KHUTBAH AIDILFITRI 1447H
Tarikh: 19 Mac 2026 · Aidilfitri
Teks khutbah rasmi dalam Bahasa Melayu (tulisan Rumi), diambil daripada PDF e-Khutbah JAKIM.
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA TEKS KHUTBAH AIDILFITRI Tajuk : SYAWAL: BANGKIT DARI UJIAN, BERSATU DALAM KEIMANAN Tarikh Dibaca : 1 SYAWAL 1447H Disediakan oleh : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
SYAWAL: BANGKIT DARI UJIAN, BERSATU DALAM KEIMANAN 1 SYAWAL 1447H ُ اللَّه ُ أَكْبَر ُ ، اللَّه ُ أَكْبَر ُ ، اللَّه ُ أَكْبَر ُ اللَّه ُ أَكْبَر ُ ، اللَّه ُ أَكْبَر ُ ، اللَّه ُ أَكْبَر ُ اللَّه ُ أَكْبَر ُ ، اللَّه ُ أَكْبَر ُ ، اللَّه ُ أَكْبَر ُ اللَّه ُ أَكْبَر ُكَبِيْرًا وَالْحَمْد ُ لِلَّه ِ كَثِيْرًا وَسُبْحَان َ اللَّه ِ بُكْرَة ً وَأَصِيْلًا، لَا إِلَه َ إِل َّا الله ُ وَلَا نَعْبُد ُ إِل َّا إِيَّاه ُ مُخْلِصِيْن َ لَه ُ الدِينَ، وَلَو ْ كَرِه َ الْكَافِرُوْنَ، لَا إِلَه َ إِل َّا اللَّه ُ وَحْدَهُ، صَدَق َ وَعْدَه ، َ وَنَص ُر َ عَبْدَهُ، وَأَعَز َّ جُنْدَه ُ وَهَزَم َ الْأَحْزَاب َ وَحْدَهُ. لآ إِلَه إِلَّا اللَّه ُ وَاللَّه ُ أَكْبَرُ، اَللَّه ُ أَكْبَر ُ وَلِلَّه ِ الْحَمْد . ُ أَشْهَد ُ أَن ْ لَا إِلَه َ إِل َّا الله ُ وَحْدَه ُ لَا شَر ِيْك َ لَه ُ وَأَشْهَد ُ أَن َّ سَيِدَنَا وَنَبِيَّنَا م ُحَمَّدًا عَبْدُه َ وَرَسُولُهُ. اَللَّهُم َّ صَل ِ وَسَلِم ْ وَبَارِك ْ عَلَى سَيِدِنَا مُحَمَّد ٍ خَاتَم ِ الْأَنْبِيَآء ِ وَالْمُرْسَلِيْن َ وَعَل ِى آلِه ِ وَصَحْبِه ِ أَجْمَعِيْنَ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَاد َ اللَّه ِ اتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُم ْ وَإِيَّاي َ ب ِتَقْوَى اللَّه ِ وَطَاعَتِه َ لَعَل َّكُم ْ تُرْحَمُوْن َ ق َال َالله ُ تَع ْالى َ فِي كِتَابِه ِ ال كَرِيمِ، : أَعُوذ ُ بِالله ِ مِن َ الشَّيْطَان ِ الرَّجِيم : األىلع [ 14 ، 15 ] Muslimin Muslimat yang dirahmati Allah, Bertakwalah kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Perbanyakkan berselawat ke atas Baginda Rasulullah SAW. Mudah-mudahan kita sentiasa berada dalam rahmat dan keredhaan Allah SWT di dunia mahupun di akhirat.
