KHUTBAH GERHANA BULAN 2026 - Ibrah Takwa Dari Ketundukan Semesta
Tarikh: 03 Mac 2026 · Khutbah rasmi
Teks khutbah rasmi dalam Bahasa Melayu (tulisan Rumi), diambil daripada PDF e-Khutbah JAKIM.
اَلْحَمْد ُ لِلَّه القائ ل : َو ِمِن ْ ءَاي َٰـتِه ٱ ُلَّيْل َو ٱ ُلنَّهَار َو ٱ ُ لشَّمْس َو ٱ ُلْقَمَر ۚ لَا تَسْجُدُوا ۟ لِلشَّمْس ِ وَلَا َ لِلْقَمَر ِ و ٱ ۟سْجُدُوا ِلِلَّه ٱ لَّذِى ْخَلَقَهُن َّ إِن كُنتُم ْ إِيَّاه ُ تَع َبُدُون فصلت [ 37 ] َ أَشْهَد ُ أَن ْ ل ا إِل َه َ إِل َّا الله ُ وَحْد ه ُ لَا شَر ِيْك َ لَهُ، وَأَشْهَد ُ أَن َّ سَيِدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُه ُ وَرَسُوْلُهُ، َّ اَللَّهُم َصَل ِ وَسَلِم ْ عَلَى س ِي ِد ْنَا مُحَمَّد ٍ الَّذِي كَان َ صَادِق َ الْوَع ْد ِ وَكَان َ رَسُو لًا نَبِيًّا، وَعَلَى ِ آلِه ِ وَصَحْبِه ِ الَّذِين َ اتَّبَعُوه ُ بِإِحْسَان ٍ إِلَى يَوْم ِ الدِين . َ أَمَّا بَعْدُ، فَيَا أَيُّهَا الْحَاضِرُوْن َ رَحِمَكُم ُ اللهُ، أُّوصِي نَفْسِي وَإِيَّاكُم ْ بِت قْوَى الله ِ عَز َّ وَجَلَّ، َ فَقَد ْ فَاز َ الْمُتَّقُوْن . SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH, Bertakwalah kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita sentiasa berada dalam rahmat dan keredhaan Allah SWT. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan seluruh ahli keluarga Baginda serta sahabat-sahabat baginda yang sama-sama berjuang menegakkan Islam.
SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH, Pada malam ini, kita berhimpun dalam rumah Allah yang mulia ini, bukan untuk menyambut satu perayaan, sebaliknya untuk menundukkan wajah dan hati kita menyaksikan salah satu kebesaran Allah SWT iaitu fenomena gerhana bulan. Sebentar tadi, kita telah pun menyempurnakan Solat Sunat Gerhana (Khusuf) secara berjemaah. Ketahuilah, perhimpunan kita pada malam ini menuntut kita merenungi tiga pengajaran besar; Pertama: Gerhana merupakan bukti kekuasaan mutlak Allah SWT. Dari sudut sains astronomi, gerhana bulan yang kita saksikan malam ini berlaku kerana penjajaran yang sangat tepat antara matahari, bumi, dan bulan. Kegelapan pada bulan itu hanyalah bayang-bayang bumi kita sendiri. Ketepatan darjah kecondongan orbit ini membuktikan betapa telitinya sistem alam (sunnatullah) yang diciptakan. Ia tidak bergerak sendiri. Firman Allah dalam Surah Fussilat, ayat 37 yang dibacakan diawal khutbah tadi yang bermaksud: “Dan sebahagian dari tanda-tanda kebesaran-Nya ialah malam, siang, matahari dan bulan. Janganlah sujud kepada matahari dan janganlah sujud kepada bulan, dan sujudlah kepada Allah yang menciptakannya...” Kedua: Penghapusan kepercayaan karut (khurafat). Meskipun kita berada di tahun 2026, masih ada lagi yang mengaitkan gerhana dengan nasib malang, kematian, atau petanda aneh. Ingatlah pesanan tegas Baginda Nabi Muhammad SAW ketika