Langkau ke kandungan

KHUTBAH JUMAAT 6 MAC 2026 - NUZUL AL-QURAN - DARI LANGIT KE HATI

Tarikh: 05 Mac 2026 · Khutbah Jumaat

Teks khutbah rasmi dalam Bahasa Melayu (tulisan Rumi), diambil daripada PDF e-Khutbah JAKIM.

اَلْحَمْد ُ لِلّٰه ِ الْقَآئِل : أَعُوذ ُ بِالله ِ مِن َ الشَّيْطَان ِ الرَّجِيم ابلقرة [ 185 ] َ أ َّشْهَد ُ أَن ْ لَا إِله َ إِلَّا الله ُ وَحْدَه ُ لَا شَر ِيك َ لَهُ، وَأَشْهَد ُ أَن َسَيدنا ِمُحَمَّدًا عَبْدُه ُ وَرَسُولُهُ. اللَّهُم َّ صَل َّ وَسَلِم ْ عَلَى نَبِيِنَا مُحَمَّد ٍ وَعَلَى آلِه ِ وَصَحْبِه ِ وَمَن ْ دَعَا بِدَعْوَتِه ِ إِلَى يَوْم ِ الدِينِ. أَم َا بَعْدُ، فَيَا عِبَاد اللهِ، َ اتَّقُوا اللهَ، أُوصِيكُم ْ وَنَفْسِي بِتَقْوَى الله ِ وَطَاعَتِه ِ لَعَل َّكُم ْ تُفْلِحُون Sidang Jemaah Sekalian, Bertakwalah kepada Allah dengan beristiqamah dalam mematuhi perintah- Nya serta menjauhi segala larangan-Nya. Izinkan khatib mengingatkan diri ini dan seluruh hadirin yang dimuliakan agar bersama celikkan mata hati dan minda. Moga-moga setiap lafaz khutbah yang didengar dengan hati dan akal

yang sedar, mendatangkan barakah dan pahala yang besar. Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah yang bertajuk “Nuzul al- Quran: Dari Langit ke Hati”. Sidang Jemaah Yang D i mu li akan, Islam meletakkan al-Quran sebagai mukjizat agung yang wajib dipandu oleh setiap Muslim dalam setiap gerak geri kehidupan. Kandungan al-Quran bebas daripada keraguan, tidak mengandungi kesesatan serta menjadi pembeza antara hak dan batil, tidak melibatkan hawa nafsu dan tidak berkaitan dengan perkara yang menjauhkan hamba daripada Penciptanya. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 185 yang menjelaskan peranan al-Quran yang dibacakan di mukadimah khutbah: “(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.” Ayat ini jelas menunjukkan hubungan rapat antara Ramadan dan Quran serta

kepentingannya menjadi pemisah antara hak dan batil. Muslimin Rahimakumullah, Dalam mendepani realiti dunia hari ini, kita sering ditawarkan dengan pelbagai ideologi yang menyesatkan umat Islam. Di sinilah letaknya kepentingan al-Quran sebagai panduan buat umat Islam agar setiap urusan kehidupan kita sentiasa selari dengan tuntutan syariat. Kefahaman yang benar terhadap al-Quran berpaksikan kepada penafsiran para ulama yang muktabar melalui ijtihad yang diiktiraf. Tujuannya adalah untuk menjelaskan penyelesaian terhadap isu-isu baharu yang timbul dalam masyarakat. Selain membezakan antara yang benar dan salah, al-Quran berfungsi melindungi umat Islam daripada kesesatan, sekali gus mendukung prinsip Maqasid Syariah dalam memelihara agama (hifz al- din). Segala usaha ini adalah demi memastikan setiap langkah yang diambil kekal dalam lingkungan yang diredai Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda dalam hadis riwayat al-Tirmizi yang bermaksud: مَن ْ قَرَأ َ حَرْفًا مِن ْ كِتَاب ِ اللَّه ِ فَلَه ُ بِه ِ حَسَنَةٌ، وَالْحَسَنَة ُ بِعَشْر ِ أَمْثَالِهَا، لَا أَقُول ُ الم حَرْفٌ، ٌ وَل َكِن ْ أَلِف ٌ حَرْف ٌ وَلَام ٌ حَرْف ٌ وَمِيم ٌ حَرْف “Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah maka baginya satu kebaikan. Satu kebaikan (dibalas) dengan sepuluh kebaikan. Aku tidak menyatakan Alif, Lam, Mim itu satu huruf tetapi Alif itu satu huruf, lam itu satu huruf dan Mim juga satu huruf.”

