Langkau ke kandungan

KHUTBAH JUMAAT 10 APRIL 2026 - RAPATKAN SAF, PERKUKUH KESATUAN

Tarikh: 09 April 2026 · Khutbah Jumaat

Teks khutbah rasmi dalam Bahasa Melayu (tulisan Rumi), diambil daripada PDF e-Khutbah JAKIM.

اَلْحَمْد ُ لِلّٰه ِ الْقَآئِل : أَعُوذ ُ بِالله ِ مِن َ الشَّيْطَان ِ الرَّجِيم         األنبياء [ 107 ] َّ أَشْهَد ُ أَن ْ لَا إِله َ إِلَّا الله ُ وَحْدَه ُ لَا شَر ِيك َ لَهُ، وَأَشْهَد ُ أَن َسَيدنا ِمُحَمَّدًا عَبْدُه ُ وَرَسُولُهُ. اللَّهُم َّ صَل وَسَلِم ْ عَلَى نَبِيِنَا مُحَمَّد ٍ وَعَلَى آلِه ِ وَصَحْبِه ِ وَمَن ْ دَعَا بِدَعْوَتِه ِ إِلَى يَوْم ِ الدِينِ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَاد َ اللهِ، َ اتَّقُوا اللهَ، أُوصِيكُم ْ وَنَفْسِي بِتَقْوَى الله ِ وَطَاعَتِه ِ لَعَل َّكُم ْ تُفْلِحُون Sidang Jemaah yang dirahmati Allah, Khatib mengingatkan diri sendiri dan ahli jemaah sekalian agar sentiasa bertakwa kepada Allah SWT dengan beristiqamah dalam mematuhi perintahNya serta menjauhi segala larangan-Nya. Semoga dengan ketakwaan, kita beroleh kebahagiaan di dunia dan kejayaan di akhirat kelak. Pada hari yang berkat ini, mimbar ingin mengupas satu tajuk yang sangat relevan dengan situasi semasa, iaitu “Rapatkan Saf, Perkukuhkan Kesatuan”. Sidang Jemaah yang dirahmati Allah, Sesungguhnya Islam ialah agama yang sejahtera. Islam menekankan prinsip kesejahteraan dalam segenap aspek kehidupan makhluk. Bahkan perkataan Islam itu sendiri adalah daripada perkataan as-salam yang membawa makna sejahtera. Kesejahteraan yang dimaksudkan ini merangkumi akidah yang benar, jiwa yang tenang, emosi yang stabil serta hidup yang aman dan selamat.

Atas dasar dan prinsip inilah, Islam menganjurkan umatnya supaya sentiasa mencintai keamanan serta menggalakkan sesama manusia ke arah menjalani kehidupan yang aman dan damai. Inilah antara tujuan Allah SWT mengutuskan Nabi Muhammad SAW, iaitu membawa rahmat ke seluruh alam, sepertimana yang difirmankan Allah dalam Surah al-Anbiya’ ayat 107 yang dibacakan sebentar tadi yang bermaksud: “Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.” Sidang Jemaah yang dimuliakan, Sesungguhnya keamanan bukan sahaja anugerah bahkan keperluan asas dalam Islam yang meliputi pelbagai aspek kehidupan. Ia bukan sahaja bermakna tiada peperangan, tetapi juga kestabilan dalam kehidupan seharian, termasuk dalam aspek sosial, ekonomi dan politik. Dunia hari ini menyaksikan krisis tenaga global yang semakin memuncak disebabkan oleh serangan Amerika dan sekutunya Israel terhadap Iran. Dalam keadaan semasa, kita melihat bagaimana ada pihak-pihak yang mempunyai kekuatan besar dari segi ketenteraan dan ekonomi menggunakan pengaruh mereka untuk menentukan arah politik dunia. Dalam keadaan tertentu, tindakan tersebut telah menimbulkan ketegangan, konflik dan penderitaan yang berpanjangan. Peristiwa peperangan yang sedang berlaku di Asia Barat sekarang ini sedang memberi kesan kepada kita semua. Peperangan mencetuskan gangguan rantaian dan bekalan tenaga di seluruh dunia dan bakal menguji ketahanan ekonomi negara. Dalam mendepani krisis ini, matlamat utama Kerajaan adalah memastikan kebajikan rakyat dan kestabilan ekonomi negara sentiasa terjamin melalui pengekalan subsidi, keterjaminan bekalan makanan serta barangan keperluan asas. Ambillah iktibar daripada kebijaksanaan Nabi Yusuf A.S. dalam merancang ekonomi negara dan masyarakat. Allah menceritakan