berlakunya gerhana pada zaman baginda. Baginda bersabda: َّ إِن ال ْشَّمْس َ وَالْقَمَر َ آيَتَان ِ مِن ْ آيَات ِ الله ِ لَا يَنْخَسِفَان ِ لِمَوْت ِ أَحَد ٍ وَلَا لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُم ذَلِك َ فَادْعُوا الله َ وَكَبِرُوا وَصَلُّوا وَتَصَدَّقُوا Maksudnya: “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda daripada tanda- tanda Allah. Gerhana tidak berlaku kerana kematian atau kelahiran seseorang. Apabila
kamu melihat gerhana, maka berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, dirikan solat dan bersedekahlah”. (Hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim) Oleh itu, bersihkanlah akidah kita. Gerhana ialah fenomena alam yang berlaku kerana kehendak Allah, dan bukan petanda mistik. Ketiga: Peringatan tentang hari kiamat. Sidang jemaah sekalian, lihatlah ke langit malam ini. Hilangnya cahaya bulan dan bertukarnya warna menjadi kemerah-merahan ialah sebuah ‘simulasi’ kecil kepada dahsyatnya hari kiamat. Jika bayang-bayang bumi sudah cukup untuk menggelapkan bulan dan menimbulkan rasa gerun di hati kita, bayangkanlah saat di mana sistem cakerawala ini benar-benar dihancurkan kelak. Allah SWT berfirman dalam Surah al- Qiyamah, ayat 8-9 yang bermaksud: “Dan apabila bulan telah hilang cahayanya. Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama”. Hadirin yang dirahmati Allah, Sebagai kesimpulannya, janganlah kita membiarkan fenomena gerhana bulan ini berlalu sekadar menjadi pertunjukan astronomi yang kita rakam menggunakan telefon pintar semata-mata. Jadikanlah detik ini sebagai satu cubitan yang menyedarkan betapa kerdilnya kita yang dipenuhi dosa-dosa dan kesombongan selama hidup di atas dunia. Marilah kita menyahut seruan Nabi Muhammad SAW apabila berlakunya gerhana iaitu dengan berdoa, bertakbir, mendirikan solat, memperbanyakkan istighfar memohon keampunan, dan menghulurkan sedekah terlebih lagi kita juga sedang berada dalam bulan Ramadan yang mulia. Mudah-mudahan, kegelapan sementara di langit malam ini menjadi asbab terangnya cahaya iman dalam hati kita semua. ِ بَارَك َ الله ُ ل ِي ْ وَل َكُم ْ بِالْقُرْآن ِ الْعَظِيْمِ، وَنَفَعَنِي ْ وَإِيَّاكُم ْ بِمَا فِيْه ِ م ِِكْرن َ الْآيَات ِ وَالذ ُ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّل َ مِنِي ْ وَمِنْكُم ْ تِلَاوَتَه َّإِنَّه ُ هُو َ الس َمِيْع ُ الْعَلِيْمُ. أ َقُوْل ُ قَوْلِي ْ هَذَا و أَسْتَغْفِر ُ اللَه