Ayat yang dibacakan tadi pada Surah Al-A’la mengangkat satu kunci kemenangan yang tidak pernah lapuk ditelan zaman iaitu orang yang berjaya ialah orang yang menyucikan jiwa, mengingati Tuhan, lalu menegakkan solat. Maka Aidilfitri bukan semata-mata hari kemenangan fizikal selesai berpuasa, tetapi kemenangan rohani melalui jiwa yang disucikan, fitrah yang dihidupkan, dan ukhwah yang ditautkan semula. Khatib mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam. Dan pada pagi Aidilfitri yang indah ini mimbar membawa pesanan bertajuk: “SYAWAL: BANGKIT DARI UJIAN, BERSATU DALAM KEIMANAN” ُ الله ُ أَكْبَرُ، الله ُ أَكْبَرُ، الله ُ أَكْبَرُ، وَلِلَّه ِ الْحَمْد Muslimin Muslimat yang dirahmati Allah, Hari ini ramai yang menangis sayu kerana perginya Ramadan. Namun, adakah kita menangis kerana rindu pada barakahnya atau kita sekadar berasa lega kerana “beban” ibadah telah tamat? Ingatlah wahai saudara-saudaraku! Tujuan utama Madrasah Ramadan ialah َ لَعَل َّكُم ْ تَتَّقُون agar kamu bertakwa. Takwa itu bukan pakaian bermusim. Takwa ialah identiti orang beriman. Jangan biarkan masjid yang dahulunya penuh sesak kembali sepi di esok hari. Jangan biarkan al-Quran kembali berhabuk di rak-rak tinggi. Sedarlah, Tuhan bagi bulan Ramadan ialah Tuhan yang sama bagi Syawal, Zulkaedah, Zulhijjah dan seluruh bulan sepanjang hayat. Jika kita hanya menyembah Allah pada Ramadan, sesungguhnya Ramadan telah pergi. Namun jika kita menyembah Allah kerana Dia adalah Tuhan kita, maka Dia sentiasa ada untuk kita selamanya. Maka istiqamahlah dalam solat berjemaah, tadarus al-Quran, sedekah, serta menjaga mata dan lisan kerana takwa yang hakiki ialah takwa yang berterusan. ُ الله ُ أَكْبَرُ، الله ُ أَكْبَرُ، الله ُ أَكْبَرُ، وَلِلَّه ِ الْحَمْد Muslimin Muslimat yang dikasihi sekalian, Aidilfitri ialah waktu untuk menyambung silaturrahim. Ia bukan semata-mata saling bertukar hantaran teks di WhatsApp atau memuat naik status di media sosial. Bukan hari untuk kita menunjukkan pakaian baharu kita. Berapa ramai antara kita pulang ke
kampung namun masih membawa “dendam dingin” di dalam hati? Berapa banyak adik- beradik yang tidak bertegur sapa bertahun-tahun atas urusan dunia yang akhirnya akan ditinggalkan? Berapa ramai pula umat Islam yang masih bermusuhan kerana perbezaan ideologi dan pendapat? Gunakanlah peluang kepulangan ini untuk bersemuka. Buanglah ego yang setinggi gunung itu. Bersalamanlah dan peluklah saudaramu dengan penuh kasih sayang. Ingatlah, memperbaiki hubungan yang retak (islah) adalah jauh lebih mulia daripada sekadar berhari raya di dalam rumah yang indah namun jiwanya kosong. Jangan biarkan maaf kita hanya di hujung jari biarlah ia bermula dari lubuk hati. Dan ketahuilah, perpaduan itu bukan sekadar slogan, tetapi tuntutan iman. Ummah yang kuat tidak dibina dengan sindiran dan benci; tetapi dengan kesediaan untuk merendah diri, mengalah demi kebenaran, dan memuliakan silaturrahim. Dalam keriuhan kita meraikan kemenangan, lihatlah pada diri kita. Adakah kita menyambut Syawal untuk mencari keredhaan-Nya, atau untuk mencari perhatian manusia? Zaman media sosial ini telah mengheret kita ke lembah “flexing” iaitu budaya menunjuk-nunjuk pakaian