kisah nasihat Nabi Yusuf A.S. kepada sang raja melalui tafsiran mimpi baginda dalam surah Yusuf ayat 47- 49 yang bermaksud: “Yusuf menjawab: "Hendaklah kamu menanam bersungguh sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam (tuai) biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih). Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya).” Perancangan ekonomi berasaskan wahyu ini bukan sekadar cerita sebelum tidur, tetapi ia adalah satu pelan untuk pengurusan kewangan kita pada hari ini. Ia mendidik kita tentang berbelanja dengan berhemah, berbelanja hanya pada barang yang perlu, menabung dengan sebaiknya, dan besederhana ketika waktu kita masih 'senang', kerana apa yang kita tanam pada hari ini, menentukan apa yang kita tuai di masa akan datang. Semua ini adalah persediaan seperti payung tempat kita berlindung apabila tibanya waktu 'kemarau' kelak. Justeru rakyat disarankan supaya bersedia dan membuat perancangan daripada sudut perbelanjaan bagi bertahan teguh dalam ketidaktentuan dan sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Sidang Jemaah yang dimuliakan, Di samping itu, dalam mengurus kewangan, kita perlu sedar hakikat bahawa berbelanja itu bukan sekadar soal angka dan wang. Islam menekankan agar kita mendidik nafsu dan emosi. Berbelanjalah dengan berhemat, agar kita tidak menjadi hamba kepada keinginan, tetapi menjadi hamba yang taat kepada Allah SWT. Memang benar, tatkala dunia sedang bergelora dengan fitnah peperangan dan ekonomi yang meruncing, jiwa kita mungkin berasa penat dan luntur semangat untuk mendekatkan diri kepada Allah. Kebergantungan kepada

Allah itu pintu keluar kita di waktu kesukaran. Pujuklah hati dengan khabar gembira di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Ma’qil bin Yasar, bahawa maksudnya: "Beribadat di saat-saat huru hara (dunia kacau bilau) adalah seperti berhijrah kepadaku". Walaupun kita hidup dalam zaman yang penuh pancaroba, kesabaran kita dalam menahan diri serta terus istiqamah beribadah di saat suasana kacau- bilau ini dijanjikan ganjaran yang besar, seumpama pahala berhijrah dari Makkah ke Madinah untuk bersama Rasulullah SAW. Dalam suasana dunia yang penuh kekeliruan ini, bukan sahaja fitnah peperangan yang berlaku, bahkan fitnah maklumat juga semakin berleluasa. Berita yang tidak pasti kebenarannya disebarkan tanpa usul periksa, sehingga menimbulkan kegelisahan, kebencian dan perpecahan dalam masyarakat. Sedangkan Allah SWT telah mengingatkan kita dalam Surah al- Hujurat ayat 6: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (tabayyun) terlebih dahulu…” Justeru, jadilah umat yang matang, yang tidak mudah melatah, tidak cepat menghukum, dan tidak menjadi penyambung kepada berita yang belum pasti kebenarannya. Rakyat diseru agar bersatu dalam menghadapi kesan Krisis Tenaga Global secara bersama. Perpaduan tidak akan terbina jika kita terus menyebarkan berita yang tidak sahih. Lidah dan jari kita hari ini boleh menjadi punca perpecahan jika tidak dikawal dengan iman dan amanah. Kita hendaklah berbelanja secara besederhana dan bijaksana seiring dengan cabaran kos sara hidup yang sedang dihadapi di seluruh dunia. Oleh itu, berpegang teguhlah pada tali Allah dan teruskanlah kesederhanaan dalam kebersamaan.

Sidang Jemaah yang dimuliakan, Sebagai iktibar daripada khutbah pada hari ini, khatib simpulkan beberapa perkara seperti berikut; Pertama: Islam ialah agama sejahtera yang menganjurkan umatnya supaya sentiasa mencintai keamanan. Menjadi tanggungjawab kita mengajak manusia ke arah menjalani kehidupan yang aman dan damai. Kedua: Uruskan kewangan secara berhemah. Krisis geopolitik ini menguji kestabilan ekonomi negara. Umat Islam diseru berhemah dalam berbelanja. Jadikan Nabi Yusuf sebagai teladan dan panduan kita. Ketiga: Marilah kita meneguhkan iman dengan tidak menurut emosi dan meneruskan kesederhanaan dalam kebersamaan ketika mendepani Krisis Tenaga Global sebagaimana para Sahabat diuji sebelum berhijrah ke Madinah. Keempat: Umat Islam hendaklah berpegang kepada prinsip tabayyun dalam menerima dan menyebarkan maklumat. Jangan menjadi penyambung kepada fitnah, sebaliknya jadilah penyebar kebenaran dan ketenangan. Sesungguhnya pergolakan yang sedang berlaku ini jika dipandang dari sudut positif, merupakan ujian buat orang-orang yang beriman. Yakinlah janji Allah SWT mengubati hati orang yang beriman dengan pengkhabaran berita yang menggembirakan. Firman Allah SWT di dalam surah al Baqarah, ayat 155 hingga 157 yang bermaksud: "Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.”

َ ِكْر ِ الْحبَارَك َ الله ُ لِي ْ وَل َكُم ْ بِالْقُرْآن ِ الْعَظِيْمِ، وَنَفَعَنِي ْ وَإِيَّاكُم ْ بِمَا فِيْه ِ مِن َ الْآيَات ِ وَالذ َكِيْمِ، وَتَقَبَّل مِنِي ْ وَمِنْكُم ْ تِلَاوَتَه ُ إِنَّه ُ هُو َ السَّمِيْع ُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْل ُ قَوْلِي ْ هَذَا وَأَسْتَغْفِر ُ الل ِه َ الْعَظِيْم َ لِي ْ وَل َكُم ْ وَلِسَائِر ِ الْمُسْلِمِيْن َ وَالْمُسْلِمَات ِ وَالْمُؤْمِنِيْن َ وَالْمُؤْمِنَات ِ الْأَحْيَاء ِ مِنْهُم ْ وَالْأَمْوَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوْه ُ إ ُنَّه ُ هُو َ الْغَفُوْر الرَّحِيْمُ.