ِ الْعَظِيْم َ ل ي ْ وَل َكُم ْ وَلِسَائِر ِ الْمُسْلِمِيْن َ وَالْمُسْلِمَات ِ وَالْمُؤْمِنِيْن َ وَا ْلْمُؤْمِنَات ِ الْأَحْيَاء ِ مِنْهُم ُ وَالْأَمْوَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوْه ُ إِنَّه َّهُو َ الْغَفُوْر ُ الر حِيْمُ. KHUTBAH KEDUA ِ اَلْحَمْد ُ ل ِله ِ عَلى َ إِحْسَانِه وَال ْشُّك َر ُ لَه ُ عَلى َ تَوْفِيْقِه ِ وَاِمْتِنَانِهِ. وَأَشْهَد ُ أَن ْ ل ُا اِلَه َ إِلا َّ الله ُ وَالله ُ وَحْدَه ُ لا َ شَر ِيْك َ لَه َّوَأَشْهَد ُ أن َّ سَيِدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُه ُ وَرَسُوْلُه ُ الدَّاعِى إلى َ رِضْوَانِهِ. اللهُم َّ صَل ِ عَلَى سَيِدِنَا مُحَم د ٍ وِعَلَى اَلِه ِ وَأَصْحَابِه ِ وَسَلِم ْ تَسْلِيْمًا كِثيْرًا َ أَمَّا ب عْد ُ فَيا َ اَيُّهَا النَّاس ُ اِتَّقُوا َالله َ فِيْمَا أَمَر َ وَانْتَهُوْا عَمَّا نَه ا َكُم ْ عَنْه ُ وَزَجَر . َّوَاعْلَمُوْا أَن َ َكُم ْ بِأَمْر ٍ بَدَأ َ فِيْه ِ بِنَفْسِه ِ وَث َ ن الله َ أَمَر ى بِمَلآ ئِكَتِه ِ بِقُدْسِه ِ وَقَال َ تَعاَلَى إ َّن ٱ َللَّه َوَمَل َٰـٰٓئِك ُتَه ۥ يُصَل ُّون َ عَلَى ٱ ِلنَّبِى ۚ ي َٰـٰٓأَيُّهَا ٱ َلَّذِين ءَامَنُوا ۟ صَل ُّوا ۟ عَلَيْه ِ وَسَلِمُوا ۟ تَسْلِيمًا ٍ اللهُم َّ صَل ِ عَلَى سَيِدِنَا مُحَمَّد ِوَعَلَى آل ِ سَيِدِنا َ مُحَمَّد ٍ وَعَلَى اَنْبِيآئِك َ وَرُسُلِك َ وَمَلآئِكَة َ َّبِيْن َ وَارْض اْلمُقَر ا َللهُم َّ عَن ِ اْلخُلَفَاء ِ الرَّاشِدِيْن َ أَبِى بَكْر ٍ وَعُمَر وَعُثْم ا ِن وَعَلِى وَعَن ْ بَقِيَّة الصَّحَابَة ِ وَالتَّابِعِيْن َ وَتَابِعِي التَّابِعِيْن َ لَهُم ْ بِاِحْسَان ٍ اِلَى ِيَوْم ِ الدِيْن وَارْض َ عَنَّا مَعَهُم ْ بِرَحْمَتِك َ يَا أَرْحَم َ الرَّا ِحِم َّيْن َ اَلل ِهُم َّ اغْفِر ْ لِلْمُؤْمِنِيْن َ وَاْلمُؤْمِنَات ِ وَاْلمُسْل ِم ِيْن َ وَاْلمُسْلِمَات ِ اَلاَحْيآء َّمِنْهُم ْ وَاْلاَمْوَات ِ الل َّهُم َّ أَعِز َّ اْلإِسْلاَم َ وَاْلمُسْلِمِيْن َ وَأَذِل
َّ الشِرْك َ وَاْلمُشْرِكِيْن َ وَانْصُر ْ عِبَادَك َ اْلمُوَحِدِي َة َوَانْصُر ْ مَن ْ نَصَر َ الد ِيْن َ وَاخْذُل ْ مَن ْ خَذَل َ اْلمُسْلِمِيْن َو دَمِر ْ أَعْدَاء َ الدِيْن ِ وَاعْل ِ كَلِمَاتِك َ إِلَى يَوْم َ الدِيْنِ. َ اللهُم َّ ادْفَع ْ عَنَّا اْلبَلاَء َ وَاْلوَبَاء َ وَالزَّلاَزِل َ وَاْلمِحَن َ وَسُوْء َ اْلفِتْنَة ِ وَاْلمِحَن َم ا ظَهَر َ مِنْهَا وَمَا بَطَن َ عَن ْ بَلَدِنَا مَالِيزِيَا خآصَّة ً وَسَا ِئ َر ِ اْلبُلْدَان ِ اْلمُسْلِمِيْن َ عآمَّة ً يَا رَب َّ اْلعَالَمِيْنَ. رَبَّنَا آتِنا فِى الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِى اْلآخِرَة ِ حَسَنَة ً وَقِنَا عَذَاب َ النَّارِ. ْ رَبَّنَا ظَلَمْنَا اَن َفُس َنَا و ِإ َن ْ لَم ْ تَغْفِر ْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَن َّ مِن َ اْلخ ا سِرِيْنَ. َعِبَادَاللهِ! إِن َّ الله يَأْمُرُنَا بِاْلعَدْل ِ وَاْلإِحْسَان ِ وَإِيْتآء ِ ذِي اْلقُرْبى َ وَيَنْهَى عَن ِ اْلفَحْشآء ِ وَاْلمُنْكَر ِ وَاْلبَغْي َ يَعِظُكُم ْ لَعَل َّكُم ْ تَذ َّك َْكُرْكُم ْ وَاشْكُرُوْه ُ عَلىْكُرُوا الله َ اْلعَظِيْم َ يَذرُوْن َ وَاذ ِن ُِكْرعَمِه ِ يَزِدْكُم ْ وَلَذ ْ الله ِ أَكْبَر .
Muat turun PDF rasmi
Untuk cetakan atau edisi Jawi, muat turun terus dari laman rasmi JAKIM.
© Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Dikongsi dengan atribusi; sentiasa sahkan dengan PDF rasmi.
Ringkasan pendidikan — sahkan dengan JAKIM/i-Fiqh untuk fatwa rasmi.