baharu yang mahal, kereta mewah, atau jumlah duit raya yang banyak. Sedarlah, di luar sana ada jiran kita yang makan berulam air mata kerana kesempitan hidup. Ada anak yatim yang hanya mampu memandang sayu kebahagiaan orang lain. Janganlah kita mengguris hati mereka dengan kemegahan kita. Aidilfitri adalah hari kemenangan jiwa, bukannya pertandingan materialisme. Berbelanjalah mengikut kemampuan, jangan sampai berhutang demi bergaya kerana kemuliaan insan bukan terletak pada zahirnya, tetapi pada nur iman di dadanya. Inilah makna “menghidupkan fitrah”: kembali kepada kesederhanaan, kembali kepada ihsan, kembali kepada empati. ُ الله ُ أَكْبَرُ، الله ُ أَكْبَرُ، الله ُ أَكْبَرُ، وَلِلَّه ِ الْحَمْد Muslimin Muslimat sekalian, Sambil kita menikmati juadah rendang dan ketupat, janganlah kita butakan mata dan pekakkan telinga daripada penderitaan saudara kita di Palestin, khususnya di Gaza. Ketika kita di sini memakai pakaian baharu, mereka mungkin sedang memakai kain
kafan. Ketika kita bergelak-tawa bersama keluarga, mereka sedang merintih kehilangan zuriat dan orang tersayang. Ketika kita bersantai di rumah yang berhias indah, mereka masih lagi berteduh dalam runtuhan bangunan. Jangan biarkan hiburan Syawal melalaikan kita daripada perjuangan umat Islam sejagat. Jadikan rasa syukur atas keamanan di tanah air sebagai pemacu untuk lebih banyak memberi. Hulurkan sedekah, titipkan doa, hidupkan qunut nazilah dalam solat-solat kita. Sesungguhnya sebahagian daripada harta dan kegembiraan kita adalah hak mereka yang memerlukan. Umat yang bersatu dalam keimanan bukan hanya bersatu dalam slogan tetapi bersatu dalam rasa, doa dan tindakan. Selain dari itu juga, janganlah kita lupa bahawa ketika ini terdapat saudara-saudara kita di rantau Timur Tengah, yang sedang berdepan dengan konflik dan pergolakan yang semakin meruncing. Pergolakan dan peperangan bukan sahaja meragut nyawa dan memusnahkan kehidupan manusia, bahkan memberi kesan kepada kestabilan ekonomi, bekalan makanan dan kesejahteraan masyarakat dunia. Oleh itu umat Islam hendaklah memperkukuhkan kesatuan, menghindari perpecahan serta sentiasa memelihara keamanan dalam masyarakat. Dalam masa yang sama kita juga hendaklah mengamalkan sikap berjimat cermat dan tidak berlebih-lebihan dalam perbelanjaan serta penggunaan makanan, kerana keadaan dunia yang tidak menentu akibat konflik dan peperangan. Marilah kita memperbanyakkan doa dan munajat kepada Allah SWT agar keamanan, keselamatan dan kesejahteraan terus terpelihara di seluruh dunia. Muslimin Muslimat yang dikasihi, Akhir sekali, jagalah lisan dan jari-jemari kita. Jangan jadikan majlis rumah terbuka sebagai medan “membawang” atau menyebarkan fitnah. Jangan jadikan perjumpaan keluarga sebagai sesi membanding-bandingkan kelebihan anak-anak sehingga ada hati yang terluka. Letakkan telefon bimbitmu seketika apabila tetamu hadir di depan mata. Berikanlah perhatian, berikanlah senyuman, dan hargailah setiap detik kebersamaan. Media sosial hanyalah alat jangan biarkan ia meragut keberkatan Syawal kita. Kerana adab itu bukan hiasan; adab itu bukti iman. Dan ukhwah yang benar bukan di skrin; ukhwah yang benar ialah yang dihidupkan dalam realiti.