Sehubungan itu, bagi mereka yang masih jauh daripada al-Quran dinasihatkan supaya segera bertaubat dan berusahalah untuk memperbaiki bacaan secepat mungkin dan tidak terus tenggelam dalam kejahilan. Sekiranya tidak berkemampuan belajar sendiri, tuntutlah ilmu melalui institusi-institusi atau kelas-kelas pengajian yang menawarkan bimbingan secara sahih. Ingatlah, al-Quran adalah sebagai cahaya, bukan sekadar tulisan. Segala ilmu yang dicari adalah wasilah bagi mencapai tujuan pengabdian kita kepada-Nya. Muslimin Yang Dimuliakan Allah, Kesimpulan yang dapat diambil daripada khutbah hari ini ialah: 1. Jangan Tinggalkan al-Quran. Tetapkanlah masa, walau hanya satu muka surat sehari, untuk membacanya. 2. Bahaya Berpaling daripada Wahyu. Meninggalkan ajaran al-Quran atau memilih hukum mengikut selera peribadi akan membawa kepada kehidupan yang sempit di dunia dan kerugian besar di akhirat. 3. Kewajipan Menuntut Ilmu dan Beramal. Setiap Muslim bertanggungjawab untuk mendalami al-Quran melalui bimbingan ulama yang muktabar. Kejayaan sebenar ialah sejauh mana penghayatan dan amalan ayat-ayat Allah SWT dalam menjalankan tugas sebagai khalifah di muka bumi. َ ِكْر ِ الْحبَارَك َ الله ُ لِي ْ وَل َكُم ْ بِالْقُرْآن ِ الْعَظِيْمِ، وَنَفَعَنِي ْ وَإِيَّاكُم ْ بِمَا فِيْه ِ مِن َ الْآيَات ِ وَالذ َكِيْمِ، وَتَق َبَّل َ مِنِي ْ وَمِنْكُم ْ تِلَاوَتَه ُ إِنَّه ُ هُو َ السَّمِيْع ُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْل ُ قَوْلِي ْ هَذَا وَأَسْتَغْفِر ُ الله َ الْعَظِيْم ِلِي ْ وَل َكُم ْ وَلِسَائِر ْ الْمُسْلِمِيْن َ وَالْمُسْلِمَات ِ وَالْمُؤْمِنِيْن َ وَالْمُؤْمِنَات ِ الْأَحْيَاء ِ مِنْهُم ْ وَالْأَم ُوَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوْه ُ إِنَّه ُ هُو َ الْغَفُوْر الرَّحِيْمُ.

