَاهِيم. ْ وَكَذلِك َ ك باوه دولي يڠ مها موليا سري ڤدوك بڬيندا راج ڤرمايسوري اڬوڠ، راج زَارِيث صُوفِيَاهْ. ْ اللَّهُم َّ احْفَظ ْ عُلَمَاءَه ُ وَوُزَرَاءَه ُ وَقُضَاتَه ُ وَعُمَّالَه ُ وَرَعَايَاه ُ مِن َ الْمُؤْمِنِين َ وَالْمُؤْمِنَات ِ بِرَح َمَتِك َ يَا أَرْحَم الرَّاحِمِينَ. اللَّهُم َّ اجْعَل ْ بَلَدَنَا مَالِيزِيَا ِآمِنا ً مُطْمَئِنًّا، سَخَاء ً رَخَاءً، دَار َ عَدْل ٍ وَإِيمَانٍ، وَأَمْن ٍ وَأَمَانٍ، وَسَائِر َ بِلَاد ال ْ مُسْلِمِينَ. اللَّهُم َّ أَعِز َّ الْإِسْلَام َ وَالْمُسْلِمِيْنَ، َو انْصُر ْ إِخْوَانَنَا فِي فِلَسْطِين، ْوَدَمِر ْ أَعْدَاءَك َ أَعْدَاء َ الدِين ِ وانْصُر ْ مَن نَصَر َ الدِينَ، وَاخْذُل ْ مَن ْ خَذَل َ الْمُسْلِمِيْنَ، وَأَعْل ِ كَلِمَتَك َ إِلَى يَوْم ِ الدِيْنِ.

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الْآخِرَة ِ حَسَنَة ً وَقِنَا عَذَاب َ النَّارِ. عِبَاد َ اللهِ،                   ْكُرُوافَاذ ِِكْر ُ اللهْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوه ُ عَلَى نِعَمِه ِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوه ُ مِن ْ فَضْلِه ِ يُعْطِكُم ْ وَلَذالله َ الْعَظِيْم َ يَذ أَكْبَرُ، وَالله ُ يَعْلَم ُ مَا تَصْنَعُونَ.

Official PDF download

For printing or the Jawi edition, download directly from JAKIM's official website.

© Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Reproduced with attribution; always verify against the official PDF.

Educational summary — verify with JAKIM/i-Fiqh for authoritative rulings.