Khutbah Kedua

ِ اَلْحَمْد ُ لِلَّه َرَب ِ الْعَالَمِين ِ، وَالصَّلَاة ُ وَالسَّلَام ُ عَلى َ سَيِدِنَا مُحَمَّد ِن ِالنَّبِي ِ الْأَمِينِ، وَعَلَى آلِه َوَأَصْحَابِه ِ الطَّاهِرِين وَمَن ْ تَبِعَهُم ْ بِإِحْسَان ٍ إِلَى يَوْم ِ الدِينِ. ْ أَشْهَد ُ أَن ُلَا إِله َ إِلا َّ الله وَحْدَه ُ لا َ شَر ِيْك َ لَهُ، وَأَشْهَد ُ أن َّ سَيِدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُه ُ وَرَسُولُهُ. أَمَّاَبَعْدُ، فَيَا عِبَاد َ اللهِ، اِتَّقُوا الله ِحَق َّ تُقَاتِه َِكُم ْ بِالصَّلَاةَكُم ْ بِأَمْر ٍ عَظِيمٍ، أَمَروَاعْلَمُوا أَن َّ الله َ أَمَر ِ وَالتَّسْلِيم ِ عَلَى نَبِيِه ِ ال ْكَرِيم ، فَقَال َ الله ُ تَعَالَى:               اَللَّهُم َّ صَل ِعَلَى سَيِ دِنَا مُحَمَّد ٍ وَعَلَى آ ل ِ سَيِ دِنَا مُحَمَّد ٍ كَمَا صَلَّيْت َ عَلَى سَيِ دِنَا إِبْرَاهِيْم َ وَعَلَى آ ل ِ سَيِ دِنَا إِبْرَاهِيْم َ وَبَارِك ْ عَلَى سَيِ دِنَا مُحَمَّد ٍ وَعَلَى آ ل ِ سَيِ دِنَا مُحَمَّد ٍ كَمَا بَارَكْت َ عَلَى سَيِ دِنَا إِبْرَاهِيْم َ وَعَلَى آ ل ِ سَيِ دِنَا إِبْرَاهِيْم َ فِي الْعَالَمِيْن َ إِنَّك َ حَمِيْد ٌ مَجِيْدٌ. َ وَارْض َ اللَّهُم َّ عَن ِ الْخُلَفَاء ِ الرَّاشِدِين َ و ِعَن ْ بَقِيَّة الصَّحَابَة ِ أَجْمَعِينَ، َوَعَن ِ التَّابِعِين َ وَتَابِعِي التَّابِعِين وَمَن ْ تَبِعَهُم ْ بِإِحْسَان ٍ إِلَى يَوْم ِ الدِيْن ِ وَارْض َ عَنَّا مَعَهُم ْ يَا أَكْرَم َ الْأَكْرَمِينَ. اللَّهُم َّ اغْفِر ْ لِلْمُسْلِمِين َ وَالْمُسْلِمَات ِ وَالْمُؤْمِنِين َ وَالْمُؤْمِنَات ِ الْأَحْيَاء ِ مِنْهُم ْ وَالْأَمْوَاتِ. اللَّهُم َّ أَيِد ْ بِدَوَام ِ التَّوْفِيْق ِ وَالْهِدَايَة ِ وَالصِحَّة ِ وَالسَّلَامَة ِ جَلَالَة َ مَل ِك ِ نَا ك باوه دولي يڠ مها موليا سري ڤدوك بڬيندا يڠ د - ڤرتوان اڬوڠ سُلْطَان إِبْرَاهِيم. وَكَذلِك َ ك باوه دولي يڠ مها موليا سري ڤدوك ْبڬيندا راج ڤرمايسوري اڬوڠ، راج زَارِيث صُوفِيَاهْ.

ْ اللَّهُم َّ احْفَظ ْ عُلَمَاءَه ُ وَوُزَرَاءَه ُ وَقُضَاتَه ُ وَعُمَّالَه ُ وَرَعَايَاه ُ مِن َ الْمُؤْمِنِين َ وَالْمُؤْمِنَات ِ بِرَح َمَتِك َ يَا أَرْحَم الرَّاحِمِينَ. اللَّهُم َّ اجْعَل ْ بَلَدَنَا مَالِيزِيَا ِآمِنا ً مُطْمَئِنًّا، سَخَاء ً رَخَاءً، دَار َ عَدْل ٍ وَإِيمَانٍ، وَأَمْن ٍ وَأَمَانٍ، وَسَائِر َ بِلَاد ال ْ مُسْلِمِينَ. اللَّهُم َّ أَعِز َّ الْإِسْلَام َ وَالْمُسْلِمِيْنَ، َو انْصُر ْ إِخْوَانَنَا فِي فِلَسْطِين، ْوَدَمِر ْ أَعْدَاءَك َ أَعْدَاء َ الدِين ِ وانْصُر ْ مَن نَصَر َ الدِينَ، وَاخْذُل ْ مَن ْ خَذَل َ الْمُسْلِمِيْنَ، وَأَعْل ِ كَلِمَتَك َ إِلَى يَوْم ِ الدِيْنِ. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الْآخِرَة ِ حَسَنَة ً وَقِنَا عَذَاب َ النَّارِ. عِبَاد َ اللهِ،                   ْكُرُوافَاذ ِِكْر ُ اللهْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوه ُ عَلَى نِعَمِه ِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوه ُ مِن ْ فَضْلِه ِ يُعْطِكُم ْ وَلَذالله َ الْعَظِيْم َ يَذ أَكْبَرُ، وَالله ُ يَعْلَم ُ مَا تَصْنَعُونَ.

Muat turun PDF rasmi

Untuk cetakan atau edisi Jawi, muat turun terus dari laman rasmi JAKIM.

© Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Dikongsi dengan atribusi; sentiasa sahkan dengan PDF rasmi.

Ringkasan pendidikan — sahkan dengan JAKIM/i-Fiqh untuk fatwa rasmi.