Khutbah Kedua

ِ اَلْحَمْد ُ لِلَّه َرَب ِ الْعَالَمِين ِ، وَالصَّلَاة ُ وَالسَّلَام ُ عَلى َ سَيِدِنَا مُحَمَّد ِن َالنَّبِي ِ الْأَمِينِ، وَعَلَى آلِه ِ وَأَصْحَابِه ِ الطَّاهِرِين وَمَن ْ تَبِعَهُم ْ بِإِحْسَان ٍ إِلَى يَوْم ِ الدِينِ. ْ أَشْهَد ُ أَن ُلَا إِله َ إِلا َّ الله وَحْدَه ُ لا َ شَر ِيْك َ لَهُ، وَأَشْهَد ُ أن َّ سَيِدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُه ُ وَرَسُولُهُ. أَمَّاَبَعْدُ، فَيَا عِبَاد َ اللهِ، اِتَّقُوا الله ِحَق َّ تُقَاتِه َِكُم ْ بِالصَّلَاةَكُم ْ بِأَمْر ٍ عَظِيمٍ، أَمَروَاعْلَمُوا أَن َّ الله َ أَمَر َ وَالتَّسْلِيم ِ عَلَى ن ِبِيِه ِ ال ْكَرِيم ، فَقَال َ الله ُ تَعَالَى: اَللَّهُم َّ صَل ِ عَلَى سَيِدِنَا مُحَمَّد ٍ وَعَلَى آ ل ِ سَيِدِنَا مُحَمَّد ٍ كَمَا صَلَّيْت َ عَلَى سَيِدِنَا إِبْرَاهِيْم َ وَعَلَى آ ل ِ سَيِدِنَا إِبْرَاهِيْم َ وَبَارِك ْ عَلَى سَيِدِنَا مُحَمَّد ٍ وَعَلَى آ ل ِ سَيِدِنَا مُحَمَّد ٍ كَمَا بَارَكْت َ عَلَى سَيِدِنَا إِبْرَاهِيْم َ وَعَلَى آ ل ِ سَيِدِنَا ِ إِبْرَاه يْم َ فِي الْعَالَمِيْن َ إِنَّك َ حَمِيْد ٌ مَجِيْدٌ. َ وَارْض َ اللَّهُم َّ عَن ِ الْخُلَفَاء ِ الرَّاشِدِين َ و ِعَن ْ بَقِيَّة الصَّحَابَة ِ أَجْمَعِينَ، َوَعَن ِ التَّابِعِين َ وَتَابِعِي التَّابِعِين َ وَمَن ْ تَبِعَهُم ْ بِإِحْسَان ٍ إِلَى يَوْم ِ الدِيْن ِ وَارْض َ ع نَّا مَعَهُم ْ يَا أَكْرَم َ الْأَكْرَمِينَ. اللَّهُم َّ اغْفِر ْ لِلْمُسْلِمِين َ وَالْمُسْلِمَات ِ وَالْمُؤْمِنِين َ وَالْمُؤْمِنَات ِ الْأَحْيَاء ِ مِنْهُم ْ وَالْأَمْوَاتِ. اللَّهُم َّ أَيِد ْ بِدَوَام ِ التَّوْفِيْق ِ وَالْهِدَايَة ِ وَالصِحَّة ِ وَالسَّلَامَة ِ جَلَالَة َ مَل ِك ِ نَا ك باوه دولي يڠ مها موليا سري ڤدوك بڬيندا يڠ د - ڤرتوان اڬوڠ سُلْطَان إِبْرَاهِيم. وَكَذلِك َ ك باوه دولي يڠ مها موليا سري ڤدوك بڬيندا راج ْڤرمايسوري اڬوڠ، راج زَارِيث صُوفِيَاهْ.

ْ اللَّهُم َّ احْفَظ ْ عُلَمَاءَه ُ وَوُزَرَاءَه ُ وَقُضَاتَه ُ وَعُمَّالَه ُ وَرَعَايَاه ُ مِن َ الْمُؤْمِنِين َ وَالْمُؤْمِنَات ِ بِرَح َمَتِك َ يَا أَرْحَم الرَّاحِمِينَ. اللَّهُم َّ اجْعَل ْ بَلَدَنَا مَالِيزِيَا َآمِنا ً مُطْم ِئِنًّا، سَخَاء ً رَخَاءً، دَار َ عَدْل ٍ وَإِيمَانٍ، وَأَمْن ٍ وَأَمَانٍ، وَسَائِر َ بِلَاد ال ْ مُسْلِمِينَ. اللَّهُم َّ أَعِز َّ الْإِسْلَام َ وَالْمُسْلِمِيْنَ، َو انْصُر ْ إِخْوَانَنَا فِي فِلَسْطِين، ْوَدَمِر ْ أَعْدَاءَك َ أَعْدَاء َ الدِين ِ وانْصُر ْ مَن نَصَر َ الدِينَ، وَاخْذُل ْ مَن ْ خَذَل َ الْمُسْلِمِيْنَ، وَأَعْل ِ كَلِمَتَك َ إِلَى يَوْم ِ الدِيْنِ. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الْآخِرَة ِ حَسَنَة ً وَقِنَا عَذَاب َ النَّارِ. عِبَاد َ اللهِ، ْكُرُوافَاذ ْْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوه ُ عَلَى نِعَمِه ِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوه ُ مِن ْ فَضْلِه ِ يُعْطِكُمالله َ الْعَظِيْم َ يَذ ِِكْر ُ اللهوَلَذ أَكْبَرُ، وَالله ُ يَعْلَم ُ مَا تَصْنَعُونَ.

Muat turun PDF rasmi

Untuk cetakan atau edisi Jawi, muat turun terus dari laman rasmi JAKIM.

© Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Dikongsi dengan atribusi; sentiasa sahkan dengan PDF rasmi.

Ringkasan pendidikan — sahkan dengan JAKIM/i-Fiqh untuk fatwa rasmi.