Justeru, mengakhiri khutbah sebagai penutupnya, mimbar tinggalkan beberapa pesanan untuk semua; Pertama: Buktikan keberhasilan Madrasah Ramadan dengan mengekalkan istiqamah dalam beribadah, kerana takwa yang hakiki ialah menyembah Allah setiap masa tanpa mengira musim. Kedua: Jadikan Aidilfitri medan penyucian jiwa dengan membuang ego untuk memulihkan silaturahim yang tulus, serta mengutamakan kesederhanaan berbanding kemegahan material kerana kemenangan sejati ialah kemuliaan iman yang diredai Allah. Ketiga: Sambutlah Aidilfitri dengan menterjemahkan rasa syukur kepada solidariti buat Palestin melalui doa dan sedekah, di samping memelihara kemuliaan adab lisan serta menghargai kemanisan ukhwah nyata mengatasi gangguan dunia digital. Renungkanlah Firman Allah SWT dalam Surah al-Hujurat ayat 10: Maksudnya: “Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat”. َّ بَارَك َ الل ِِكْر ِ الْحَكِيْمه ُ لِي ْ وَل َكُم ْ بِالْقُرْأَن ِ الْعَظِيْم ِ وَنَفَعَنِي ْ وَإِيَّاكُم ْ بِمَا فِيْه ِ مِن َ الْآيَات ِ وَالذ ِ وَتَقَبَّل َ مِنِي ْ وَمِنْكُم ْ تِلَاوَتَه ُ إِنَّه ُ هُو َ السَّمِيْع ُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْل ُ قَوْل ِ هَذَا وَأَسْتَغْفِر ُ اللَّه ْالْعَظِي َم َ لِي ْ وَل َكُم ْ وَلِسَائِر ِ الْمُسْلِمِيْن َ وَالْمُسْلِمَات ِ وَالْمُؤْمِنِيْن َ وَالْمُؤْمِنَات ِ فَاسْتَغْفِرُوْه ُ إِنَّه ُ هُو ُالْغَفُوْر ُ الرَّحِيْم . ُ اللَّه ُ أَكْبَر ُ الله ُ أَكْبَر ُ اللَّه ُ أَكْبَرُ، وَلِلَّه ِ الْحَمْد
A U D KHUTBAH KE َ الله ُ أَكْب رُ، الله ُ أَكْبَرُ، الله ُ أَكْبَرُ، الله ُ أَكْبَرُ، الله ُ أَكْبَرُ، الله ُ أَكْبَرُ، الله ُ أَكْبَرُ، لآ إِلَه إِل َّا اللَّه ُ وَاللَّه ُ أَكْبَرُ، اللَّه ُ أَكْبَر ُ وَلِلَّه ِ الْحَمْدُ. أَشْهَد ُ أَن ْ لَا إِلَه َ إِل َّا الله ُ وَحْدَه ُ لَا ْ شَر ِي َك َ لَهُ، وَأَشْه ٍد ُ أَن َّ مُحَمَّدًا عَبْدُه ُ وَرَسُولُهُ. اَللَّهُم َّ صَل ِ وَسَلِم ْ وَبَارِك ْ عَلَى سَيِدِنَا مُحَمَّد وَعَلَى آلِه ِ وَأَصْحَابِه ِ أَجْمَعِيْنَ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَاد َ اللَّهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُم ْ وَنَفْسِي ْ بِتَقْوَى َاللَّه ِ فَقَد ْ ف از َ الْمُتَّقُوْنَ. قَال َ الله ُ تَعَالَى : ُ اَللَّهُم َّ صَل ِ عَلَى سَيِدِنَا م حَمَّد ٍ وَعَلَى آ ل ِ سَيِدِنَا مُحَمَّد ٍ كَمَا صَلَّيْت َ عَلَى سَيِدِنَا إِبْرَاهِيْم َ وَعَلَى آ ِل ِ سَيِدِنَا إِبْرَاهِيْم َ وَبَار ك ْ عَلَى سَيِدِنَا مُحَمَّد ٍ وَعَلَى آ ل ِ سَيِدِنَا مُحَمَّد ٍ كَمَا بَارَكْت َ عَلَى سَيِدِنَا إِبْرَاهِيْم َ وَعَلَى آ َل ِ س يِدِنَا إِبْرَاهِيْم َ فِي الْعَالَمِيْن َ إِنَّك َ حَمِيْد ٌ مَجِيْدٌ. َ وَارْض َ اللَّهُم َّ عَن ِ الْخُلُفَاء ِ الرَّاشِدِين َ و ِعَن ْ بَق ِيَّة الصَّحَابَة ِ أَجْمَعِينَ، وَعَن ِ التَّابِعِين َ وَتَابِعِي َ التَّابِعِين ِوَمَن ْ تَبِعَهُم ْ بِإِحْسَان ٍ إِلَى يَوْم ِ الد يْن ِ وَارْض َ عَنَّا مَعَهُم ْ يَا أَكْرَم َ الْأَكْرَمِينَ. َ اللَّهُم َّ اغْفِر ْ لِلْمُسْلِمِين َ وَالْمُسْلِمَات ِ وَالْمُؤْمِنِين َ و الْمُؤْمِنَات ِ الْأَحْيَاء ِ مِنْهُم ْ وَالْأَمْوَاتِ. ْ اللَّهُم َّ أَيِد ْ بِدَوَام ِ التَّوْفِي ق ِ وَالْهِدَايَة ِ وَالصِحَّة ِ وَالسَّلَامَة ِ جَلَالَة َ مَل ِك ِ نَا ك باوه دولي يڠ مها موليا سري ڤدوك بڬيندا يڠ د - ڤرتوان اڬوڠ سُلْطَان إِبْرَاهِيم.
وَكَذلِك َ ك باوه دولي يڠ مها موليا سري ڤدوك بڬيندا راج ڤرمايسوري اڬوڠ، راج زَارِيث ْ صُوفِيَاهْ. َّ اللَّهُم َاحْفَظ ْ عُلَمَاءَه ُ وَوُزَرَاءَه ُ وَقُضَاتَه ُ وَعُمَّالَه ُ وَرَعَايَاه ُ مِن َ الْمُؤْمِنِين َ وَالْمُؤْمِنَات ِ بِرَحْمَتِك يَا أَرْحَم َ الرَّاحِمِينَ. ْ اللَّهُم َّ اج عَل ْ بَلَدَنَا مَالِيزِيَا َآمِنا ً مُطْمَئِنًّا، سَخَاء ً رَخَاءً، دَار َ عَدْل ٍ وَإِيمَانٍ، و أَمْن ٍ وَأَمَانٍ، وَسَائِر َ بِلَاد ِ ال ْ مُسْلِمِينَ. َ اللَّهُم َّ أَعِز َّ الْإِسْلَام َ وَالْمُسْلِمِيْنَ، وَدَمِر ْ أَعْدَاءَك َ أَعْدَاء َ الدِين ِ وانْصُر ْ مَن ْ نَص ر َ الدِينَ، ْ وَاخْذُل ْ مَن ْ خَذَل َ الْمُسْلِمِيْنَ، وَأَعْل ِ كَلِمَتَك َ إِلَى يَوْم ِ الدِي نِ. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الْآخِرَة ِ حَسَنَة ً وَقِنَا عَذَاب َ النَّارِ. عِبَاد َ اللهِ، ْكُرُوافَاذ ْْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوه ُ عَلَى نِعَمِه ِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوه ُ مِن ْ فَضْلِه ِ يُعْطِكُمالله َ الْعَظِيْم َ يَذ ُ ِكْروَلَذ َالله ِ أَكْبَرُ، وَالله ُ يَعْلَم ُ مَا تَصْنَعُون َ الله ُ أَكْبَرُ، الله ُ أَكْبَرُ، الله ُ أ كْبَرُ، وَلِلَّه ِ الْحَمْدُ. َتَقَبَّل َ الله ُ مِنَّا و مِنكُم
Muat turun PDF rasmi
Untuk cetakan atau edisi Jawi, muat turun terus dari laman rasmi JAKIM.
© Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Dikongsi dengan atribusi; sentiasa sahkan dengan PDF rasmi.
Ringkasan pendidikan — sahkan dengan JAKIM/i-Fiqh untuk fatwa rasmi.